Pagi2 lagi aku dan mak aku bertolak ke HUKM.... ini pun sebab mak aku akan mula bertugas untuk menemankan bapa aku di wad.... aku offer diri untuk menjaga bapa aku, tapi mak aku tak bagi sebab esok aku nak balik ke kampung sekejap dengan akak aku tengok rumah yang dah lama ditinggalkan....
Sampai di HUKM, bapa aku dah bangun dan nurse baru tukarkan baju dan salin kain cadar katil dan sarung bantal... itu adalah salah satu rutin nurse yang bertugas.... 'dressing' (cuci luka bedah) pun dah buat.... hari ni dia sedar sepenuhnya... dah mula berborak dan membebel yang entah apa2 (suara yang jelas sangat).... aku rasa dia bebel pasal sakit masa dressing... luka besar mahu tak sakit....
Aku temankan mak aku sampai pukul 8.00 malam, sebelum tu sediakan makan minum mak aku dulu sebelum balik....
No comments:
Post a Comment