Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

04 May 2012

Bob Kuman Selamat Dikebumikan... Al-Fatihah...


Akhirnye seorang lagi bintang lawak tanahair pergi meninggalkan kita buat selama2nye... Pemergiannye amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia... Itulah di Allahyarham Husni Mohd Rawi atau dikenali sebagai Bob Kuman... Berikut adalah artikal mengenai beliau yang telah pun selamat dikebumikan hari ini... 

SEREMBAN: Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang semalam. 
Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. 

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.
Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam tadi.
Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik. 

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas. 
"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon. Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya. 

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan. 
"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - BERNAMA


Moga roh beliau dicucuri rahmat dan kebaikan... Insyaallah...

Al-Fatihah



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...