Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

23 January 2013

Gunung Nuang : Training Day 1... Pecah Rekod Peribadi Jugak Akkhirnye...


So hiking aku kali ini agak menyeronokkan sebab otot2 kaki telah longgar dan bekerja dengan baik... Maklumlah 2 minggu sebelum ni aku dah panjat dah... Jadi kali ini agak teratur setiap langkah dan otot2 kaki mula dah main...


Macam biasa sebelum memulakan pendakian, RM1 dikenakan... Ini semuanye adalah untuk penyelenggaraan kawasan Gunung Nuang ni... Kalau korang pernah datang, kawasan sekitarnye terjaga dan kemudahan2 lain seperti tandas dan surau sangat2 terjaga serta bersih... So dengan bayaran RM1 untuk setiap seorang adalah amat2 berpatutan, kalau diaorang nak charge RM3 pun takpe...


Tempat aku bergambar ni adalah tempat punca air (anak sungai) untuk refill botol korang kalau kosong... Aku kalau kat sini dah sure refill punya... Sejuk giler air kat sini...



Inilah jadinye kalau dah terlebih ekstrem... Pelik2 jer perangai kalau bergambar... 


Kali ini juga agak mencabar sebab laluan utama kitaorang terdapat pokok tumbang dan menghalang jalan... Aku rasa pokok ni tumbang sehari sebelum rasanye... 



So terpaksalah masuk celah2 dahan pokok tumbang tersebut... Barulah rasa trill, macam2 laluan ditempuhi... Cewah... Yang bestnye lagi, pokok yang tumbang ni pulak menghempap pokok rotan sekali... Jadi korang faham2 jerlah, pokok rotan kan banyak duri, kenalah tengok2 jugak masa masuk dalam celah2 dahan tersebut... Kalau tak tengok, mahu berlubang kepala jawabnye...


Alhamdulillah hiking kali ni aku mengambil masa 2 jam untuk sampai... Sebelum ni aku pernah mendaki selama 6 jam lebih & 4 jam... Tapi kali ni aku dah memecah rekod peribadi aku iaitu cuma 2 jam sahaja...


Ambil angin dan berehat sekejap setelah penat mendaki.... 



Aku memang pantang dengar bunyi sungai... Bila dengar, hilang terus rasa penat mendaki... Dan ia juga sebagai motivasi dalam diri aku, bila dengar jer walaupun sedikit, badan terasa hilang sedikit penat... 


Sila click gambar untuk tumbesaran.... Ini adalah salah satu pemandangan kawasan hiking aku...



Agak puas hati hiking kali ini, rekod peribadi dapat dipecahkan.. Rehat dalam 45 minit, lepas tu turun semula pukul 12.20 tengahari.... 


Inilah motivator aku sejak pertama kali aku mendaki Gunung Nuang ni... Kalau dia ni takde, sorrylah aku nak pergi sendiri.... Psikologi dan motivasi dia pada aku memang bagus... Mula2 dulu masa pertama kali mendaki, dia berikan aku kata2 semangat supaya aku tak putus asa semasa mendaki... 

Maklumlah, penat bukan main, bila pandang jer track ke atas, semangat terus down... Bilalah nak sampai ni, badan automatik akan lemah.... Mulalah rasa nak patah baliklah, air Coke lah, aiskrimlah dan macam2 lagi bermain difikiran...  Tapi kata2 rangsangan dan semangat dari dia buat aku terus mendaki walaupun lambat sampai ketika itu... Dan sejak tu aku sangat2 bersemangat bila dia ajak aku mendaki lagi...



Kali ni track agak becak dan licin... Banyak kali juga terpeleot kaki... Nasib baik pakai kasut tracking... Kalau tak, aduiiii mahu terseliauh kaki, maklumlah muatan besar.... Macam nilah caranye aku berpakaian kalau masuk hutan... Seluar masuk dalam stokin, orang takut pacat... 


Sengeh macam kerang busuk aku kali ni sebab balik pun aku dah pecah rekod peribadi... 



Motivator aku relaks jer... Biasalah orang dah biasa mendaki Gunung Nuang ni lebih 20 kali...


Inilah catatan masa keseluruhan untuk kali ini... Tolak 45 minit waktu rehat di atas tadi... So waktu turun aku cuma 1 jam 58 minit jer.... Lepas ni aku akan cuba kurangkan lagi masa tersebut... Nak try 3 jam untuk naik dan turun semula... Boleh ker...???


Apa2 pun bila dah settle hiking ni, satu2nye kerja yang paling aku suka adalah basuh kasut.... Ambik engko, untuk kali ni kerja teruk sikit sebab berlumpur.... Oklah itu sajer yang aku nak kongsikan dengan korang tentang aktiviti aku sekarang...

Sabtu ni (26 Januari) aku akan ke sana lagi untuk training day 2 pulak... Still balik hari... Jom join..



4 comments:

nini said...

bestnya daki gunung....ish dah lama tak buat reja macam ni.....

Chilabaey's Spot said...

To: Nini...

Jom kita buat kerja macam ni lagi... Hehehehehe... Thanks sebab terjah blog saya... :)

Khairul Onggon said...

In sha Allah 2 Feb ni saya pergi dengan kwn2 atas nama Kelab Kebajikan ofis.. Blog tuan banyak membantu.. Terima kasih.. :)

Chilabaey's Spot said...

To : Khairul Onggon...

Oooo iyer ker... Insyaallah rombongan tuan akan selamat nanti hendaknye... Blog ni pun bukan membantu sangat... Hehehehe.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...