Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

23 December 2014

Sekali Sekala Poyos Apa Salahne Kan....???!!!


Alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi di dunia ini... Syukur.... Dan dalam masa yang sama jugak, blog aku ni still hidup walaupun hidup segan mati tak mahu.... Heheheheee.... Apa2 pun salam perkenalan semula buat mereka yang masih baru mengenali Chilabaey's Spot ni... 

Salah satu blog yang dah lama jugak berada di dalam dunia maya ini... Syukur aku masih mengendalikannye walaupun sebulan sekali update... Bagi otai2 blogger lama, kebanyakkannye dah slow dalam dunia blogger ini... Termasuklah aku... 

Walaubagaimana pun, aku tetap sayang dan akan sentiasa menjaga dan mengupdate blog aku ini selagi mampu... Cerita banyak yang nak kongsikan tapi masa dan kemalasan untuk menaip nukilan yang terlintas di fikiran itulah menyebabkan blog ni bersarang dan berkulat... 

Oklah jumpa lagi next entry.... Bubai....

22 November 2014

Dulu Mat Rempit Berhemah, Sekarang Blogger Pemalas....!!! Boleh...???


Terjumpa pulak gambar lama semasa zaman merempit dulu... Kalau diingat semula, time ni tak sayang nyawa betullah... Oklah bye...




29 October 2014

Wah Hati Senang Tul Walaupun Blog Tak Update....!!!


Salam semua follower2, my silent reader dan sesiapa sajer yang terjah blog tak semenggah aku ni... Sorrylah sangat2 buzy dengan kehidupan harian... Tapi sempatlah jugak bercuti ke Bandung minggu lepas... Ke Bandung untuk kali ke-4... Nanti aku entrykan... Insya Allah... 

Belanja satu gambar untuk korang semua... Aktiviti office aku bulan lepas... Main ATV di Kemensah... Pun aku akan entrykan tak lama lagi.... Oklah itu jer buat masa ni... Entry untuk ATV nanti yer...  Doakan aku sihat2 dan rajin2 macam dulu yer... Insya Allah... 


15 October 2014

Jumpa Jugak Cucu Tokngah Di Ikano Power Centre...



Inilah dia cucu aku.... Cucu Tokngah dah besar dah... Cucu aku di alam maya @ Blogger... Itu jer yang mampu aku katakan.... Seronok giler dapat jumpa.... Nanti jumpa lagi Tokngah belanja kasut...




27 September 2014

Mahu Terbakar Mulut Nii...???!!! Korang Nak Ker...???


Cantikkan... Seksi, seni yang tinggi, silap2 terbakar mulut kalau salah setting... Hehehehee....




So sesiapa yang nakkan benda alah ni boleh contact aku di FB (private messege yer) nanti aku bagitahu siapa yang menjualnye secara direct... Sajer promote untuk mereka2 yang nak berhenti hisap rokok tembakau... 





Aku pun nak satu ni... Tapi tempahannye agak lama untuk dapat tapi sangat2 puas hati hasilnye dan finishing benda alah ni... Insya Allah... Yang dalam gambar ni, dah pakai lama dah...


22 September 2014

Lama Tak Lari... 10KM Done 2XU Compression Run 2014...


Alhamdulillah... Tahun ni dapat lagi join event larian 2XU COMPRESSION RUN MALAYSIA 2014... Kali ni anjuran 2XU Malaysia... Dan kali ni aku join untuk 10KM pulak... Semuanye berjalan lancar... 10KM untuk 1 jam 50 minit merupakan pencapaian buat diri aku jugak sebenarnye... Maklumlah saiz besar...


Time ni sebelum pelepasan semua peserta... Kategori aku 10KM pada pukul 6.00 pagi manakala 21KM pukul 5.00 pagi dan 5KM pukul 7.00 pagi..... Semua peserta badan memang sedap2 dan jenis kaki lari punya... Tapi semua tu dari pandangan mata kasar jer... Tapi kemampuan sebenar semasa kita berlari.... Ramai jugak yang tak mampu sepanjang larian... Badan slim tak semestinye stamina kuat... Aku Alhamdulillah dapatlah meneruskan larian sehingga garisan penamat...



Time ni dah nak balik yer, bukan berhenti kejap untuk ambik gambar.... Ni pun kebanyakkan peserta masih belum habiskan larian mereka... Masih ramai lagi sebenarnye...


Yang ni budak2 office aku... Receptionist di off, Ira namanye...


Ini geng lari dan panjat gunung aku... Kak Elle... Dia ni lari handal, berbasikal pun handal...



