Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

16 November 2012

Trip To Bali Day 4 : Singgah Rock Shop Lagi... Jom Habiskan Duit.....!!!


Day 4 : Bali, Indonesia (13 Oktober 2012)
Acara : Hard Rock & Rock Shop Bali
Tempat : Kuta City, Bali, Indonesia

-----------------------------------------------------------------------------------------

Malam tu dah survey baju kat Rock Shop, Hard Rock Bali... So sebab hari tour aku bermula petang, maka berjalan2lah aku di sekitar Kuta City ni untuk tengok apa yang boleh dibeli untuk bawak balik... Yang menjadi matlamat aku pagi tu adalah untuk singgah semula di Rock Shop, Hard Rock untuk cari baju untuk diri sendiri sebagai kenang2an...


Awal pagi dah bangun dah, semangat nak berjalan... Sarapan dulu lepas tu gerak keluar...


Kedai pertama yang aku singgah dah surelah Rock Shop... Dalam hati bawak bertenang, banyak yang dah nampak dah ni... Suruh wife aku pilih dulu sambil tu aku melilau mencari apa yang aku hendak...


Tapi kat sini jugak yang aku suka, kabinet t-shirt... Kalaulah almari baju aku macam ni punya banyak t-shirt kan best... Pakai satu hari satu, lepas pakai kumpul seminggu hantar dry clean... Pergghhhh....


Antara design terbaru di Hard Rock...


Yang ini pulak Limited Edition...


Wife aku lebih ramban mata dari aku sebenarnye... Nasib baik aku ada, padahal aku yang rambang mata sebenarnye... Nak ajer aku sambar towel tu, tapi memikirkan aku tak beli bagasi Air Asia, so cancel... Lagi satu towel kat rumah melambak tak pakai pun... Kalau aku beli ni dah surelah aku simpan sampai bila2...


Antara barangan cenderahati yang dijual di Rock Shop, Hard Rock Bali....


Suka sangat masuk outlet ni, relaks jer ID dia...


Masa untuk bayar... Aku beli t-shirt jer untuk kali ini untuk kenang2an... 


Hasil tangkapan nanti aku cerita dalam next entry...


Insyaallah tahun depan aku akan ke sini lagi untuk explore Pulau Bali ini secara keseluruhan... Sebab kali ni aku baru cover 40% dari tempat2 yang menarik sebenarnye... Tu nasib baik ikut tour, kalau sendiri2 untuk kali pertama memang banyaklah yang tertinggal jawabnye... Itu dah pasti...


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...