Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

09 April 2009

Berita Yang Menggembirakan....

Malam tadi aku call Wad bapa aku di HUKM untuk bertanyakan keadaan bapa aku.... itulah rutin aku bila aku tak berada di dalam HUKM.... kadang2 tu pukul 3.00 pagi pun aku call.... sajelah tanya kat staff nurse yang bertugas bapa aku ni ada perubahan ke? Rupanya bapa aku mungkin akan di pindahkan wad HDU ke wad biasa sekiranya dia takde masalah malam ni.... itu satu perkembangan yang positif.... kalau takde apa2 hal mungkin tengahari dah boleh transfer bergantung pada doktor pakar yang akan membuat keputusannya pagi ni....

Masih lemah sebab berpuasa selama 5 hari tu.... Kadang2 sedar sepenuhnya...

Masa ni dah pindah di Wad Surgery 1, Tingkat 5...

Masa kat dalam Wad Surgery 1 ni, bapa aku banyak tidur sebab masih lemah tapi dah mula makan (bubur)...

Jadi pagi2 lagi aku dan mak aku sampai di HUKM.... pukul 10.30 pagi staff nurse cakap bapa aku dah boleh ditransfer ke wad lain (wad biasa).... biasanya dalam HUKM ni, kalau pesakit yang menjalani pembedahan atau seangkatan dengannya dan di tempatkan di dalam ICU atau HDU.... bila keadaan mereka bertambah baik, mereka ini akan di letakkan di dalam Wad Surgeri 1 (untuk lelaki) dan Wad Surgeri 2 (untuk perempuan)... so, pukul 12.30 tengahari tu bapa aku pun dihantar ke wad baru di Wad Surgery 1, Katil 7, Tingkat 5.... barulah boleh dapat Pas Menunggu Pesakit... dengan relanya mak aku pun menawarkan diri untuk menemankan bapa aku.... tapi aku tak bagi dia tunggu malam ni.... sebab baru nak baik dari demam.... maka malam ni bapa aku sorang2lah tinggal.... tapi malam tu aku selalu juga call HUKM bertanyakan tentang bapa aku..... Alhamdullillah segala permohonan dan doa aku kepada Allah SWT dah tergambar kini..... bukan aku sahaja mendoakannya tetapi semua mereka (jiran2, adik beradik, saudara mara, blogger2 dan ramai lagi yang sentiasa mendoakan kesihatan bapa aku).... terima kasih aku ucapkan..... Terima Kasih banyak.....

1 comment:

Wawa_Nadwa said...

Alhamdulilah..
bapa kamu dh beransur pulih dan bertambah baik.
Semua berkat sokongan dan doa kamu adik beradik.
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...