Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

11 April 2009

Balik Kampung & Tak Sihat Semula.....

Hari ni (Sabtu 11/4/2009) untuk kali pertamanya, aku tak pergi HUKM tengok bapa aku.... sebab pagi2 lagi aku dah janji dengan akak aku untuk balik ke kampung sekejap nak tengok rumah sebab dah sebulan bapa aku masuk HUKM.... so today aku ke kampung sekejap..... Sampai pukul 8.30 pagi di Banting,Selangor... kejap je dari Damansara, sejam dah sampai.... itupun ikut LDP ke Cyberjaya, kemudian ke Banting.... Sesampai je aku pun bukalah pintu rumah, mak ai banyaknye daun bertaburan.... Kunci rumah aku ambil dari adik aku semalam... sebab dia pegang satu copy.... aku malas nak pegang.... Bila sampai kat pintu gril, kunci tu tak boleh masuk... alamak matilah macam ni.... kunci tu baru buat duplicate dek adik aku.... aku baru teringat, jiran kat baris rumah aku ada seorang tu memang aku suruh simpan satu, kalau2 ada apa2 berlaku... dah berlaku dah pun... aku pun pergilah ke rumah jiran aku tu... sekali lagi aku 'alamak' sebab depa takde rumah.... takut2 depa pergi Sabah sebab anak dia ada kat sana.... tanya2 dengan jiran lain, nasib baik jiran yang pegang kunci tu pegi jogging kat Bukit Jugra.... Dekat setengah jam lepas tu, jiran aku tu lalu, apa lagi dengan sepantas kilat aku berlari pergi rumah dia ambil kunci.... sementara pakcik tu balik, akak aku sempat lagi pergi potong rambut kat kedai.... tinggallah aku menangani masalah kunci tu.... rumah mak bapa aku ni rumah teres 1 tingkat... tapi bapa aku beli 2 buah rumah, sebelah bersebelahan... satu tu corner lot dan rumah kedua (tepinye je)... tapi yang duduk rumah yang tengah No.32, Jalan Seluang 2.... Yang corner lot tu, No.34, Jalan Seluang 2, tu kosong tapi sekarang sewakan kat Staff Nurse Hospital Banting (3 orang je).... Kemas apa yang patut, ambil barang mak dan bapa aku yang akan diperlukan untuk duduk kat rumah aku nanti (bila keluar wad).... kemas apa yang patut, aku vakum karpet, akak aku mop lantai dan kemas peti ais.... pukul 1.30 petang balik semula kat Damansara.... Sampai kat area Damansara sempat ambil anak buah aku kat One Utama (OU) kejap... dia ni suka benar lepak rumah Pakngah nye bila hari Sabtu.... Lepak2 tengok Konsert AF7.... Akak aku hantar aku kat rumah dan anak dia kat Flora Damansara dan dia balik Damansara Damai... tak jauh pun antara 2 tempat ni.... Hari nilah untuk kali pertamanya aku tak pergi HUKM, sebab mak aku malam tadi dah mula jaga bapa aku di Wad Surgeri 1.... yang ni wad biasa, jadi seorang ahli keluarga boleh menemankan pesakit.... macam di Wad High Deficiency Unit (HDU) dulu, tak boleh menunggu pesakit tapi aku main2 sorok dengan pak guard je.... untuk stay kat dalam hospital.... macam pelarian indon lah pulak main lari2.... lari pak lari..... Tapi aku sentiasa call mak aku hari ni.... tanyakan keadaan bapa aku.... sekarang ni bapa aku dah ada banyak perubahan... dia dah rasa ada tenaga dan sihat macam biasa cuma lemah badan je, dan suaranya dah jelas bila bercakap.... ini menunjukkan bahawa paru2 bapa aku juga semakin sembuh.... Dia dah pandai complain macam2 dan sibuk nak balik.... tapi tiub kat hidung masih pakai untuk masukkan susu ke perut... sebab jumlah makan yang diambil sedikit, tak cukup untuk memberi tenaga.... tapi syukur Alhamdullillah dia dah beransur pulih... Sesampai je kat rumah aku terus tidur dan sedar2 dah pukul 7.30 petang... badan rasa sakit2... tekak pun rasa pedih.... apahal pulaklah ni... tak sihat baliklah ni.... badan dah mula panas, mata aku merah sebelah, batuk start balik, selsema pun ada, kepala pening dan berat.... SAH tak sihat balik.... lekas2 aku makan ubat apa yang patut..... tapi sempat juga update blog....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...