Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

14 January 2013

Gunung Nuang Day 2 : Ular Sawa Bila Dah Kenyang...


Malam tu punyalah sejuk... Aku dah berlapis2 baju dan stokin dipakai still sejuk nak mampus... Tidur pun tak berapa lena, budak2 2 orang ni relaks jer tidur kat luar khemah... Tu nasib baik tak hujan tu, yang aku sedar dalam pukul 4.00 pagi nampak kilat macam nak hujan... Kalau hujan malam tu mahu beku aku dalam khemah jawabnye...


Pagi tu kami bersarapan Karipap.... XXL punya saiz... Ketua tukang masak punya menu... Simple & mengenyangkan... 2 ketul kenyang sampai tengahari... Dan itu sajer makanan untuk tenaga kitaorang hari tu sebelum memulakan penurunan semula ke Starter Point... Kali ni cuma nak rehatkan badan sahaja di Gunung Nuang ni.... So tak perlu memanjat sampai ke puncak... Lain kali baru panjat habis... Kalau nak ke puncak pun ambil masa 2 jam juga untuk mereka yang biasa... Kalau aku dah sure 3-4 jam lagi... Dan track nye pulak menurut member aku lebih sukar berbanding sebelum ni... Terus naik takde turun2... So kali ke-3 ni masih lagi di Kem Lolo sahaja... Insya Allah bila dah sekali dua nanti, aku akan tawan puncak...


So sarapan pagi dengan Karipap XXL dan air teh panas...



Leader aku memulakan sarapan paginye...


Lepas ni rehat dan mandi dulu, dalam pukul 1.00 petang baru start turun semula...



Bila dah kenyang mulalah jadi ular sawa...  Wahhh dia pulak ganti tempat aku.... 


Kerry ni merupakan backup photographer aku kalau ada job dulu... Sekarang ni masing2 dah pencen dan kalau buat pun yang dekat2 jer... Kamera pun dah makin compack jer bawak... kalau dulu macam2 gadget kitaorang bawa...


> Sila Click pada gambar untuk tumbesaran <

Dah ambil gambar bagai kat sini, kitaorang pun siap2 untuk mandi dan dalam masa yang sama start kemas2 apa yang patut.... Kemas dapur, sampah2, khemah turunkan, packing barang2 dalam beg dan sebagainye... Lepas tu terjun mandi...

Kitaorang start turun semula pada pukul 1.00 petang lebih kurang.... 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...