Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

23 August 2009

Yang Pasti Follower Aku Ke-200, Ada Ke Hadiahnye...!!!!

Memandangkan bulan ni Bulan Ramadhan (kalau bukan bulan Ramadhan pun aku still akan sediakan).... Maka dengan ini aku dengan bermurah hati akan menghadiahkan hadiah kepada Follower aku Ke-200.... (Note Klu: nombor 200 tu tak semestinye akan mendapat hadiah tersebut sebab kemungkinan pada nombor lain merupakan nombor pilihan aku, samada 199, 200 @ 201... nanti bila dah sampai masanye aku akan beritahu sebabnye...) Bukannye apa sebagai penghargaan aku kepada mereka yang menyumbangkan masa untuk melayari blog yang tak seindah rupa ini.... Hampir setahun juga aku menceburkan diri dalam dunia blog ni.... Kalau ikutkan blog orang lain 200 ni senang2 je dapat.... Tapi blog aku bukan seperti blog popular yang lain... aku bermula dari merangkak2 hinggalah sekarang ni..... baru mengenal erti dunia blog ni.... Aku tiada Myspace seperti orang lain, aku tiada Friendster seperti kebanyakkannye dan yang aku tahu aku cuma ada Blogspot.... Bagi aku Blogspot ni merupakan satu diari dalam kehidupan ku sehari-hari.... Di situlah aku akan meluahkan isihati aku, di sinilah aku berkongsi pengalaman, di sinilah aku mencari kawan, dan juga di sinilah aku mengharapkan sesuatu untuk diri aku bagi menyempurnakan kehidupan ku untuk akan datang.... Hampir setiap hari aku akan cuba buat entry terbaru untuk tatapan followers ku.... Bukan hendak berlebih2an tetapi berkongsi pengalaman dan memberitahu tempat serta mengharapkan kalian dapat merasakan seperti apa yang aku dapat rasakan.... Dari pengalaman suka dan pengalaman duka aku aku kongsikan bersama, keperihan aku dalam menjalani kehidupan seharian ku, rencah kehidupan yang aku harungi secara tidak langsung, mencoret kenangan yang terpahat di hatiku ini... Selain dari menceritakan, aku juga dapat nasihat2 berguna dari followers ku sediada.... perbagai pujian diterima, aku hargai..... segala nasihat yang berguna, aku gunakan dalam mencorak kehidupanku..... Aku amat berterima kasih dan bersyukur kepada blogger2 ku kerana menyinari diri aku selama ini walaupun ianya di alam ciptaan manusia..... Sesungguhnye dengan adanye ikatan silaturrahim ini, dapat memberikan impak kepada perhubungan sesama manusia.... Insya-Allah.....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...