Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

14 May 2012

Akhirnye Selesai Juga Kerja Aku... Apa Kaitan Dengan Gambar...??


Sabtu lepas adik ipar aku Iskandar (bapa Melly & Raja Kecik) berkonvo di UiTM Shah Alam... Selesai sudah Master dia tahun ini... Tahniah diucapkan... So macam biasa kalau konvo ni budak2 takleh masuk sebab bawah umur... Tulah sebabnye anak2 buah aku ada dengan aku hujung minggu lepas... Jadi baby sitter... Kalau tak konvo pun, hujung minggu memang lepak rumah aku punya....


Malam hari Jumaat semasa adik aku Azu a.k.a Missymelly ni hantar anak2 ke rumah aku... Sempat juga sessi studio photography aku lakukan... Ini adalah permintaan adik ipar aku Is... So sebelum datang tu terpaksalah aku keluarkan semula set studio photography aku yang dah lama terperap semenjak berpencen dalam dunia photography ni... Setting semula apa yang patut, test beberapa kali untuk dapatkan cahaya dan background yang betul, tunggu diaorang sampai... Kalau aku setup masa diaorang baru sampai, memang ramailah yang tolong aku nanti... 


Sessi bergambar adalah dalam sejam juga... Mana nak makeup lagi, nak adjust budak2 lagi... Paling susah untuk dapat tangkap gambar keluarga... Ini dah menjadi kebiasaan bagi setiap photographer studio... Lagi2 kalau yang bergambar tu anak2 buah... Sorang nak, sorang kata taknak... Sorang senyum, sorang lagi nangis... Macam2 kerenah sebenarnye... So, malam tu dapat juga lepas gian tangkap gambar studio untuk mereka... 

Yang paling malas nak simpan balik dan kemas.... Aduii... Lepas tu ramai sangat yang hendak tolong.... Bukan tolong kemas tapi tolong sibuk... Hehehehe.... Malam tu juga edit apa yang patut untuk gambar mereka... Tinggal nak hantar cuci dan framekan ajer... Oklah itu jer setakat ni aktiviti hujung minggu aku kali ini... Jumpa dalam next entry...


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...