Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

30 April 2009

Admitted Semula Di HUKM....

Masuk semula ke wad HUKM... Kali ni di Wad Surgeri 3, Katil 18, Tingkat 5....

Rabu (29/4/2009) - Bapa aku ada appointment semula dengan HUKM di Wad Surgeri 3 (Bahagian Urologi) untuk pemeriksaan lanjutan... Baru 2 hari keluar wad, dah kena datang balik... Sampai pukul 10.30 pagi.... daftar untuk kemasukan wad kemudian terus ke masuk.... macam biasa baju wad kena pakai semula.... Staff nurse berikan taklimat ringkas sebab dan appointment dilakukan, ini ada prosedur biasa bagi pesakit yang menggunakan tiub kencing... doktor akan tanggalkan dulu tiub tersebut dan akan buat pemerhatian semada bapa aku boleh buang air secara biasa atau tidak... ini adalah kerana bapa aku telah menggunakannya selama 2 bulan, rasa untuk kencing tidak terasa kerana ia terus melalui tabung....

Senyum bapa aku bila gambar dirakamkan.... Suka ke saje2 senyum pun aku tak tahu....

Masuk wad makan minum seperti biasa, sekejap2 doktor datang buat pemeriksaan.... air disuruh minum dengan banyak... tapi bapa aku masih tidak rasa untuk buang air kecil... pukul 4 petang bapa aku discan untuk check kandungan air dalam pundi kencing... air banyak dan sepatutnya akan terasa untuk buang air... scan demi scan dijalankan... akhirnya tiub dipasang semula, sekejap je tiub tadi dah penuh...

Adik aku tengah menunggu bapa aku... mak ada belakang tu... nyorok......

Petang tu doktor berikan taklimat mengenai bapa aku, yang mana bapa aku mengalami kebengkakkan di bahagian prostat... ubat telah diberikan tetapi ia masih bengkak maka satu pembedahan kecil akan dilakukan... jadi malam ni terpaksa didudukkan di dalam wad untuk tujuan pemerhatian.... tidurlah semalam bapa dan mak aku... nasib baik semua keperluan telah disediakan dan dibawa.... Pukul 8.00 malam aku balik ke rumah.....

...................................................................

Khamis (30/4/2009) - Pagi2 lagi mak aku call bagi tahu yang bapa aku boleh keluar wad dan balik ke rumah.... so aku dengan adik aku bergegas ke HUKM untuk settlekan hal2 pembayaran dan ubat2an tambahan untuk bapa aku.... Settle pukul 11.00 pagi, report dari doktor dan surat appointment yang akan datang.... 6/5/2009 kena datang balik untuk pemeriksaan susulan.... balik juga bapa aku...

27 April 2009

Discharge Juga Akhirnya...

Dalam perjalanan dari Flora Damansara menuju ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras.... Aku selaku model dan adik aku selaku jurugambar/paparazi.....

Hari Isnin (27/04/2009)... Berakhir juga penantian, di mana bapa aku dapat juga keluar wad dengan kondisi yang amat baik.... walaupun tiub untuk bahan fluid badan dan tiub kencing masih tergantung/digunakan, ianya menunjukkan tahap kesihatannya yang ketara berbanding 3 minggu sudah.... Masih ditempatkan di dalam wad yang sama di Wad Surgeri 1 tetapi diletakkan di dalam private room bagi mengelakkan jangkitan dan kuman dari pesakit yang ramai yang berada di katil luar..... rasa macam bilik hotel pulak, ada kemudahan tandas dan beberapa benda lagi.... agak selesa untuk menunggu pesakit di sebelah malam....Hampir seminggu juga doktor tempatkan bapa aku di sini....

Amaran : Jangan memandu dengan cara begini walau apapun keadaan sekalipun... Membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.....

