Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

09 September 2009

1st Anniversary To My Blog...

Hari ini genaplah 1 tahun blog yang tidak seberapa aku ini... 'Chilabaey's Spot' a.k.a http://chilabaeys.blogspot.com/.... Aku terjebak dalam dunia blog ni bila mana adik aku mempunyai blogspotnye sendiri... Jadi aku pun minta dia create satu untuk aku.... Pada mulanye untuk tujuan business photographer sahaja tapi berubah format menjadi jurnal peribadi untuk berkongsi bersama dengan blogger2 aku yang lain.... Time tu aku memang blur tentang blogspot ni... aku godek selagi tak mahu sampailah aku dapat belajar satu persatu....

Alhamdulillah sehingga hari ini, follower aku telahpun mencecah 200 orang.... Blog aku bukanlah best sangat macam blog2 yang lain... Aku di sini cuma bercerita tentang kehidupanku sehingga hari ini.... Tentang pengalaman, citarasa, kemahuan, keperitan, kesedihan dan kegembiraan aku selama ini... Adakala aku riang dan adakalanye aku amat berduka.... Segala Qada' dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang telah ditulis untuk aku...

Dalam dunia blog ini juga banyak memberikan aku pengalaman dan cara menguruskan kehidupan dari blogspot2 orang lain... Mana yang boleh dipakai aku pakai, yang mana tidak aku abaikan.... Selain itu blog ini menjadi penghibur di kala aku dalam kerunsingan dan kemurungan.... Dengan nasihat2 serta kata2 semangat yang dilimpahkan di dalam ruangan komen yang disediakan, menjadi kata2 perangsang untuk meneruskan penghidupan....

Selain itu juga, aku amat berterima kasih kepada follower aku yang setia... kerana meluangkan masa yang amat berharga untuk melawat blog ini setiap hari... Samada memberikan komen secara terus ataupun menjadi silent reader aku selama ini.... Ribuan terima kasih diucapkan... Kepada follower ku yang pernah berjumpa, aku harapkan kita teruskan perjumpaan sebegitu... Selain dapat merapatkan Silaturahim, kita juga dapat menambah sahabat2 di dunia ini... Bagi diri aku ini, aku gemar mencari teman atau sahabat2 yang baru.... Aku suka meramaikan kawan..... Selagi nyawa masih di badan..... Insya-Allah.... Terima Kasih Semua.....

* Pengumuman : Untuk mereka yang memberikan komen pertama dan terakhir dalam entry 1st Aniversary kali ini aku akan berikan hadiah penghargaan kepada mereka sebagai tanda berterima kasih.... Syarat tambahan: Mereka yang menjadi pemenang adalah mestilah merupakan follower aku.... Hehehe.. Jangan ketinggalan.......

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...