Berikut kronologi perjalanan kehidupan bapa aku dan aku sendiri sebagai anak...
7 JUN 2010 (Kritikal)
7.00 Petang : Abah dikejarkan ke wad emergency Hospital Banting menaiki ambulans.
8.30 Malam : Ujian darah telah diterima dan dimasukkan ke Wad 5 untuk pemerhatian
dan rawatan lanjut.
9 JUN 2010
3.00 Petang : Abah aku dipindahkan ke Wad 6 - Surgical.
10 JUN 2010
11.00 Pagi : Operation dijalankan oleh Doktor Tan di Wad 6.
5 JULAI 2010 (Stabil)
3.00 Petang : Setelah 29 hari di wad, doktor benarkan pulang ke rumah.
6.00 Petang : Ambulans hantar ke rumah bapa aku.
6.15 Petang : Sampai rumah... Alhamdulillah semuanye selamat...
11 JULAI 2010 (Kritikal)
12.45 T/hari : Dikejarkan semula ke wad emergency atas sebab kencing bercampur
darah selama 2 hari berterusan.
2.30 Petang : Sekali lagi ujian darah diambil dan keputusan diperolehi dan doktor
arahkan untuk masukkan ke dalam Wad 6 semula.
29 JULAI 2010 (Stabil)
3.00 Petang : Setelah 19 hari berada di wad, sekali lagi doktor benarkan abah aku
balik ke rumah setelah kondisi abah aku baik.
3.15 Petang : Ambulans hantar balik abah aku ke rumah.
21 OGOS 2010 (Kritikal Semula)
8.45 Malam : Untuk sekian kalinye bapa aku dikejarkan semula ke wad emergency
atas sebab kesihatan. 3 hari demam. Jumpa satu lagi penyakit.
9.00 Malam : Ambulans datang pick-up abah aku dan terus ke wad emergency.
10.45 Malam : Sekali lagi dimasukkan ke dalam Wad 6 untuk pemerhatian dan rawatan.
23 OGOS 2010 (Kritikal)
10.30 Pagi : Satu minor operation dijalankan oleh Doktor Vicky.
27 OGOS 2010 (Sehingga Hari Ini....)
Sehinggalah sekarang masih berada di Wad 6, Hospital Banting... Tapi kali ni bapa aku sangat2 lemah dan tak seperti sebelum2 ini... Aku harapkan semua yang dilakukan oleh pihak hospital adalah yang terbaik untuknye... Insya-Allah....
Oklah, aku nak keluar ke Bazar Ramadhan nak beli juadah berbuka untuk mak aku....
6 comments:
doa di bulan ramadan yg mulia ni untuk abah abg... semoga cepat sembuh
Didoakan semoga abah saudara
cepat sembuh.Bersabarlah menempuh segala ujian drpNya.
To: MUNIRA AZME...
Terima kasih atas doa yang dipanjatkan... Itulah yang diharapkan dari saya sekeluarga.... Harap semuanye semakin baik hendaknye.... :)
To: KM7
Terima kasih sekali lagi cikgu, Insyallah saya akn sentiasa bersabar dan menerima seadanye keadaan yang datang dari-NYA.....
pengorbanan tuan sgt tinggi nilainya...
banyakan sabar k...
semoga semuanya dipermudahkan...
To: Eqbalzack...
Terima kasih tuan... Begitulah perjalanan hidup saya sekarang... Harapan saya juga macam tu, dipermudahkan segalanye.... :)
Post a Comment