Seperti biasa prosedur untuk keluar wad dilakukan, pemeriksaan kali terakhir oleh doktor pakar dibuat, dan malam sebelumnya (Ahad) ketua doktor datang melihat dan memeriksa bapa aku samada kondisinya bagus atau masih lagi memerlukan rawatan... satu keputusan telah dibuat dan akhirnya bapa aku akan dikeluarkan pada esok harinya (Isnin).... Sebelum keluar macam biasa, pembayaran bil dan senarai ubatan untuk bapa aku akan dibuat terlebih dahulu.... punyalah banyak ubat.... 10 jenis ubat yang diperlukan.... Ubat ini akan diberikan untuk tempoh 2 minggu sahaja dan akan disambung semula pada minggu seterusnya.... Bil rawatan dan perubatan selama 50 hari di sini termasuk operasi pembedahan sebanyak RM2346.50.... (pening2, takpe janji bapa aku sihat, duit boleh dicari berbanding nyawa).... Itu tak termasuk beberapa lagi ubat yang diperlukan yang kena beli sendiri dari farmasi luar.... Janji sihat.... Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Sedang menunggu staff nurse dan doktor membuat report, bil pembayaran dan juga senarai ubat yang perlu diambil di farmasi.....

Gambar kenang2an sebagai bukti yang bapa aku telah bermastautin selama 50 hari di HUKM... Akhirnya dapat juga keluar wad..... Alhamdulillah....

Jangan tak percaya, mak aku dengan suka hati sekarang ni.... Suami dah beransur pulih, dan tidak lagi perlu untuk duduk di wad HUKM lagi.....
Yang tak bestnya... lagi 2 hari kena datang balik dan juga masuk wad 1 hari untuk satu lagi pemeriksaan di Bahagian Urologi... Maknanya pada tarikh 29/04/2009... hari tu hari jadi bapa aku... terpaksalah sambut lepas balik hospital... tapi elok juga, boleh suruh diaorang buat dressing sekali.... Maka bermulalah satu lagi perjalanan hidup aku seterusnya.... Insya-Allah aku akan menjaga bapa aku dan mak aku dengan sebaik mungkin..... itu janji aku pada mereka....

Apa Yang Tak Kena...???

Apakah Yang Tak Kena Dengan Gambar Ni...??

Hari ni aku lepak 2.5 jam kat Mid Valley menemankan seseorang sebelum ke HUKM seperti biasa..... Selain tu, aku tengah kumpulkan gambar2 untuk simpanan portfolio aku.... so layanlah diri ini sorang2 kat sekitar Mid Valley ni.... Bermula di Garden hinggalah entah mana2 ceruk aku pergi.... Lebih kurang 2 jam lepas tu balik semula di Garden.... Kaki dah penat berjalan.... separuh kedai dah masuk kecuali outlet perempuan dan barangan dalaman wanita.... Di Garden aku lepaklah kat kawasan menunggu.... dengan sofa warna hijaunya.... duduklah sekejap sementara menunggu seseorang tu... Adalah seorang apek@uncle cina ni depan kerusi aku.... akupun curi2 capture gambar dia dengan selamba dan memberanikan diri beberapa snap.... Jadi persoalannya, apa yang tak kena dengan gambar ini dari sudut pandangan kawan2 blogger aku sekalian....???? Sila berikan comment dan jawapan pada persoalan ini.... Sekian terima kasih.....

24 April 2009

Ada Hadiah Ke Untuk Aku...???!!!

HAAA...... INILAH BUDAKNYA..... KAWAN2......
Inilah budaknya yang impikan Counter Number blog dia diangka 22,222 tu..... Hajatnya dah pun tercapai...... Suka sangatlah lepas ni.....

Untuk sekian kalinya aku amat terkejut, atas kerajinan aku untuk memprint screen blog seseorang tu, difahamkan aku akan dapat hadiah..... Owhh... sungguh ku tak sangka.... aku cuma nak menolong seorang kawan blogger dan kebetulan masa yang aku mengupdate blog aku serta menjawab comment2 dari blog aku, aku pun bukalah my favorite blog tu.... Ruangan counter dia menunjukkan sedikit sahaja lagi untuk sampai kepada apa yang dia hajati dan impikan.... So aku tunggu dan kerap kali juga aku keluar masuk ke dalam blog dia..... sampailah ke angka 22,222 yang diimpikan itu tiba.... dengan pantas aku menekan butang print screen.... lepas tu save as ke dalam file document aku..... tujuan untuk bagi dia nanti kalau2 takde siapa yang capture blog dia atau dia sendiri....

