Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

28 July 2009

Otak Ku Macam Reminder Di Handphone....

Macam biasa kalau dah pergi ke HUKM aku akan ada kerja overtime di rumah... Kerja mudah je tapi agak rumit sebab ianye bermain dengan masa dan tarikh yang banyak.... Biasanye aku akan mengupdate buku appointment bapa dan mak aku.... Macam mengupdate blog jugalah... Kadang2 tu staff nurse yang tulis... dan kadang2 tu aku sendiri yang buat... bukan apa bila aku buat sendiri lebih faham dan tahu tarikh sebenarnye.... Selain itu juga tempoh akhir untuk menyambung ubat semula juga aku terpaksa semak dan buat cacatan untuk tidak terlepas dan kehabisan ubat.... Semuanye itu terpaksa dibuatkan pengiraan tarikh dan dicatitkan di persrepsi ubat yang diberikan.... Biasanye beberapa hari sebelum tarikh ambil ubat dah kena ke HUKM dan aku juga kena pastikan bila tarikh doktor ada di klinik HUKM.... Kalau tak check jawabnye esok kena datang balik ambil ubat tersebut..... Sekarang ni dah ada 2 orang pesakit yang aku kena jaga.... maknanye banyaklah tarikh2 penting untuk appointment dan juga untuk mengambilan ubat... bila nak jumpa doktor, bila nak ambil darah, bila nak tukar CBD dan macam2 lagi.... Semuanye itu diaorang tak pernah nak ambil tahu, yang diaorang tahu bapa dan mak aku, aku dah jaga.... itu je yang diaorang faham.... Kalau blogger2 nak tahu, dalam otak aku ni sentiasa berfikir dan bercongak2 tentang tarikh2 yang akan datang.... kalau dalam phone aku, penuh dengan reminder tarikh2 tersebut.... sehari sebelum tarikh pun aku buat reminder.... So, setiap pagi sebelum tarikh appoinment phone aku akan berbunyi..... dan setiap harilah otak aku ni dah macam alat reminder juga.... senantiasa memikirkan hal2 ni..... mak bapa aku lagi, kerja aku lagi.... kadang2 tu aku blank kejap sebab dah bercampur2 dalam kotak fikiran.... Moga Allah berikan aku kewarasan akal fikiran dalam menjaga kedua ibubapa ku ini.... Itulah yang aku harapkan sekarang ni..... Insya-Allah.....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...