Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

12 December 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad... Jasa Mu Tetap Dikenang Sampai Bila2... Part 1...


Ini kisah bulan lepas sebenarnye.... Baru terhegeh2 nak update... Ini merupakan kali pertama aku dapat mengambil gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah 8 tahun beliau bersara.... Aku terlibat secara langsung sebagai  committee dalam majlis tersebut... Tapi bahagian media...



Majlis ini adalah untuk menyampaikan Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai membalas jasa beliau dalam membangunkan negara kita Malaysia ini...



Ini pada pagi sebelum majlis tersebut berlangsung... Masih banyak lagi yang perlu diuruskan oleh semua committee... Masing2 mempunyai tugas yang telah diamanahkan...



Yang ini adalah boss aku di Cheras... En. Halim Ahmad... Boss yang paling senang berurusan setakat ini... Dia juga committee kuat dalam majlis tersebut....


Ucapan dari YB Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan...



Sampailah masanye penyampaian Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang ditunggu2... Dalam masa yang sama makan tengahari juga disajikan... Majlis yang berlangsung di Renaissance Hotel Kuala Lumpur memang berprestij... So aku sebagai salah seorang committee agak rasa berbangga jugaklah sebab dapat berkeliaran dalam dewan ini untuk mendapatkan angle2 yang menarik semasa majlis tersebut berlangsung...

Oklah next entry banyak gambar2 semasa majlis berlangsung dan juga terutamanye gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia kite.... 


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...