Ni ruangan entry dia untuk aku..... Nampak tak nama aku dan nama panggilan aku....
Dia ni merupakan blogger aku yang amatlah rajin melayan kerenah blogger dia.... termasuklah aku yang baru lagi menceburi bidang memblog ni.... Dan dia juga merupakan pengulas popular aku yang pertama dalam ranking blog aku..... Tak lain tak bukan dia adalah Cik Syaidatie Nadwa Kamaruzaman @ Wawa_Nadwa yang merupakan salah seorang blogger popular di dalam ruangan blogspot.... Blog dia adalah http://misswawa.blogspot.com ..... Tak sangka pulak ada hadiah, apa hadiahnya... kena tunggulah..... Nanti aku buat entry hadiah yang diterima.... perasan2 je macamlah dapat.....

Yang ni adalah rupa blog dia... Cantik dan kemas untuk dilayari..... ...Owhh! Wawa...

Hari ni (23/4/2009) dia buat entry untuk aku sebab emailkan dia Print Screen 22,222.... malam kelmarin..... Tengahari tadi bila aku buka blog dia mak aii ada entry pasal aku.... tak sangkalah sampai macam ni sekali.... siap promote blog aku lagi..... seronok gila..... lagi2 dia ada kata nak bagi hadiah.... sungguh tak ku sangka2..... terima kasih diucapkan..... tidak minta apa2 pun cuma menolong kawan2 blogger je...... esok2, hari aku minta tolong, mungkin diaorang ni jugalah yang akan bantu aku.... Insya-Allah...... Terima kasih sekali lagi.....

Berita Baik.... Insya-Allah...

Inilah perkampungan aku dengan family aku selama hampir 2 bulan dah....
Hari ni aku tak sempat nak ke HUKM menjengok bapa aku dengn mak aku.... Tapi petang tadi aku seperti biasa call mak aku bertanyakan khabar.... Difahamkan bahawa doktor ada mengatakan kepada mak aku yang bapa aku berkemungkinan besar boleh keluar wad balik ke rumah.... Alhamdulillah syukur.... ini bermakna bapa aku telah sembuh seperti biasa.... tetapi keputusannya akan diberitahu di sebelah petang sebab pagi ni ada beberapa perkara yang doktor akan buat.... seperti ct scan, x-ray dan buat ultra-sound.... keputusan ni nanti akan menentukan samada bapa aku boleh balik kerumah atau tidak.... Jadi sekarang aku dalam situasi tak sabar2 untuk mengetahui keputusannya.... berdebar2 rasanya dan tak sabar2 untuk menyambut kepulangan bapa ku dari HUKM.... Jadi lepas ni rumah aku akan menjadi hospital ke dua bagi bapa aku.... seperti semasa mak aku juga selepas operation hati tempohari.... Kerja aku adalah menyiapkan bilik tetamu rumah aku untuk dijadikan second katil hospital..... itu semua tak jadi masalah.... Cuma bezanya semasa mak aku dulu, dia boleh berjalan seperti biasa.... tetapi bagi bapa aku dia tak kuat untuk berjalan terpaksa memakai tongkat kaki empat.... kena pimpin dia ke mana dia nak pergi.... Oklah aku kena tunggulah sekarang ni.... Minta2 dapat keputusan yang bagus lepas ni....
Penantian Suatu Penyeksaan.....

23 April 2009

Award Untuk Aku...

