Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

22 September 2009

Hari Raya Pertama Di Ipoh...

Tahun ini untuk sekian kalinye aku beraya di Ipoh dahulu... Kampung wife aku.... Dah 2 tahun aku beraya di Damansara dahulu sebab masalah kesihatan mak dan bapa aku.... Tahun ini aku agak excited juga untuk balik ke Ipoh... Tak tahu apasal.... Mungkin lama tak balik awal kot.... Seperti biasalah aktiviti di hari raya pertama di Ipoh, pagi2 tu sembahyang raya kat masjid dekat rumah bapa mertua aku.... tak jauhpun seminit pun tak sampai.... selesai sembahyang raya, kitaorang berkumpul bersarapan pagi dahulu..... Lepas tu terus ke rumah opah wife aku Rapat Setia.... Kat situlah tempat berkumpul semua ahli keluarga wife aku yang mana ada..... kat situlah tempat kitaorang bermaaf2an....
Orang pertama yang perlu disalam adalah opah aku..... Opah wife aku ni dah 80 tahun tapi masih lagi kuat dan cergas....

Giliran wife aku pulak.... cucu kesayangan opah aku ni.....

Wife aku dengan bapanye.....

Time ni tengah kutip duit raya.... walaupun dah besar panjang, masih lagi dapat duit raya dari mak dan bapa mertua aku.... Tak pernah miss lagi....

Yang ni minta ampun dengan adik mak mertua aku.... Dia ni tinggal dengan opah aku....

Duduk atas dari kiri : Abang Ipar (abang wife aku), Bapa Mertua, Mak Mertua dan Menantu yang macam hantu.... Chilabaeys lah tuh.... Duduk bawah dari kiri : Biras aku, adik ipar aku, anak buah aku, adik ipar aku yang kuat makan sushi dan semestinye wife aku.....

Untuk tahun ni, adik beradik wife aku tak semuanye ada untuk hari raya pertama ini.... masing2 balik ke kampung mertua dahulu.... Akak ipar aku di Shah Alam tahun ni best sikit sebab di pagi raya kena pergi KLIA ambil suami dia dari Dubai..... lepas tu balik Keramat kejap, barulah balik Ipoh malam tu.... manakala adik ipar aku di Serdang pulak, balik Johor dahulu.... malam baru balik Ipoh.... So. aku dan family abang ipar aku je yang ada di hari raya pertama ni dan termasuk juga 2 orang lagi adik ipar aku.... Settle je di rumah opah, kitaorang berangkat ke rumah adik-beradik opah dan saudara mara wife aku.... dapat juga beberapa buah rumah yang menjadi rutin kalau hari raya.... cuma tahun ini opah aku sedih sedikit sebab adiknye baru sahaja meninggal sehari sebelum raya (Sabtu) ni... Agak memeranjatkan juga perkhabaran tersebut.... Aku dan wife memang nak singgah ke Hospital Ipoh hari Sabtu aku balik tu.... Kononnye dalam tengahari tu.... dalam perjalanan aku nak balik Ipoh, adik mak aku call bagi tahu yang adih opah aku 'Tok Su' dah meninggal dunia pagi tadi.... Innalillah Hiwainnalillah Hirogiun.... Takde rezeki aku dan wife nak jumpa arwah.... Sedih juga hati aku time tu.... Tapi tengahari hari raya pertama tu, kitaorang pergi juga melawat rumah arwah sebagai tanda simpati dan terima kasih kepadanye.... Dalam pukul 3.30 petang... baru kitaorang balik ke rumah.... Bila dah sampai rumah macam biasalah, matapun mulalah nak melabuhkan diri... sedar2 dah pukul 7.00 petang.... Mak aii pening kepala dibuatnye.... Ambik engko.....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...