Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

14 November 2012

Video : Sedih Pulak Rasanye Bila Hayati Kata2 Tersebut....!!!


Malam tadi boleh pulak terlayan cerita lama pukul 3.00 pagi sampai habis... Cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' arahan Mamat Khalid... Tengok kat Youtube jer sebenarnye..... DVD ada beli... Tapi entah mana simpan entah...

Mula2 buka Youtube terkeluarlah segmen Upin Ipin 2012, so aku tekanlah kejap nak tengok cerita apa yang terbaru... Jangan tak caya, aku layan Upin Ipin tau... Lepas tu ternampaklah pulak cerita tersebut... Tekan lagi, dalam nak tak nak tengok tu, terbawak2 terus melayannye sampai habis...

Tapi dalam banyak2 part, part yang Awie (Husin) dengan Ummi Nazeera (Che' Nin) kat kedai makan tu... Bab pertanyaan beliau Che' Nin pada Husin tentang perasaan cinta Husin padanye... Tersentuh hati aku walaupun sebelum ni dah tonton...


Dialog Che' Nin : 

* Selama Nin tunggu abang kat sini, abang masih cintakan Nin ker..?? 
 * Abang masih teringatkan Nin macam dulu ker...?? 
* Itu jer yang Nin nak tahu bang... 
* Tiap2 hari Nin tunggu abang, Nin tahu abang cintakan Nin.... 
* Nin tahu sangat bang...
* Tapi Nin jugak nak tahu samada perasaan Nin ni, benar ataupun sebaliknye....




Walaupun dalam lagu tersebut ada lawak sikit tapi ianye mendalam maknanye... Nyanyian dari Awie memang tiada siapa yang boleh lawan... Apa2 pun korang layanlah sekejap lagu 'Cinta Kristal' dari Awie ni yer... 

-------------------------------------------------------------------------------------


CINTA KRISTAL
(Original Lirik : Rahim Maarof)


Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )


--------------------------------------------------------------------------------------




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...