Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

06 July 2009

Anor Habis Cuti....

Hari Ahad (5 Julai 2009) lepas, aku ke Sepang kerana menghantar adik aku Anor ke kolej dia di Kolej Teknologi Timur, Bandar Baru Salak Tinggi.... Hari ni lastlah dia bercuti semester UiTM.... Sekarang ni semester akhir... Alhamdulillah keputusan tempoh hari maintain dan amat baik.... Semua subject lulus dengan cemerlang.... lepas ni aku suruh dia sambung degree... kolej dia ni adalah kolej kerjasama dengan UiTM.... semua aktiviti pembelajaran dimoniter oleh pihak UiTM, cuma kerjasama sahaja dengan Kolej Teknologi Timur.... Mohon UiTM hari tu tak berjaya, jadi aku sarankan untuk sambunglah dengan kolej ni... Janji nak belajar.... Lepas diploma ni, dia akan sambung degree terus, tapi kat kampus UiTM Shah Alam.... Permohonan akan dibuat pada pertengahan semester ni kot... atau lebih awal lagi.... Senior2 diaorang semua berjaya sambung degree di kampus UiTM Shah Alam....

Tapi malam tadi aku dan Anor lari kejap balik kampung ambil barang asrama lagi separuh.... Aku balik pukul 10.00 malam dari Damansara, sampai rumah mak aku di Banting dah dekat pukul 12.00 tengah malam.... Aku kemas rumah apa yang patut, dan Anor pack barang dia yang nak di bawa ke asrama esok.... settle pukul 12.40 malam..... Bertolak balik ke Damansara semula pukul 1.00 pagi..... giler punya kerja.... rasa macam pencuri selongkar rumah oranglah pulak.... sampai semula di Damansara dekat 3.00 pagi..... mata dah ngantuk, badan dah penat.... last2 pukul 5.00 pagi juga aku tidur.... Anor dah pengsan lama dah..... So, pagi2 lagi dah bertolak ke Sepang dari Damansara.... Jarak masa cuma 1 jam suku je.... Ikut LDP terus ke Bandar Baru Salak Tinggi... Sampai kolej dia pukul 9.30 pagi terus buat registration pelajar, asrama dan entah apa2 lagi... macamlah aku tak pernah laluinye dulu... Kemudian terus ke asrama dia di Taman Mawar.... dekat je dari kolej.... kalau ke kelas kolej sediakan bas..... so, takde masalah untuk sampai ke kelas.... tak perlulah nak bawa kenderaan... bahaya....

Dah simpan barang2 dalam bilik, aku dan Anor ke kolej balik untuk buat bayaran asrama dia.... tadi ada kata nanti baru bayar, ada yang dahpun bayar... jadi aku suruh dia bayar siap2 nanti lupa.... bila dah lupa duit pun entah ke mana.... dahlah adik aku ni jenis kuat makan.... hehehe..... Hantar dia balik ke asrama dan aku pun bertolak balik ke Damansara dalam pukul 11.45 pagi.... Sebelum tu singgah makan kejap kat Bandar Baru Salak Tinggi.... Dia kata nak makan KFC..... Oklah..... Pukul 11.00 pagi makan KFC, tak pernah aku buat.... Dah kosong rumah aku sorang.... Kalau tak dia rajin tolong tengok bapa aku sebelah malam... dah jadi macam kelawar, siang tidur malam jaga.... tu yang aku suruh tengok2kan bapa aku alang2 adik aku tak tidur... biar mak aku pulak yang berehat sebab siang mak aku akan uruskan bapa aku..... Jadi untuk hari ni settle kerja2 menghantar adik aku balik kolej.... Kerja drawing planning hari tu tak siap lagi....lah.... balik cepat... siapkan kerja sebab Isnin nak tengok.....

2 comments:

chentaMAYA said...

abg sy penah stdy cnie!
hee~

Chilabaey's Spot 2 said...

To: ♥chentaMAYA™...

Oooo... ye ker... bagus... bagus... bagus... hehehe.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...