Baru perasan yang passport antarabangsa aku dah nak expired dah pada 28 Mac 2011 ni.... Macamanalah boleh tak perasan... Aku tengah kelangkabutlah ni nak hidupkan sebelum Isnin ni... Wife aku pulak hari Ahad ni... Aku mati2 ingatkan bulan April passport tu expired...
Check2 rupanye ada satu surat pemberitahu dari Imigresen tentang tarikh expired tu... Menurut surat tersebut, kita boleh membuat pembaharuan pada hari Sabtu dan Ahad di antara 8.00 pagi - 1.00 tengahari (kecuali pada cuti umum) di Pejabat2 Imigresen yang terpilih...
Kalau aku yang berada di Damansara ni yang paing hampir adalah di Pusat Bandar Damansara dan juga di Shah Alam... Jawabnye kalau tak sempat hari ni, Sabtu atau Ahad ni kenalah bergegas ke sana... Aduiii macam2 hal betullah..
Aku dah 3 kali dah renew passport antarabangsa ni... Boleh pulak kali ni terlepas pandang tarikh tersebut... So, buat korang semua, cuba2lah jeling passport korang yer... :)
2 comments:
wanie mmg jeling-menjeling punya,
sbb nak pi jln jauh dah nie,
huhuhuhuhuhu.....:)
To: Cik Wanie...
Alamak bestnye... Selamat bercuti yer... Kirim ole2 dari sana nanti... :)
Post a Comment