Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

06 November 2012

Trip To Bali Day 3 : Tanah Lot & Pura Batu Bolong... Excellent...!!!!


Day 3 : Bali, Indonesia (12 Oktober 2012)
Acara : Tanah Lot & Pura Batu Bolong
Tempat : Tanah Lot, Bali, Indonesia

Hari ke-2 barulah aku sampai di tempat yang menjadi kegilaan dan tumpuan utama pelancong... Bila kata Bali jer, orang akan fikir dan terbayangkan tempat ini iaitu Tanah Lot.... Ianya merupakan mercu tanda kehadiran pelancong luar seperti aku... Temple yang berada di atas laut...



Sebelum masuk ke kawasan Tanah Lot ni, buat kenang2an bergambar kat plack Tanah Lot...


Ini adalah laluan utama mengarah ke kawasan temple tersebut... Dan di sepanjang jalan ini terdapat pelbagai kedai dan restoran yang menjual barangan cenderahati dan makanan...


Tapi sebelum turun ke temple utama tu, tempat pertama Pak Yasa aku bawa adalah ke sebuah lagi temple yang terdapat di sebelah kanan Tanah Lot ni... Dan ada juga gerai2 yang menjual hasil barangan tempatan...


Inilah temple yang aku maksudkan iaitu Pura Batu Bolong...



Merupakan pintu gerbang utama sebelum masuk ke kawasan temple tersebut...



Temple ini terletak di atas sebuah bukit yang berada di atas laut... Itulah keunikan temple tersebut...


Ini adalah pemandangan temple Batu Bolong tersebut dari jauh... Unik kan... Mungkin lubang atas kepala wife aku tu yang di katakan Bolong tu...


View sebelah kiri dari tempat aku berdiri.. Dah nampak dah temple utama...


Time ni air baru surut kot, so ramailah orang yang turun ke bawah untuk melihat temple utama...


Beginilah keindahan Tanah Lot ni yang memang menjadi tumpuan utama pelancong...



Sempat juga bergambar sebelum turun ke kawasan utama...


Temple utama yang menjadi tumpuan pelancong selain temple yang aku tunjukkan tadi...


Kat sini boleh melihat air laut masuk membasahi kawasan... Tapi kalau tengah pasang, kita tak boleh ke sini langsung... Penuh dengan air laut dan ombak besar...




Cantikkan view kat sini... Yang kalau korang nampak ada payung kuning dan putih tu, merupakan pintu utama ke temple tersebut... Bukan untuk pelancong yer seperti temple2 yang lain...



Suka wife aku sebab photographernye sentiasa ada... Selain photographer sampingan (my tourist guide)... Kat sini memang banyak sangat gambar yang aku ambil... 4gb memory card dah habits day.... Tinggal 8gb jer lagi untuk kamera Eos 7D...


Aku memang suka pantai... Suka dengar bunyi ombak... Rasa tenang jer... Takyah nak dengar2 muzik bagai... Tak kisahlah panas ker tidak... Memang layan... Sebab tulah balik jer dari Bali, kulit aku hitam sunburn..


Melepak kejap bawah curam.. Kat bawah ni dikatakan ada temple ular... Dan ada ular besar menurut Pak Yasa... Tapi time tu aku tak nampak pun... Yang aku nampak adalah penjaga temple tu jer keluar masuk curam dan gua tu...


Menjelang petang tu, orang ramai dah mula masuk ke kawasan aku ni.... Time to celah balik... Aku nak minum air kelapa dan makan jagung... Sebab masa datang tadi aku dah nampak dah lokasi yang sesuai...


Dan kat sini memang best untuk photographer yang nak buat business... Ramai betul photographer, mereka pakai ves merah bertulisan Canon... Mereka ambil upah snap gambar dan print terus... Siap ada beg khas yang membolehkan mereka membawa printer photo lagi... So pelancong yang hendak mengabadikan kenangan boleh upah mereka terus... Bayaran kalau tak silap aku dalam RM10-20 sekeping siap paper frame sekali...


Sebelum tu aku singgah kejap ke kedai cenderahati yang terbesar di Tanah Lot ni... 


Kat sini memang giler aku dibuatnye... Baju2 kat sini berkualiti tinggi dan cantik2 belaka... Banyak menjual t-shirt kartun bermotifkan kehidupan masyarakat Bali... Angry Bird pun pakai tengkolok orang Balinese... Harga berpatutan dan still murah berbanding harga t-shirt pelancong di Malaysia...


Yang bagusnye, mereka ada buat demo cara2 printing baju t-shirt ni... 



Ini pulak gerai2 di luar kawasan Tanah Lot... Di sepanjang jalan ke parking lot kitaorang... Menarik2 juga kat sini... Tapi dari jenis yang biasa2 ajer... Selesai sudah aku di Tanah Lot... Kalau tak singgah sini merupakan satu kerugian semasa di Bali ni... Kiranye tempat wajib untuk datang...

Lepas dari ni aku di bawa berjalan ke Kuta Town kejap dan untuk cari makan malam sekali... Oklah setakat ni jer cerita aku di Tanah Lot... Sorrylah blog aku  ni blog bergambar, so penuh dengan gambar jerlah... Sebab gambar menceritakan segala2nye... Tapi itupun kalau lengkaplah... 


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...