Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

29 December 2012

Blogger Hilang Beberapa Hari.... Maafkan Aku Yer....!!!


Salam 1 Malaysia semua... Minta maaf banyak2 sebab blog bersawang... Yang aku rasa terkilan sebab ramai jugak follower yang terjah ke blog aku, tapi takde apa2 entry yang aku update... Sorry sesangat... 

Insyaallah minggu depan iaitu pada tahun baru nanti aku akan aktif semula... Berkongsi tentang kehidupan dan pengalaman hidup aku untuk korang jadikan rujukan bagi yang mana boleh dipakai.... Hujung minggu ni aku dengan aktiviti sosial aku dengan member2 lama sewaktu di Sekolah Vokasional Setapak Kuala Lumpur dulu... Dah lama tak mendaki gunung, dah banyak sangat lemak2 tepu di badan ni... So cara dan jalannye adalah dengan menyibukkan diri selama beberapa hari di Gunung Nuang, Hulu Langat.... 

Persiapan yang tak seberapa, yang penting dapat merapatkan lagi Silaturrahim semasa member lama... Maknanye, pagi tadi pukul 6.00 pagi aku dah bergerak ke Gunung Nuang tersebut... Dan mungkin balik pada hari Isnin kalau takde aral melintang... Doakan perjalanan aku sepanjang di sana baik2 yer... 

Ya Allah... Pacat, takutnye aku.... Hurmmmm....


13 December 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad... Jasa Mu Tetap Dikenang Sampai Bila2... Part 2...



Aku kalau pemimpin lain kurang sikit nak involve... Tapi kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad ada, sangat2lah teruja... Tak kiralah jaga bahagian mana sekali pun... Time Tun Mahathir tengah memberikan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) atas anugerah yang diberikan...



Sebahagian makan tengahari kitaorang di majlis tersebut... Sedap2 semuanye...



Pelbagai ucapan nasihat dan kata2 yang memberikan peransang kepada kami sebagai Perancang Bandar di Malaysia ini dalam mencorak pembangunan sediada dan juga akan datang... 


Yang berada di sebelah kiri tu adalah Presiden MIP... Dan yang sebelah Tun Dr. Siti Hasmah tu pulak adalah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan...


Dalam mana2 majlis yang pernah aku attend setakat ini, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sentiasa dalam keceriaan dan terdapat gurau senda sesama mereka... Suka sangat tengok mereka...


Ini merupakan barisan orang2 kuat MIP... 


Dif-dif kehormat yang dialu2kan...


Barisan committee penting dalam Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)...


Ada jugak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan di atas buku Tun Dr. Mahathir Mohamad.... Nasib baik aku tak bawa buku beliau... Kalau tak dah sure aku pun sama macam budak ni.... 


Selesai sessi bergambar, Tun Dr. Mahathir beransur balik sebab beliau ada satu lagi event yang perlu dihadiri... Tapi sebelum balik, ada sessi Sidang Akhbar untuk majlis ini... 



Tun Dr. Mahathir Mohamad masih steady lagi.... Tapi Tun Dr. Siti Hasmah agak kurang sihat...





Apa2 pun terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah atas pengorbanan dan jasa mereka dalam menjaga dan membangunkan negara kita Malaysia...


Yang ini merupakan member UiTM aku dulu... Kat sinilah baru dapat jumpa sebenarnye... Kalau takde event2 macam ni, haram nak berjumpa... 


Selesai tugas yang tak seberapa dari aku untuk Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2012 dan juga Majlis Penyampaian Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kali ini...


12 December 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad... Jasa Mu Tetap Dikenang Sampai Bila2... Part 1...


Ini kisah bulan lepas sebenarnye.... Baru terhegeh2 nak update... Ini merupakan kali pertama aku dapat mengambil gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah 8 tahun beliau bersara.... Aku terlibat secara langsung sebagai  committee dalam majlis tersebut... Tapi bahagian media...



Majlis ini adalah untuk menyampaikan Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai membalas jasa beliau dalam membangunkan negara kita Malaysia ini...



Ini pada pagi sebelum majlis tersebut berlangsung... Masih banyak lagi yang perlu diuruskan oleh semua committee... Masing2 mempunyai tugas yang telah diamanahkan...



Yang ini adalah boss aku di Cheras... En. Halim Ahmad... Boss yang paling senang berurusan setakat ini... Dia juga committee kuat dalam majlis tersebut....


Ucapan dari YB Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan...



Sampailah masanye penyampaian Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang ditunggu2... Dalam masa yang sama makan tengahari juga disajikan... Majlis yang berlangsung di Renaissance Hotel Kuala Lumpur memang berprestij... So aku sebagai salah seorang committee agak rasa berbangga jugaklah sebab dapat berkeliaran dalam dewan ini untuk mendapatkan angle2 yang menarik semasa majlis tersebut berlangsung...

Oklah next entry banyak gambar2 semasa majlis berlangsung dan juga terutamanye gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia kite.... 


07 December 2012

MAHA 2012 : Penat Tapi Seronok... Itu Pun Tak Habis Pusing...


Cukup tak nangka saiz ni untuk makan 3 bulan.... Boleh pelbagaikan makanan setiap hari... Hehehehehe... Mahu naik kembung perut dan angin jer selama 6 bulan lepas tu.... 