Yang budak India belakang tu pulak, budak akuan di office aku... Komathi namanye.... Dia memang laju bab larian2... Rajin berlarilah katakan...


Ini pulak budak2 dari Marketing... Arif Shah dengan Wei Meng... Arif ni dulu badan macam aku (cuma kecik sikit), tapi sekarang slim giler... Workout giler2... Try jugak nak dapatkan saiz macam dia sekarang.... 

Heheheheee.... Larian 2XU kali ni sekitar Kuala Lumpur.... Permulaan dan Penamat larian di Taman Botanik Taman Tasik Perdana... Gilerlah, awal2 lagi dah lari mendaki bukit.... Mula2 tu macam tak larat jer, tapi lepas jer 3KM mula semangat sampai dan kaki pun tengah sedap untuk berlari.... Tu yang dapat kejar masa yang aku target tu... Mula2 tu aku target habis lari dalam 2 jam 30 minit... Tapi aku setkan masa untuk 1KM aku kena habiskan dalam tempoh 13 minit... Semuanye berjalan lancar dan tak lebih pun 13 minit seKM... Antara 9-11 minit jer... 

So sekarang ni tengah menunggu Official Time dari 2XU dalam sehari dua lagi... Ker dah keluar hari ni.... Nanti aku check dan aku akan entry untuk korang.... Oklah lepas ni nak masuk event mana lagi tak tahu... Insya Allah moga diberikan semangat dan kekuatan untuk melakukan larian2 selepas ini...


06 September 2014

Burger Yang Akan Menggigit... Burgerbyte Damansara Perdana....


Lama tak post tentang tempat2 makan yang menarikkan... Oklah kali ni nak rekomen kat korang satu tempat ni di kawasan Damansara Perdana iaitu Restoran Burgerbyte... Kalau tak silap aku kepunyaan pelawak Zizan Razak...


Kat sini menu utamanye adalah burger... Memang terliurlah kalau sampai kat sini... Macam2 jenis burger yang ditawarkan... Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu... Tapi untuk kali ni aku order yang original dulu... Cheese Burger...



Muka tengah syok dan tak bersedia untuk diambil gambarnye... Maaflah yer... Muka berminyak sebab baru balik kerja terus2 ke sini... Wife aku punya cadanganlah ni...


Restoran ni kalau sebelah malam takdelah ramai sangat tapi sebelah tengahari katanye penuh... Sebab tengokkan tak ramai oranglah aku terus berhenti singgah... So cepat sikit menu yang diorder sampai... Oklah kat bawah ni location Burgerbyte Damansara Perdana, Bandar Damanasara Perdana, Petaling Jaya... Selamat mencuba...


Sila click gam bar untuk melihat dengan lebih jelas... 


30 August 2014

Selamat Hari Merdeka Buat Negara Malaysia Ke-57....!!!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 untuk negara tercinta kita Malaysia... Moga diberikan keamanan, kesejahteraan dan ekonomi yang stabil... Dan secara tidak langsung taraf kehidupan kita di Malaysia akan bertambah baik lebih lagi... Setiap rakyat Malaysia lebih lagi terbela jika dibandingkan negara2 luar... Itu yang aku harapkan sehingga ke anak cucu.... Insya Allah... 


25 August 2014

Video Tribute Dari Aku Buat MH17.... Sedih Dan Sayu Di Hati...


Malaysia telah dikejutkan dengan Tragedi MH17... Di mana pesawat MAS telah ditembak jatuh oleh pihak yang tengah bergolak di Ukrine... Masih dalam siatan siapa yang harus dipertanggungjawabkan... 43 mangsa pesawat dari Malaysia terlibat... 

Sangat2 menyedihkan, tragedi MH370 masih menjadi tanda tanya, tak lama selepas tu tragedi MH17 menyusul.. Tapi Alhamdulillah dengan kebijaksaan Kerajaan Malaysia dan Kepimpinan PM kita, segala urusan sekarang berjalan lancar sehinggalah 23 jenazah penumpang MH17 selamat dibawa pulang dan sebahagiannye telah pun disemadikan dengan tenang di tanahair Malaysia...

Sebak dan sayu masih lagi terasa apabila jenazah pertama dibawa turun dari pesawat khas MAS... Dan saat2 bertafakur selepas jenazah terakhir dimasukkan ke dalam van khas jenazah terus sayu dan berlinang airmata ketika itu... Selama seminit rasanye bagaikan tidak cukup untuk disedekah kepada jenazah terbut... Oleh itu kita sedekahkanlah Surah Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam...

