Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

30 September 2009

Inilah Family Wife Aku....

Selama 8 tahun aku berkahwin dan selama itulah juga aku mempunyai family kedua dalam hidup aku.... Family yang mempunyai keceriaan, keramahan, pemurah serta dalam keadaan sentiasa merendah diri.... Itulah sebabnye aku bangga dengan family mertua aku di Ipoh.... Untuk raya ini, aku dengan besar hati dan bangga untuk bercerita tentang family wife aku.... Tapi terlebih dahulu aku kenalkan wife aku sekali lagi iaitu Norazlinawati Haji Ahmad.... Umur 32 tahun, muda setahun dari aku.... Merupakan anak ketiga dari enam adik beradik.... Berpendidikan di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perancangan Bandar dan Wilayah.... Satu kelas dengan aku sebenarnye... hehehehe... adik angkatlah dulu kononnye... Sekarang ni Planning Executive di syarikat pemaju perumahan di Bandar Damansara Perdana.... Raya kali ini, untuk pertama kalinye kitaorang dapat berkumpul semuanye.... Kiranye lengkap 100% semuanye ada di Ipoh..... Jadi aku cadangkan untuk sessi bergambar keluarga.... Macam biasa akulah leadernye merangkap photographer...... Sebab aku kata demikian adalah selalunye biras/abang ipar aku yang sorang ni jarang ada.... kerana dia bekerja sebagai arkitek di Dubai.... Macam tahun ni hari raya pertama baru sampai di Malaysia... Dapat bercuti seminggu, lepas tu fly balik ke Dubai... Kalau tengok dia memang sempoi.... Rambut panjang giler....
Yang ni barisan menantu family bapa mertua aku di Ipoh.... Berdiri Kiri: Abang Iberk, Mista Chilabaey's... Duduk Kiri: Kak As, Boss Besar, Mem Besar dan Erma...
Bapa mertua aku Haji Ahmad Mat Wali merupakan orang kuat kerajaan dulu.... Dia bertugas sebagai Setiausaha Sulit Menteri Besar Perak (MB Ramli Ngah Talib dan MB Tajol Rosli).... Sekarang ni dah berpencen kerajaan dah.... dan sekarang ni masih bekerja di syarikat swasta di Ipoh ni juga.... dalam masa yang sama dilantik pulak menjadi Ketua Kampung sekarang ni..... Kira oklah sikit berbanding tugas dengan MB Perak dulu.... langsung tak lekat kat rumah.... banyak giler kerjanye... kejap2 dah ada kat KL, kejap2 kat Ipoh balik.... esok ke Johorlah dan hampir semua tempat dia kena pergi... Di mana ada MB Perak kat situlah dia ada.... kalau tengok tugasannye dulu memang tak larat badan.... Aku dapatlah masuk tengok pejabat MB Perak dulu dan ikut rombongan MB Perak bila ada function rasmi.... Penat woooo kalau nak diikutkan.... Alhamdulillah sekarang ni dah relaks banyak dah.... dapat juga bela cucu kejap....

Yang ni barisan adik beradik wife aku.... Berdiri Kiri: Azri a.k.a EE(No.5), Wife aku (No.3), Azli a.k.a Lie dan Azmi a.k.a Mimi (No.6) Duduk Kiri: Norazilawati a.k.a Cho (No.1), Haji Ahmad, Hajah Jamilah dan Azizi a.k.a Nyah(No.2)

Manakala mak mertua aku Hajah Jamilah pulak dulu bertugas sebagai pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Ipoh).... Dia bersara awal.... Tak tahu apa sebab.... aku rasa sebab nak rehat dan menguruskan anak2..... Seorang yang tegas dan kadang-kala amat spoting melayan menantu macam aku.... Sekarang ni anak2 dah besar dan hampir semuanye merantau, sekarang ni sibuk pulak dengan politik.... Dilantik sebagai Ketua Bahagian Wanita UMNO di kawasan rumah bapa mertua aku ni.... Masakan kegemaran aku dari mak mertua aku setakat ini adalah Rendang Udang Galah dan juga Mee Hailam.....

Inilah keseluruhan family aku di Ipoh bila dapat berkumpul beraya bersama.... Sessi bergambar ni aku arrangekan pada 22 September (Hari raya ke tiga).... Itu pun lepas maghrib sebab akak ipar aku akan balik semula ke Shah Alam/Keramat dan adik ipar aku yang ke empat pun nak balik juga malam tu ke Muar.... Jadi arahan terpaksa diberikan untuk bersiap bagi sessi bergambar ini.... Tapi arahan dikeluarkan oleh bapa mertua akulah.... Segala peralatan telah ditest petang tadi.... So, malam tu senang sikit nak arrangekan.... Alhamdulillah segalanye berjaya dan terlaksana dengan lancar....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...