Al-Fathihah buat pelakon penuh berbakat Allahyarham M.Rajoli ke Rahmatullah pada pukul 10.45 malam (17 September 2010)...
Sedih terpahat dalam hati aku malam tadi.... Dulu masa aku bersekolah dan duduk di Flat Kg.Baru, Kuala Lumpur, aku rajin juga ke kedai gambar dia di Flat Kg. Baru (Blok B)... Nama kedai dia M.Rajoli Studio.... Selalu hantar gambar untuk dicuci... Selalunye dia akan bertadarus, berzikir dan bersembahyang di kawasan kaunter kedai dia kalau dia ada di kedai... Walaupun dalam giler2 dia melakonkan wataknye, tapi segala suruhan Allah aku rasa dia tak pernah tinggalkan.... Dia ada batas2 yang dijadikan garisan sempadan untuk aktiviti dunia dan akhirat... Respek sangat2 dengan dia... Berikut adalah artikel tentang pemergian beliau :
PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.
Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.
M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
[Sumber: mStar Online]
No comments:
Post a Comment