Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

28 March 2011

Ramai Juga Takut Hantu Malam Tadi Yer...!!!


Macamana dengan korang malam hari tu...??? Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan kempen tu dengan jayanye... Terlebih lagi... Dari 8.30 malam hingga 1.00 pagi... Gelap gelita rumah aku di Flora Damansara ni... Walaupun ramai yang katakan kempen ni tak berjaya sebenarnye sebab lepas satu jam dan lepas2 tu, pembaziran elektrik tetap juga dilakukan... Cuma sejam jer, buang masa jer bergelap...

Bagi aku ini adalah titik permulaan perlaksanaan kempen2 kesedaran sebegini.... Walaupun tidak banyak mana sebenarnye berbanding hari2 yang akan dilalui, tetapi sejam tersebut bila dikumpul2 seluruh dunia tetap ada jurang perbezaan yang ketara tahun demi tahun... Makin ramai yang telah sedar akan kempen tersebut.... Cuma promosi kena lebih lagi.... Dari takde langsung, sejam yang dilakukan sekarang amat2 dihargai sebenarnye.... Ada juga peratusan yang wujud setiap tahun... Insyaallah aku akan terus menyokong kempen ini bila2....


Dalam sibuk2 aku join kempen ini, masih ada lagi yang mungkin tak mengambil tahu atau tak sedar akan pentingnye kempen sebegini.... Bila aku tinjau blok sebelah rumah aku, masih lagi banyak rumah2 yang tidak join kempen tersebut... Masalah apa aku tak tahu... Mungkin takut hantu kot.... Takut mati kena cekik dek momok agaknye.... Kesian.... Apa2 pun aku ucapkan tahniah pada mereka yang telah menjayakan kempen tersebut, kita patut bangga dengan diri sendiri kerana telah menyumbang sesuatu ke pada bumi kita yang telah semakin uzur ini... 

Tahniah Sekali Lagi Dari Aku : Chilabaey's Spot

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...