Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

07 April 2009

Kasih Seorang Isteri.....




4 April 2009 (Sabtu)...Kasih seorang isteri kepada suaminya.... Bapa aku baru sedar dari operation.... semalam Jumaat satu hari dia hayal lagi, cakap2 tetap cakap tapi tak berapa dengar dan tak faham apa yang dikatakan.... kitaorang iye kan saje.... sebab tak nak dia cakap banyak...

Ramai juga saudara mara datang melawat... tapi dilimitkan 2 orang je sekali masuk sebab prosedurnya sama dengan ICU.... Bila tengok bapa aku dah mula bercakap rasa lega yang amat sangat.....
6 April 2009 (Ahad)... Keadaan bapa aku tak berapa bagus... sebab paru2 dia masih lemah.... dan tiub yang dipasang dari dalam perut masih mengeluarkan bendalir kemerahan.. ini perkara biasa selepas operation.... tapi hari ni bendalir tersebut doktor cakap tak berapa bagus sebab takut ada something yang keluar sekali, dikhuatiri juga kalau2 ada kebocoran atau luka didalam perut.... so bapa aku dipuasakan semula... untuk buat CT Scan Abdomen.... tapi petang tu nurse cakap tak jadi buat CT Scan sebab appointment penuh... cuma yang boleh dibuat Ultra-Sound... puasa lagi bapa aku.... tunggu punya tunggu, pukul 3.30 petang tu, nurse cakap masih juga tak dapat buat.... atas sebab yang sama.... maklumlah terlalu ramai pesakit yang berada di HUKM sekarang ni.... Jadi bapa aku dah bolehlah buka puasa tapi air kosong sahaja.... kesian betullah aku tengok....
Tengah menahan sakit agaknye... bila tanya sakit ke? Dia kata tak sakit @ dia masih tak tahu pasal operation.... tapi aku dah terangkan dah....

6 April 2009 (Isnin)... Hari ni aku tunggu bapa aku sorang2 je.... mak, aku arahkan untuk berehat di rumah sebab kaki dia dah bengkak sebab duduk tergantung dan keadaan dia tak berapa sihat, darah tinggi 160/68 sejak kebelakangan ni... maklumlah banyak memikirkan pasal bapa aku.... dan tidur tak cukup..... jadi bila bapa aku tanya, aku jawab sebaik mungkin walau pun bapa aku tak berapa sedar sangat masih hayal2 lagi...

Kain tu sebenarnya nak tutup mata sikit sebab bapa aku ni tak suka silap lampu kalau nak baring....

Lepas Maghrib tu aku balik, sebab di sini wad yang tak boleh menunggu.... mesti kena halau dek pak guard je.... kalau aku tidur kat sini, aku selalu lari tidur kat surau HUKM... ingat aku sorang je tapi ramai juga yang tidur.... diaorang tu ada pas menunggu , aku takde.... rasa macam pendatang haramlah juga.... pukul 1.00 pagi, pukul 3.00 pagi, pukul 5.00 pagi, pegi jengok bapa aku kejap.... lepas sembahyang Subuh tu baru tidur kejap sampailah pukul 8.30 pagi, pegi sarapan kejap baru pegi ke wad bapa aku... Nurse2 tu dah kenal aku jadi senang sikit aku masuk tengok bapa aku.... Nurse yang baik dengan aku SN Fara, SN Hani, SN Huda, SN Nhada, SN Nabila... diaorang ni yang bergilir2 jaga bapa aku dalam WAD HDU ni.... pesakit lain diaorang tak kisah kalau relative takde... tapi bapa aku ni lain sikit, dia nakkan ada samada aku atau mak aku kat situ @ sekejap je jengok dia.... kalau tak nanti dia mula gelisah dan sibuk tanya kat nurse.... yang nurse ni pulak suka kalau aku ada sebab aku boleh uruskan bapa aku dr segi beri makan dan minum... maklumlah ramai sangat pesakit yang nak dia handle.... so aku ni dah imunlah sikit dengan wad ni.... tapi menyorok juga dengan pak guard kalau dia datang....
##################################################
7 April 2009 (Selasa).... Hari ni aku pergi lambat sikit... tapi tak bawa mak aku kot... sebab dia masih tak berapa sihat.... kaki tak bengkak lagi... darah tinggi pun dah ok.... tapi bagi dia rehat sehari lagi.... kalau ikutkan dia pagi2 lagi dah nak ke HUKM.... Hari dan esok, aku ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.... urusan mengupdate blog juga perlu dibuat.... hehehe....

7 comments:

Annabella Influenza said...
This comment has been removed by the author.
Chilabaey's Spot 2 said...

To : Hazatul Nabila

Tq very much.... Insya-Allah... Doakanlah bapa saya sihat walafiat macam biasa....

Wawa_Nadwa said...

Kasih seorang isteri.
Kasih seorang anak.
Owhh wat wawa tersentuh.
tak sampai hati nak baca entry ni. Hurm.. Semoga awk tabah dan sabar.
Same2 berdoa semoga bapa awk cepat sembuh yer.

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Wawa_Nadwa

Itulah tanggungjawab kita kat mak dan bapa kita.... masa saya dah tiba...Alhamdulillah saya telah lama bersedia dari segi mental dan fizikal... Tq very much... doakan ye bapa saya sihat semula...

y . a . n . a said...

kim salam kat ayah ey..

wish him cepat sembuh..

Wan Fara said...

ur mom looks young!
take care ok

Tisyabeequeen said...

Salam bro. Bila sy baca post u ni, sy rasa rrrrinnduuu sangat kat mak ayah sy di kg tu. Mak ayah pun tak la sihat sgt...ada darah tinggi, kencing manis tak berapa kuat la.... Baru 3 minggu lepas lepaskan rindu kat mak ayah yg ada kat rumah adik di Johor masa tu. Sy rasa nak balik kg lagi jumpa mereka dan ciummm mereka lagi. Hmm...thanks for sharing your very touching story.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...