Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

16 March 2010

Road Trip 1st Week Part 2... Aku & Bukit Jugra...


Untuk minggu seterusnye perjalanan aku dengan 2 lagi member diteruskan di Bahagian Barat Daerah Kuala Langat.... Aku ke kawasan Banting iaitu Kawasan Bersejarah Bukit Jugra....


Masih lagi seawal pagi bertolak melalui Jalan Dengkil menuju ke Banting.... Sementara sampai ke destinasi yang hendak dituju, data2 dan maklumat2 sepanjang perjalanan di ambil dan gambar juga di tangkap.... Aku amat bersyukur dengan projek ini sebab walhal aku tinggal di dalam Daerah Kuala Langat tapi tak semua tempat aku pergi dan masuk.... Baru sekarang ni tahu apa yang ada kat sini, kat sana dan keseluruhannye....


Time ni baru samapai di sebuah tempat yang dipanggil Batu Hampar, Jugra.... Kat sini pelbagai cerita mistik boleh didengar dari orang kampung.... Tentang kedaulatan Sultan Selangor Pertama iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad....


Mengikut cerita orang2 kampung berhampiran dan juga kawan aku sendiri, kawasan ini merupakan kawasan untuk kaki2 pancing termasuklah aku sendiri.... Kawasan ini juga merupakan bekas jeti/pelabuhan di zaman Kesultanan Selangor dahulu.... Ceritanye begini, terdapat beberapa ekor harimau akan berjalan melintasi kawasan ini setiap petang iaitu sebelum Maghrib....

Perkara ini pernah dilalui oleh kawan aku sendiri masa zaman2 aku giler memancing.... Bukan seorang dua jer yang nampak, ramai orang telah mengalami peristiwa tersebut.... 3 ekor kalau aku tak silap... Harimau tersebut akan berjalan melintas sungai dari tapak kitaorang memancing terus ke seberang sungai... bukan berenang yer tetapi berjalan di atas air sungai tersebut.... Difahamkan harimau2 tersebut adalah kepunyaan Almarhum Sultan Abdul Samad untuk tujuan menjaga kawasan daulatnye.... Selalunye kalau aku memancing kat situ, sebelum Maghrib aku dah cabut balik dah.... Sebab dah dengar cerita.....


Ada macam kat Signboard Hollywood tak..... Sekarang ni aku berada di atas puncak Bukit Jugra... Kat sini sebenarnye terdapat Rumah Api dan juga Balai Cerap.... Dari Bukit Jugra ini kita boleh lihat pemandangan yang luas ke Daerah Kuala Langat dan juga Daerah Klang....


Abaikan pemandangan dibelakang tu.... Aku ni semua tempat aku redah tanpa di mana jua keadaan.... Kalau nampak apa2 tu diamkan sahaja.... Amaran dari penaja....


Chilabaey's dan Bert.... Ambil shot dari Bukit Jugra ke kawasan Pulau Carey..... Sungai tu adalah Sungai Langat.... Cuaca ketika ni sudah mula mendung.... Takpe Photoshop kan ada..... Memang menjanjikan kepuasan kalau berada di sini.... Dulu aku rajin juga naik ke Bukit Jugra ni.... Masa zaman sekolah2 dulu... Sorang2 pun jadi.... Janji dapat kepuasan....


Gaya seorang photographer tak bertauliah.... Yang ni Fido punya kerjalah ni.... Bila masa dia tangkap pun aku tak sedar.... Tempat aku berdiri ni sebenarnye terdapat satu tapak kepunyaan Laksamana Hang Tuah.... Dan terdapat juga mitos yang menyatakan terdapat tali kapal yang menjadi batu di situ.... Memang ada rupa tali tersebut... Itu terjadi atas faktor lain aku tak tahulah....


Nampak tak carpet merah tu untuk aku..... Pasal aku nak datang diaorang siap pasang carpet merah.... Jangan tak percaya... Habis Sultan Muzafar Shah nak datang melawat tapak.... Hehehehe.... Kalau nak tahu itu tangga batu untuk tokong Cina atas bukit yang aku panjat sebenarnye.... So, aku gunakannyelah....


Gambar kenangan a.k.a poyeng dari kitaorang sebelum turun balik ke Bandar Banting.... Sekali lagi aku beri amaran, sila abaikan pemandangan di bawah kaki2 kami tu.... Anggapkan sebagai batu2 bukit di kawasan tersebut....


Yang ini pula di kawasan kaki Bukit Jugra tersebut... Merupakan Muzium Polis dan juga Penjara Lama Jugra.... Bangunannye dibaik pulih dengan baik sekali... Cuma tak dapat masuk sebab dah tutup.... Dah petang sangat sebenarnye.... Oklah untuk minggu ni selesai sudah kerja yang diperlukan.... Ada lagi sambungannya nanti... Untuk entry yang akan datang yer... Tunggu lagi....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...