Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

14 January 2011

Kita Tunggu Yang Ni Pulak Yer....!!!!


Selepas kejayaan filem 'Magika' berbanding kejayaan filem '2 Alam' dari Dr.Rozmey, satu lagi filem keluaran KRU Studio arahan Yusri KRU akan kita dapat tonton... Kali ni baru terasa ketidaksabaran menanti filem ini keluar... Filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' atau 'The Malay Chronicles : Bloodlines' pulak menjadi taruhan... Yang ni memang aku sokong pembikinannye.... Satu kelainan yang ditampilkan kali ni...



Filem berbajet besar ini telah menelan belanja berjuta2 ringgit di "European Film Market" yang diadakan di Berlin bulan Februari lalu... Meskipun akan ditayangkan pada awal tahun ini di Malaysia, ianye akan ditayangkan secara serentak di negara2 luar seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan juga negara di Timur Tengah... Hebatkan... Jangan jadi filem tu, belum apa2 lagi dah sibuk war2kan keuntungan dah cecah 40 Juta... Gilerlah.....

Pelakon2 yang terlibat pun hebat2 seperti : Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam...



Sebuah filem epik yang aku rasa akan setanding dengan filem Hollywood dari segi cinematography dan special fx nye... Jalan cerita yang diolah agar menarik berbanding dengan kita membaca buku sejarah negara kita di sekolah dulu... Sekali tengok trailernye seperti tengok filem Narnia dan juga filem Ong-Bak... Sangat2 menarik perhatian aku untuk filem2 di Malaysia ni...

Bila keluar aku tak pasti, tapi sepatutnye tahun lepas... Mungkin mereka ada perancangan tersendiri dan mungkin mereka nak memperbaiki lagi hasil keluaran mereka... So, untuk korang semua, kita tunggulah filem tersebut yer... Sokonglah industri perfileman negara... Kalau filem '2 Alam' aku tak sokong.... Hehehehehe.....

6 comments:

Unknown said...

macam best je cite ni..lain dari yg lain..kompem tgk

♥♥ eija ♥♥ said...

ja kalau KRU buat hehe..
confirm kena tengok hehe... melainkan cicakman hehe

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Edy...

Kita tengok ramai2 yer... :)

Chilabaey's Spot 2 said...

To: ♥♥ eija ♥♥

Saya pun sama, tapi dah lama2 tu baru tengok Cicakman... Yang kali ini mesti tonton cepat... :)

Akak Kembang said...

tgk gezet dia pun dah gempak..

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Alin Marlini....

Tu lah pasal... Gempakkan...???!!! Tak sabar nak tengok ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...