Mesti dalam hati masing2 akan terasa kerinduan dengan kawan2 lama... Tak kiralah dari zaman persekolahan, zaman pekerjaan, zaman munafik atau zaman universiti atau zaman yang dah berlalu... Yang pasti kita akan berjumpa jugak bila ada rezeki.... Samalah aku juga, bila dapat berjumpa dah sure rasa macam baru jer berborak dan tidak ada selindungnye bila berborak... Itu yang dinamakan sahabat.... Kalau jenis bila jumpa nak kontrol dan cakap pun dah lain, itu aku kategorikan sebagai kawan jer...
Sahabat lama kali ni adalah dari zaman pekerjaan terdahulu... Masa aku bekerja dengan YTL Lands dulu... Sahabat lama tu yang perempuan cina tu iaitu Fiona dan berbaju merah iaitu Bert... Fiona ni merupakan seorang arkitek dan Bert pulak assistant arkitek kepada Fiona... Yang aku pulak Assistant Town Planner di bawah satu bumbung... Tapi sekarang cuba Fiona sahaj yang masih tinggal, aku dan Bert telah beralih arah ke tempat lain...
Perjumpaan ini adalah untuk meraikan harijadi anak Bert yang sulong sebenarnye... So lokasi yang dipilih adalah di Restoran Secret Recipe Beyond Vegie di Tropicana Mall... Lama jugak kami lepak makan sambil berborak tentang cerita2 lama dan perkembangan masing2...
Haaa cuba teka yang mana satu abang...???
Yang kanan tu abang, anak buah aku Raja Kecik... Yang adik tu anak Bert baru setahun lebih... Raja Kecik 2 tahun lebih... Kalau datang di Tropicana Mall ni, dah sure kena singgah ke area ni lah jawabnye... Bagi si Raja Kecik ni main dulu dengan mainan kat sini... Dah penat nanti baru bawak balik... Confirm masuk kereta terus tidur sampai rumah...
Sebenarnye KAWAN, kita boleh dapat ramai... Tapi kalau yang dipanggil SAHABAT adalah sukar.... Ia lebih lama bertahan berbanding kawan... Sebab KAWAN boleh makan kawan balik.... Tapi SAHABAT akan membantu kita walau macamana sekali pun bila kita ada masalah.... So kita kira berapa ramai SAHABAT berbanding KAWAN di dalam hidup kita ini.... So renung2kan bersama yer, agar KAWAN tersebut menjadi SAHABAT kita hendaknye... Insya Allah....
No comments:
Post a Comment