Hari ni aku dapat award dari blogger aku yang sangat rajin.... Tak lain tak bukan ianya datang dari : Clara Life a.k.a claraemilycancer.blogspot.com 1. Letakkan logo award ini ke blog anda. 2. Anugerahkan award ini kepada 10 blogger yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. 3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda. 4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. 5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini. 1. ..Owhhh! Wawa.. a.k.a misswawa.blogspot.com 2. PJ Selamba a.k.a selambapj.blogspot.com 3. SWEET V@NiLL@ a.k.a Raihanna 4. -hello there, awyn here a.k.a Ajwin Ajeera 5. Raihan Blog's a.k.a thousand1anzblog.blogspot.com 6. memOries remain never end a.k.a Wan Fara 7. NABILA FARHANA a.k.a ayeen88.blogspot.com 8. kEy a.k.a annasakina.blogspot.com 9. wana a.k.a wanasweet.blogspot.com 10. khalifah fedi a.k.a tuanuruchimaru.blogspot.com Sekiranya dalam senarai blogger telah pun mendapat award ini, takpe aku sedekahkan lagi untuk korang, aku suka bersedekah.... ambik ye...

Tugasan Lama Aku Sebagai Photographer....

Majlis Makan Malam & Persembahan Bertenaga Adibah Noor
Sebelum majlis berlangsung.... Majlis Makan Malam Ulangtahun Persekutuan Orang Pekak Malaysia Yang Ke-10 Di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur.
Pada akhir tahun 2007 dulu, aku dapat satu task di mana secara tidak langsung aku merupakan sebahagian daripada AJK yang mengelolakan satu majlis kebajikan.... Aku ditugaskan sebagai Jurugambar Rasmi bagi Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-10 Persekutuan Orang Pekak Malaysia yang dilangsungkan di Crown Princess Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur....
Penyanyi dan pelakon Shajiri dilantik sebagai MC malam ni...
Menunjukkan skill bahasa isyarat apa entah.....
Yang sebelah dia ni merupakan jurubahasa bagi mereka yang pekak....
Majlis berlangsung dengan gilang gemilang walaupun cara mereka berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat... kehadiran dermawan2 dan badan2 tertentu juga memeriahkan lagi majlis tersebut.... Tugas aku adalah untuk mengambil gambar semasa majlis tersebut berlangsung... seronok juga dengan telatah mereka ni.... Mereka juga seperti kita juga pandai buat lawak di kalangan mereka... bagi aku kadang2 gelak bukan sebab lawaknya tapi telatah dan memek muka mereka ketika bercerita, penuh semangat....
Dif-dif terhormat.... Nilah kakak kepada Tun Dr. Siti Hasmah Muhd. Ali (Isteri Tun Mahathir kita....)... Apa nama dia aku dah lupa....
Yang ni En.Sazali merupakan presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia.... Dia pun OKU juga....
Sebelum majlis sebenar berlangsung, lagu negara ku dinyanyikan.... Time ni ayat dia '"Raja Kita Selamat Bertahtha......" .......
Di majlis ni... MC ketika itu adalah penyanyi dan pelakon Shajiri.... dan yang bestnye persembahan pada pertengahan majlis dari artis undangan dan juga merupakan penyanyi favorite aku iaitu........... Adibah Noor..... cayalah.... kita lihat dia dalam tv kita akan kata besarnye dia.... tapi bagi aku, aku akan kata mak aiii besar gila dia..... lagi besar dari aku.... tapi comel giler...... peramah.... pandai pikat hati peminat..... senyum je kerjenye.... kalau ketawa satu dewan dengar....
Sebelum persembahan dari penyanyi jemputan.... sajak dari Prof dari Jepun dengan bahasa isyarat.... dia ni OKU juga... dalam dewan senyap je sebab tak dengar suara pun... dan yang faham di kalangan diorang sahaja.....
Penyanyi jemputan..... Time best gila.... semua orang tunggu persembahan ni je..... Siapa lagi kalau bukan ADIBAH NOOR....... superb persembahan dia.....
Penuh penghayatan..... Interaksi dengan tetamu bagus giler..... Suara naik bulu roma.... Badut tu kacau je...
Tengah belajar beberapa perkataan dari jurubahasa yang dilantik dalam persembahan beliau....
Tara.. kuca... tara... kuca... ca... ca.... Pose baik punya..... terhibur giler kitaorang.... termasuklah aku..... banyak giler aku snap gambar dia.....
Gambar kenangan / rasmi di kalangan orang kuat Persekutuan Orang Pekak Malaysia.... Yang tengah tu merupakan Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia....
Yang bagusnye dia, dia tak minta bayaran pun dari majlis ni... cuma dia minta sediakan dia satu bilik eksklusif, sistem bunyi yang bagus (ada satu jenis brand apa entah aku tak ingat) dan satu ruang (kerusi dan meja) untuk dia temui peminat.... di situ dia akn buat jualan langsung album dia.... dan setiap jualan 10% ke 20% daripadanya akan di sumbangkan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia ni.... Harga jualan pun murah je cuma RM20.00, dapat tandatangan dan autograf dia lagi.... Apalagi aku pun sambar satu.....
Nilah hasil yang aku beli tempohari.... RM20.00 sahaja.... Tandatangan lagi....
Ni pun kiranye pakej pembelian jugalah..... Dapatlah juga 2, 3 keping gambar.....
Tengah melayan peminat kecil selepas majlis tersebut....
Majlis berlangsung hingga pukul 12.00 malam.... selesai sahaja majlis pihak penganjur pun bagi aku sumbangan RM500.00 sebagai tanda penghargaan kerana suka rela menjadi jurugambar ketika itu... sapa sangka dapat... rezeki... rezeki.... selain itu juga aku dapat barangan lain, 3 hamper dan 1 kupon high tea untuk 2 orang di Pan Pacific Putrajaya.... tak cukup tangan nak bawa balik barang tu.... tapi majlis ni memang best giler....