Di sini aku sediakan video Tribute To MH17 buat semua keluarga mangsa pesawat malang MH17 untuk tatapan korang semua... Salam takziah diucapkan....



Tribute To MH17 (Batch 1)


19 August 2014

Terhegeh2 Nak Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri... Sebabnye...??


Gilalah... Punyalah lambat baru nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun ni... Boleh pulak lupa password blog aku ni... Nampak sangat lama tak update blog... Maaf dipinta pada mereka2 yang masih sudi jengok blok Chilabaey's Spot ni...

So dikesempatan ini saya ingin memohon ampon dan maaf kepada semua bloggers, followers dan silent readers yang masih sudi intai2 blog aku ni... Kebanyakkan cerita aku sekarang ni dan aktiviti harian di Facebook sajer... Tapi Insya Allah lepas ni setelah password dah ingat balik ni, aku akan teruskan dunia blog ni seperti biasa dan cuba update cerita2 yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan... Segala pengalaman hidup yang boleh aku kongsi, aku akan update... 

Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dengan ucapan Maaf, Zahir dan Batin... Sekian terima kasih....


14 July 2014

Salam Nuzul Al-Quran Buat Warga Wilayah Persekutuan... Yeeee Tambah Cuti....!!!


Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat semua warga Kuala Lumpur dan Malaysia khususnye... Alhamdulillah tahun ni Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan dapat cuti khas macam negeri2 lain... Syukur... :)

05 July 2014

Hilangnye Seorang Lagi Biduanita Negara... Al-Fatihah...


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Perginye seorang bintang yang bekerdipan di langit...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.


ASTRO AWANI

--------------------------------------------------------------------------------------------------

.....Al-Fatihah.....



30 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua... !!!


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua followers dan silent reader aku selama ini... Alhamdulillah kita dapat jugak menyambutnye untuk sekian kalinye... Syukur... Selamat berbuka dan pulak pagi2 buka periuk yer... 



24 June 2014

Hobi Ku : Heli Align Trex 100S... Heli Ke-6...


Rasanye dah lama betul aku tak berblog... 3 minggu kot... Makin malaslah pulak sekarang... Biasalah bila usia meningkat.... Alasan yang tak munasabah.... Oklah update sikit.... Hobi akukan pelbagai... Salah satunye main Helicopter RC... Beli yang besar2 last2 yang lebih mainnye pada yang kecik jer...


Nampak kecik jer tapi harga giler mahal sebab antara Heli RC yang berkualiti tinggi dan famous amos... Align T-Rex 100s... Agak mudah untuk handle sebab kurang sikit takut terhempas... Kalau terhempas pun takde apa2 sangat... Sebenarnye tujuan beli untuk mahirkan diri dengan remote controlnye... Bila dah biasa dengan handlingnye barulah senang sikit nak bawak yang besar pulak...





Oklah setakat ini dulu updatenye blog aku ni... Insya Allah aku nak rajin2 sikit lepas ni... Maklumlah Ramadhan dah nak sampai... So mungkin banyak sikit masa untuk update, kononnye... Kepada semua blogger2 kesayangan hamba, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... 


28 May 2014

Trip Bali 2014 : Hari Kedua, Misi Diteruskan Lagi.... Part 5...


Selamat berhari Rabu semua... Orang lain dah habis dah cerita tentang trip2 diaorang, tapi aku masih terhegeh2 nak berkongsi lagi trip yang lepas... Sebabnye tak berblog agak lama dan tertinggal draft post dalam list blogger... Sekali check2 ada lagi yang belum dipostkan... Aduiiiii.... Pemalas betul Chilabaey ni sekarang.... 

Oklah kita sambung balik cerita tentang trip aku di Bali hari tu... Selepas seronok bershopping bagai, kali ni ke tempat wajib bagi aku bila sampai di Bali ni... Iaitu untuk menyaksikan persembahan Kecak Dance di Uluwatu... Kat sini tempat dia memang menarik dengan pemandangan yang sangat2 aku kagum tentang keAgungan yang Maha Berkuasa Allah SWT... 




Kali ni aku sampai awal sikit so takdelah berebut nak masuk ke pintu nanti... Biasanye kaunter tiket akan dibuka pada pukul 5.30 petang kalau aku tak silap... Dan bayaran masuknye tahun ni telah naik sedikit... Sebab naik harga adalah disebabkan penambahbaikkan tempat tarian itu dijalankan...



Penyunjung dah mula ramai datang dan menunggu... Masa ni hujan rengai sikit... Tapi kejap jer... Mula2 tu agak panik jugak, alamak hujan lebat ker lepas ni.... Kalau hujan jawabnye baliklah ke hotel.... Rengai dalam 30 minit lepas tu panas balik.... Wah... Best2 boleh tengok hari ni...


