Tahun ini hati aku dengan pelbagai perasaan.... Antara suka dan duka sebenarnye.... Aku cuba tabahkan hati untuk bersuka tetapi terdetik di hati perasaan duka menjelang Syawal yang tak lama lagi... Yang pergi tetap pergi, tapi hati ini tetap sukar untuk melupakannye dan semakin aku mencuba, semakin rindu aku dengannye.... Bukan untuk melupakan selama2nye tetapi mengusir sedikit perasaan agar lebaran ini dapat disambut dengan ketenangan dan kegembiraan.... Hanya doa sebagai anak sahaja yang dapat aku berikan....
Mungkin korang faham dengan apa yang aku maksudkan.... Tahun yang amat sukar untuk aku harungi dan hadapi sebenarnye... Pelbagai rintangan dan halangan, banyak pengalaman baru aku harungi dalam membentuk semula keluarga aku.... Diharapkan semua dugaan yang diberikan sebagai tanda untuk aku lebih matang dalam menjalani kehidupan aku setakat ini.... Insyaallah....
No comments:
Post a Comment