22 April 2009

Balik Kampung Sekejap....

...Rumah Ku Syurga Ku Juga...

Hari ni aku cadang untuk balik ke kampung kejap dengan adik aku... Sebab nak ambil barang keperluan bapa dan mak aku.... Selain tu juga nak kemas rumah apa yang patut.... Hari tu balik dengan kakak aku, banyak juga benda yang tak sempat buat.... Kiranya hari aku nak pulun semua kerja selagi boleh....

Yang ni rumah No.32, Jalan Seluang 2, Taman Seri Putra.... Ni main house....

Yang ni pulak rumah No.34, Jalan Seluang 2, Taman Seri Putra.... Second house.... Sekarang disewakan kat staff nurse Hospital Banting.... Takdelah kosong sangat rumah....

Mula2 tu nak balik pagi kononnya, banyak pulak halnya kat Damansara so aku balik pukul 3.00 petang.... Badan pun tak berapa sihat, badan2 sakit... rasa macam nak demam balik.... bahaya ni... boleh sakit balik ni.....

Sampai kampung (Banting, Kuala Langat) pukul 4.30 petang terus pergi restoran, baru nak makan tengahari dengan adik aku.... settle semuanya baru balik ke rumah... sampai je rumah family aku terus ambil kunci spare kat rumah jiran.... nasib baik jiran tu ada, sebenarnya dah sampai Banting baru aku teringat yang aku lupa bawa kunci sebenarnya.... nasib baik kalu tidak buat penat je....

Sampai sahaja depan rumah, buka pintu yang sepatutnya terus masuk check kalau ada apa2 perubahan dalam rumah.... dulu rumah family aku ni dah dimasuki pencuri... time tu masa mak aku operation hati di HUKM 2 tahun lepas... jadi macam fobia dah bila nak masuk rumah... kalau adalah pencuri tu dalam rumah masa ni memang aku pakok betul2.... time tu rumah macam kena ribut, habis semua barang berselerak... banyak juga barang2 elektrik yang hilang.... nanti satu hari nanti aku buat entry pasal kemasukan pencuri....

Pemandangan dari depan rumah aku... padang yang sangat besar dan ada padang permainan budak2... luas mata memandang....

Tugasan pertama, suruh adik aku sapu lantai sebab dah berhabuk dan daun2 dari pokok depan rumah masuk.... aku pulak ambil tangga, panjat depan rumah tengok cembetung air untuk keluarkan daun2 dalamnya... punyalah banyak.... kata jiran2 memang ribut teruk 3 hari lepas.... Lepas tu pergi rumah sebelah (corner lot) tengok apa2 ada kat padang rumah... rumput dah panjang kena call orang potong rumput... kalau panjang sangat harimau pulak yang menyorok nanti....

