Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

30 August 2014

Selamat Hari Merdeka Buat Negara Malaysia Ke-57....!!!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 untuk negara tercinta kita Malaysia... Moga diberikan keamanan, kesejahteraan dan ekonomi yang stabil... Dan secara tidak langsung taraf kehidupan kita di Malaysia akan bertambah baik lebih lagi... Setiap rakyat Malaysia lebih lagi terbela jika dibandingkan negara2 luar... Itu yang aku harapkan sehingga ke anak cucu.... Insya Allah... 


25 August 2014

Video Tribute Dari Aku Buat MH17.... Sedih Dan Sayu Di Hati...


Malaysia telah dikejutkan dengan Tragedi MH17... Di mana pesawat MAS telah ditembak jatuh oleh pihak yang tengah bergolak di Ukrine... Masih dalam siatan siapa yang harus dipertanggungjawabkan... 43 mangsa pesawat dari Malaysia terlibat... 

Sangat2 menyedihkan, tragedi MH370 masih menjadi tanda tanya, tak lama selepas tu tragedi MH17 menyusul.. Tapi Alhamdulillah dengan kebijaksaan Kerajaan Malaysia dan Kepimpinan PM kita, segala urusan sekarang berjalan lancar sehinggalah 23 jenazah penumpang MH17 selamat dibawa pulang dan sebahagiannye telah pun disemadikan dengan tenang di tanahair Malaysia...

Sebak dan sayu masih lagi terasa apabila jenazah pertama dibawa turun dari pesawat khas MAS... Dan saat2 bertafakur selepas jenazah terakhir dimasukkan ke dalam van khas jenazah terus sayu dan berlinang airmata ketika itu... Selama seminit rasanye bagaikan tidak cukup untuk disedekah kepada jenazah terbut... Oleh itu kita sedekahkanlah Surah Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam...

Di sini aku sediakan video Tribute To MH17 buat semua keluarga mangsa pesawat malang MH17 untuk tatapan korang semua... Salam takziah diucapkan....



Tribute To MH17 (Batch 1)


19 August 2014

Terhegeh2 Nak Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri... Sebabnye...??


Gilalah... Punyalah lambat baru nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun ni... Boleh pulak lupa password blog aku ni... Nampak sangat lama tak update blog... Maaf dipinta pada mereka2 yang masih sudi jengok blok Chilabaey's Spot ni...

So dikesempatan ini saya ingin memohon ampon dan maaf kepada semua bloggers, followers dan silent readers yang masih sudi intai2 blog aku ni... Kebanyakkan cerita aku sekarang ni dan aktiviti harian di Facebook sajer... Tapi Insya Allah lepas ni setelah password dah ingat balik ni, aku akan teruskan dunia blog ni seperti biasa dan cuba update cerita2 yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan... Segala pengalaman hidup yang boleh aku kongsi, aku akan update... 

Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dengan ucapan Maaf, Zahir dan Batin... Sekian terima kasih....


14 July 2014

Salam Nuzul Al-Quran Buat Warga Wilayah Persekutuan... Yeeee Tambah Cuti....!!!


Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat semua warga Kuala Lumpur dan Malaysia khususnye... Alhamdulillah tahun ni Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan dapat cuti khas macam negeri2 lain... Syukur... :)

05 July 2014

Hilangnye Seorang Lagi Biduanita Negara... Al-Fatihah...


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Perginye seorang bintang yang bekerdipan di langit...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.


ASTRO AWANI

--------------------------------------------------------------------------------------------------

.....Al-Fatihah.....