Time ni kaunter tiket dah mula dibuka... Berebut2 diaorang beli tiket, macam aku pak supirnye yang belikan... Samalah jugak masa aku datang tahun lepas.... Diaorang yang settlekan...




Inilah dia kaunter tiketnye yang open air.... Sempoi jer... Bayaran yang dikenakan kalau tak silap aku dalam RP100,000 seorang...



Wife akulah orang yang paling suka time tu sebab dapat rehat di Bali lagi.... 



Aku pulak anatar orang yang paling seronok hari tu sebab dapat tengok keindahan Maha Pencipta... Sangat2 tenang time ni... Cantik sangat2.... Aku yang agak2 gayat ni kalau sampai kat sini sure jadi berani punya untuk duduk tepi tebing sambil snap gambar...



Pemandangan cantik yang tiada tandingan....




Inilah dia pak supir aku kali ni... Nama beliau aku panggil Pak Bob... Orang muslim... 




Haaaa nampak tak amphitheater kat hujung tu... Tahun lepas takde tau, tahun ni baru siap.... Tapi masih ada 5% lagi kerja2 penyiapannye... Itulah sebab harga tiket dah naik.... Tapi puas hati sebab tempat jadi lagi selesa dan kalau duduk di mana2 jer tempat kita dapat tengok persembahan tersebut jelas... Takdelah tengok kepala orang jer....





Dalam ramai2 tu ada jugak budak2 Malaysia yang datang ke sini... Siap tengok ke camera aku lagi.... Haahhahaaa.... Siap bagi Peace lagi tu.... Hhahhahaaa.... Cayalah dik....


Dengan adanye amphitheater ni, penyunjung agak selesa dan tempat duduk agak proper...



Hari tu memang penuh sebab hujung minggu...


Persembahan dah nak mula bila diaoarang dah start nak bakar tempat api ni... Apa namanye tak ingat aku... Sebelum tu ada seorang tua (pakcik) akan baca mentera dulu.... 


Penari2 kecak dah masuk... Maka bermulalah persembahan tersebut...









Yang ni Pak Lawak dan penceritanye...




Dalam persembahan ni, ada masanye para penari akan tarik kita untuk join mereka menari dan bergurau... Kali ni pelancong dari Jepun jadi mangsa... Tapi minah Jepun ni jenis yang sporting, so persembahan kalai ni agak lancar...



Dapat tepukan gemuruh minah Jepun ni... Sikap sporting dia memang aku respect...


Dalam banyak2 persembahan dalam Kecak Dance ni, part nilah yang paling aku tunggu... Tunggu dengan camera sekali... Part di mana Si Hanuman telah ditangkap dan akan dibakar...


Tu dia pakcik tua yang aku maksudkan awal tadi.... Dia ni macam tok batin atau ketua istiadat di dalam persembahan ni... Pak dukun pun bolehlah...




Time ni memang bestlah... Api dikeliling Si Hanuman tu... Kalau kita di tengah2 tu mahu jugak hangus terbakar... Dahlah dia pakai costum berbulu lagi... Tapi dalam masa yang sama, pakcik tu akan berada di tepi sambil membaca mentera depalah....



 Si Hanuman tu bangun sambil menyepak api2 yang berada di keliling dia... Relaks jer, kaki ayam jer tu.... Macam tak panas jer dimenyepak dan pihak api tu....


Selesai sudah persembahan Kecak Dance di Uluwatu kali ni.... Kali ni waktu masih agak terang, masa aku datang dulu sampai malam baru habis...



Ini gambar wajib, gambar dengan para menari Kecak Dance...


Yang ni pulak watak puteri...


Yang ini pulak sahabat lama dan hero dalam persembahan... Si Hanuman...


Ini watak pendekar kalau tak silap aku.... Watak2 wajib dipotretkan kalau aku datag menyaksikan Kecak Dance ni... Selesai sudah aktiiti aku pada kali ni... Lepas ni kononnye nak ke Jimbaran makan malam.... Tapi sebab ada benda lain nak dibeli so terus minta pak Bob hantar aku ke shopping komplek Discovery.... Lagi satu aku nak minta dia berhenti nak beli Murtabak.. Katanye sedap dan semestinye halal.... 

Oklah lepas ni ada lagi entry mengenai trip Bali aku... Tunggu yer... Terima kasih sebab masih ada yang membaca blog tak semenggah aku ni... Apa2 pun thanks again... Sangat2 aku hargai...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...