Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

16 September 2012

Antara Tetamu2 Aku Untuk Tahun Ini...!!!


Salam Syawal... Alhamdulillah tahun ni memang ramai tetamu singgah ke rumah aku di Damasara... Maklumlah tahun ni aku sekeluarga beraya di Damansara  sebab kesihatan mak aku tak mengizinkan... Setelah beberapa hari raya baru aku dan mak aku balik ke rumah mak aku di Banting... 

Yang gambar kat atas tu merupakan tetamu paling awal sampai di rumah aku... Tak lain tak bukan adik perempuan akulah... Malam raya lagi dah sampai.. Bagus, boleh tolong aku kemas rumah bagai... Hehehehe... Tapi pagi tu lepas sembahyang raya, kumpulan budak2 blok area rumah aku datang... Macam tahu2 jer aku ada rumah... Hahahaha... Tak ramai sangatlah, dalam 6 orang jer...


Tengahari tu family sepupu mak aku dari Kajang pulak sampai... Ini family aku yang berniaga kedai makan Mee Bandung Muar yang pernah aku ceritakan dulu... Family Kak Long Mala & Abang Long.... (TEKAN SINI) 


Pada raya ke-4 pulak tetamu seterusnye dari anak2 jiran mak aku di Banting pulak datang singgah... Family Kak Faridzah & Abang Yazid... Pagi tu sebenarnye ada sebuah lagi family saudara mak aku dari Shah Alam iaitu Makngah Norizam & Pakngah Dollah... 


Yang ini pulak adalah 2 pupu aku dari Kajang... Anak Kak Long & Abang Long yang meniaga Mee Bandung tu... Masa lepas lahir dulu, mak aku bela dia...


Yang ni pulak tetamu paling jauh... Padahal pintu depan rumah jer... Jiran aku di Damansara... Family Abang Nasir & Suzi... Tak ingat pulak raya ke berapa... Petang tu dia ada buat open house, so malam tu dia buat kunjungan balas ke rumah aku pulak...




Yang ini pulak tetamu paling ramai untuk sekali datang iaitu jiran mak aku dari Banting... Family Acik Mek & Pakcik Zul... Budak2 jer 8 orang dan orang dewasa 7 orang... Nak ambik engko, dah rasa macam taska... Huru hara rumah aku... Tapi best giler melayan mereka.... 




Raya yang ke berapa entah, aku balik sekejap di rumah mak aku di Banting... Sajer nak bagi mak aku lepas rindu dengan rumahnye... Seperti yang dijangkakan, dah sure mesti ada jirang yang akan datang beraya dan melawat mak aku... Ramai jugalah jiran yang sampai... Tapi harap maklum, kuih raya takde, cuma air sirap dan kek sahaja yang dapat dihidangkan...

Banyak gambar tetamu tak dapat aku snap sebab sibuk dan terlupa... Tapi memang setiap tahun macam ni, tak kira kat mana mak dan arwah abah aku berada, dah sure mesti diaorang datang mencari.... Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan hari raya aku tahun ini.... 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...