Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

04 September 2010

i-City...!!! Satu Pembaziran Yang Nyata, Takde Apa Yang Menariknye...!!!


Minggu lepas aku ke Shah Alam untuk pickup adik aku Anor yang menuntut di UiTM Shah Alam.... Kebetulan hostel dia kat sebelah i-City... Alaaaa tempat yang digembar-gemburkan oleh mereka2 yang telah pergi tu.... Dan juga salah satu kebanggaan warga Shah Alam buat masa ini...


Bukan aku nak kondem atau memburuk2kan sesuatu tempat.... Ini adalah untuk tujuan membina... Bagi aku sendiri takde apa yang banggakan pun, malah ianye satu kerugian dan pembaziran yang amat nyata... Mati2 aku ingatkan kat dalam tu ada banyak aktiviti yang berfaedah, contoh terdapatnye gerai2 perniagaan dalam saiz yang kecil seperti uptown atau di tapak2 expo.... Ada aktiviti permainan seperti di Genting Highlands.... Ini langsung takde, cuma mereka2 yang berniaga di tepi2 jalan dengan menjual mainan keldai joget2, scaft kepala yang berlampu, mainan yang dibaling yang mengeluarkan cahaya dan pelbagai lagi.... Itu pun aku rasa takde lesen pun.... 


Tempat ni semata2 tempat yang mana hanya terdapat pokok2 tiruan dan arca yang berlampu dan berLED ditanam disekeliling tanah lapang yang terdapat di situ.... Pokok2 dan arca ini memang menarik pada mula2 masuk ke kawasan tersebut tapi lepas 15 minit anda di dalamnye, apa aktiviti kita lagi...??? Boring @ bosan....!!!! Rasa nak cepat2 balik.... Sekali lagi takde apa yang nak dibanggakan bagi aku.... 


Ternyata tempat sebegini perlukan perubahan yang besar dan aktiviti yang banyak untuk menarik lagi pengunjung datang ke sini.... Dengan kepelbagaian yang terdapat di sini ni nanti barulah aku rasa ianye berbaloi dengan penggunaan elektrik setiap malam ini.... Kalau tak kerana adik aku Anor ada assignment photography kat sini, mampus aku takkan jejak kaki kat sini.... Dah masuk 2 semester dah adik aku kat UiTM, baru kali ni aku terpaksa jejakkan kaki.... Sebab aku dah google info tentang tempat ini, takde apa yang menarikpun...



Muka2 bosan setelah menjejaki i-City untuk kali pertama....


Adalah dalam sejam setengah aku kat sini, dalam hati  cepatlah adik aku buat kerja, aku nak balik ni... Tak best langsung.... Kedai2 yang dibuka malam tu boleh dikira dengan jari jer..... Aduh.... Bosan2... Malam tu dapatlah juga aku beberapa gambar untuk portfolio photography aku, walaupun dalam hati tahap kebosanan yang amat sangat.... So, bagi mereka yang teringin nak pergi, itu terpulanglah dengan korang... Janganlah terlalu mengikut dan mendengar cerita orang tentang sesuatu tempat itu bulat2, kaji dulu, semak dulu dan fikir semula.... Apa2 pun selamat ber i-City....

4 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan saudara. Pembaziran tenaga elektrik. Saya pun pergi sekali dan rasanya cukuplah untuk setakat itu. Takkan pergi lagi. Tiada apa yang menarik.

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Anonymous...

Tak semuanye bersetuju dengan pendapat saya... Tapi kita fikir2kan lah yer.... Apa yang baik dan apa yang tak bagusnye... :)

Unknown said...

saye tak pernah pegi..
tapi selalu tengok kat blog
rakan2 diaorang cuma bergambar kat pokok tiruan tu je..
mcm tak de aktiviti lain..
jadi saye pun rase tempat tu tak best..

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Diana...

Memang takde aktiviti apa pun kat sana... Cuma pokok2 berlampu tu jer... Kalau siang entahlah macamana rupanye.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...