Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

25 August 2009

Masuk Ke Wad Semula...!!!

24 Ogos 2009 (Isnin) - Pagi2 lagi aku dah bersiap untuk menghantar bapa aku ke HUKM.... Ada appointment untuk kemasukan ke wad.... Tujuan masuk wad kali ni adalah untuk operation kecil melalui tekak yang dipanggil ERCP.... Tiub yang berada di dalam badan bapa aku akan dikeluarkan semula setelah 2 bulan diletakkan.... Tiub tersebut adalah untuk membaikpulih saluran hempedu yang telah dibuang bulan April tempohari..... Kali ni merupakan kali kedua bapa aku menjalani prosedur tersebut.... Yang pertama hari tu pada bulan Mei 2009..... Hari ni genap 3 bulan tiub tu berada dalam badan bapa aku..... Kali ni bapa aku relaks sikit sebab dah pernah buat..... Atau buat2 tak kisah.... Nak buat macamana dah nasib.... Agak ceria juga bapa aku kali ni.... Mak aku suka kacau bapa aku.... Mak aku kata "Sukalah tuh duduk hospital, ramai nurse datang...." sambil bergurau... Bapa aku senyum jer walaupun hidungnye ditutup.... Yang jadi kehairanan dengan bapa aku ni, mana2 saje di pergi masa sihat ke, atau masa sekarang ni, ramai aje orang yang minat dengannye.... Itulah yang mak aku suka kacau tu....
Mak aku akan menemankan bapa aku untuk 3 hari ni....

Wad Surgery 1 (5B), Katil 23, Tingkat 5..... kali ni.... aku rasa dah hampir semua katil bapa aku dah tidur sejak masuk HUKM ni.....

Ada jer yang nak diborakkan oleh bapa aku.... Walaupun kadang2 tu aku sendiri pun tak faham dengan apa yang dikatakan... kena ulang banyak kali baru faham.... disebabkan keadaan paru2 bapa aku pun baru nak sembuh....

Snap tetap snap.... Macam nilah keadaannye aku, mak dan bapa aku kalau berada di wad....

Time ni baru lepas pemeriksaan daripada doktor.... Borang release untuk buat operation esok pun dah ditandatangani.... darah dah ambil.... jantung pun dah check.... Maka esok bapa aku akan dibawa masuk ke dewan bedah dalam pukul 2.00 petang.... Bapa aku akan ditidurkan semasa prosedur dijalankan..... Apa yang aku harapkan esok agar semuanye selamat.....

Mak aku tengah membetulkan kedudukan badan bapa aku....

Sambil2 betulkan, sempat lagi bergurau dengan bapa aku.... maklumlah dah 43 tahun bersama..... kemesraan dan kasih sayang seorang isteri kepada suaminye sukar dilupakan....

Time ni aku dah nak balik dah... ada beberapa perkara yang aku kena settlekan....

Selesai sudah aku menguruskan kemasukan wad bapa aku..... Jam hampir pukul 2.30 petang.... Aku terpaksa balik sebab ada hal kerja yang aku kena selesaikan... Yang penting aku dah settlekan urusan bapa aku dan juga penyediaan keperluan mak aku di wad.... Dan petang ni pulak anak buah aku Intan pulak akan datang bawa makanan untuk berbuka.... Akak aku pun kata nak datang juga petang ni... oklah tu, turn diaorang pulak uruskan mak bapa aku.... Aduh Letihnye Aku......

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...