Oklah kali ni sambungan tentang MAHA 2012 seperti yang aku janjikan... Hanya separuhnye kawasan pameran aku dapat pusing... Bagi sesetengah orang agak rugilah sebab dah alang2 sampai.... Tapi bagi aku, tidak sama sekali sebab aku dapat sesuatu yang lebih berharga dan bermakna pada pameran tersebut.... Sebabnye aku dapat berjumpa dan mengambil gambar beliau :

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)




Time ni wartawan langsung tak bagi ruang untuk aku menyelit untuk capture gambar Tun Mahathir... Siap tolak aku ke tepi lagi... Takpe engko buat hal dengan aku yer.... Korang tangkap dulu, kejap lagi turn aku pulak... Dalam mereka sibuk2 tangkap gambar, aku lari di tempat lain yang mana Tun Mahathir akan lalu dan berkemungkinan akan singgah sebentar gerai tersebut... So aku lari cari tempat dulu.... Alhamdulillah jangkaan aku betul, aku berdiri betul2 depan Tun Mahathir dan beliau pun singgah di gerai tersebut dengan mendapat penerangan dari pegawai pameran...





Cantik.... Rezeki aku untuk tangkap gambar Tun Mahathir depan... Dalam masa yang sama wartawan yang tolak aku tu pun cuba selit2 di tempat aku tu, apa lagi tadi engko tolak2 aku yer, kali ni aku tak berganjak sikit pun dan aku siku2 jer kepala budak wartawan tu.... Engko nak marah, minta maaflah, tadi engko buah akukan... Engko carilah tempat lain.... Dia pergi dengan muka marah, tak hormat orang langsung, so aku pun susahlah nak hormat orang macam tu.... 



Mamat baju hitam tu sibuk terangkan sesuatu tentang kopi... Kopi dia sedaplah, baguslah, senang disediakanlah dan macam2 lagi... Kopi ni senang disediakan dengan menambahkan gula dan krimerlah, mamat tu bercerita bersungguh2 nak promote produk dari syarikat dia.... Last2 Tun Mahathir jawab, "Saya nak cari kopi instant aja,  sebab lagi cepat dan mudah"... Terdiam terus mamat tu... Memang betul apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir, zaman sekarang ni orang nak cepat, buat apa nak lambat2... Mana nak cari gula lagi, susu @ krimer lagi... 

Pada pendapat aku, Tun Mahathir sebenarnye bukan perli atau menyindir mamat tu, sebenarnye ia merupakan cadangan kepada pihak syarikat tersebut untuk mewujudkan sesuatu yang mudah tetapi menggunakan produk yang sama... Kalau tak sedar jugak tak tahulah.... 




Banyak jugalah gambar2 yang aku dapat time tu... Bukan senang nak dapat capture moment macam ni... Ini kali ke-2 aku dapat merakamkan sesuatu untuk Tun Mahathir... Sebelum ini pada Majlis Penyampaian Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia di Hotel Renaissance Kuala Lumpur bulan lepas... Untuk kali ini merupakan bonus kenangan untuk aku sebenarnye... Nanti aku entry kan untuk korang yer...



Kesian kawan aku ni, aku bila ada sesuatu yang bermakna untuk aku, kawan aku pun kena tinggallah jawabnye... alaaaa tinggal sekejap... Tapi nak jumpa balik lepas tu, amekkk engko, punyalah payah.... Melilau2 mencari, nasib baik jumpa.... Sorrylah yer Bert, macam tulah kalau berkawan dengan photographer....




Settle berjalan di dalam bangunan2 pameran... Aku cadangkan untuk balik dan carilah apa yang patut masa on the way ke kereta.... Di atas merupakan stesen pickup untuk mereka yang hendak pergi ke stesen lain pula... Kat sini jer punyalah ramai manusia... Aduiii pening2....



Control macho tul lah mamat ni... Hehehhee...


Bert merupakan member lama aku semasa di Sekolah Vokasional Setapak Kuala Lumpur dahulu... Dan merupakan rakan kerja aku di sebuah pemaju perumahan terbesar di Kuala Lumpur... Walaupun sekarang masing2 kerja di tempat lain, still berkawan dan mempunyai masa untuk keluar bersama... Dia jugalah sifu mendaki aku.... kalau dia takde, mampus aku takkan ikut geng lain mendaki....

Tapi dalam tegas2 dia, bila kata budak sekolah Vokey ni, sure ada masa datang gilernye... Lagi2 kalau2 bab bergambar... Contohnye di bawah ini :

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Ini gaya budak balik sekolah kepenatan... Korang mesti pernah buat macam ni... Hehehehehe...




Alhamdulillah untuk pameran kali ini aku berjaya datang menyaksikan sendiri... Sebelum2 ini tak terfikirlah pulak untuk datang, tapi kalau ada lagi pameran MAHA ini dah sure aku akan datang.... Insyallah.... Ok setakat itu sajer cerita tentang MAHA 2012 aku kali ini... Kitaorang balik dekat pukul 3.00 petang jugak dari pukul 8.30 pagi tadi... Kalu ikutkan untuk settle ke semua kawasan pameran, mahu sampai malam kot... Oklah moga jumpa lagi dilain entry... Bubye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...