Operasi pembersihan atap rumah dari daun2 pokok sena yang banyak dalam cembetung....

Adik aku punya kerjalah ni, sekarang ni dia pantang pegang kamera, banyaklah yang jadi mangsa paparazi dia... aku pun tak sedar bila dia tangkap....

Kemas bahagian dalam rumah, lipat baju yang dibasuh minggu lepas, mula2 tu nak mop lantai tapi bila check taklah kotor sangat so tak payahlah.... kemaskan peti sejuk, buang apa yang patut.... so sekarang ni dah bersih.... badan dah penat, lepak dengan adik aku yang tengah sibuk study untuk exam hari Khamis ni.... tengok gelagat jiran2 yang melepak depan padang depan rumah aku (biasalah makcik2 kalau dah berkumpul tu pastinya ada topik hangat yang diperkatakan... dulu mak aku joint juga tapi aku selalu marah dan dia dah pencen untuk selama2nya...)....

Cerita di sebalik ukiran besi pagar....

Makcik2 sekeliling rumah aku tengah bergossip depan padang rumah aku.... ingat lelaki je yang lepak kat kedai kopi sembang2 kosong.... tapi hakikatnya perempuan juga sentiasa bergossip dan mengumpat bila bertemu... cakap kuat2 pulak tu... tak berkenan betul aku...

Dalam pukul 8.30 malam tadi baru aku balik ke Damansara, tapi aku kena hantar adik aku dulu di asramanya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.... Kolej dia kat Sepang.... Hantar balik kunci rumah kat jiran aku... senang kalau ada apa2 hal macam dulu.... Sampai Sepang pukul 9.15 malam.... lepas tu terus balik ke rumah di Damasara, sampai pukul 10.45 malam... tu pun aku jalan slow2 layan perasaan sorang2.... best juga, dah lama tak layan2 di jalanan... feelling siot....

Tugasan Di HUKM....

Macam biasa, setiap petang atau pagi aku datang melawat bapa aku untuk melihat perkembangan dan menyediakan keperluan emak aku yang setia menemankan bapa aku di HUKM.... Tugasan aku setiap kali datang ke wad bapa aku, tanya khabar, apa doktor kata untuk hari ini dari mak aku, apa keperluan untuk disediakan untuk bapa aku dan macam2 lagi....
Tengah urut kepala bapa aku setiap petang.... Mak aku penunggu setia sebelah bapa aku....
Tapi sebelum aku balik, tugasan utama aku sebelum balik ke rumah adalah aku akan pastikan bapa aku dilap seluruh badan (macam mandikanlah), cukur janggut hari sekali, suapkan makan kalau tiba masa makan, berikan minum susu untuk tenaga (kalau dgn mak aku, selalu mengelat dan taknak minum)... kalau dgn aku, bapa aku ni dengar cakap aku sikit.... orang tua, adakalanya perlu dilayan dengan menggunakan psikologi... mak aku jenis terus je.... aku lain sikit... dan last sekali lepas lap badan tukarkan baju dan kain baru... sekarang ni baru perasan setiap kali petang je bapa aku mesti pening kepala... jadi dia akan suruh urut kepala dia.... extra sumbangan aku pada bapa aku, aku akan urut kaki dia untuk peredaran darah.... Sebelum ni kalau kat kampung, aku biasanya akan urut kakinya setiap malam bila balik hujung minggu.... jadi bila masuk wad pun aku dah terbiasa untuk lakukannya....

Kasih saya seorang isteri kepada suaminya.... Bila tiba masa aku nanti bagaimana pulalah keadaannya.....

Begitulah kehidupan aku untuk 2 bulan ni.... bila dikira2, bapa aku dah berada di dalam wad ni hampir 2 bulan rupanya... rasa sekejap je masa berlalu.... Begitulah tanggungjawab aku terhadap kedua ibubapa ku.... sementara tenaga dan kudrat aku masih ada.... Ya-Allah berikan aku kekuatan dalam menempuh hari2 yang mendatang ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...