Sejak lepas raya hari tu lagi, aku sangat2 lah sibuk... Ada sajer benda yang nak disettlekan... Ke hulu hilir menguruskan pelbagai perkara penting... Sampai diri sendiri pun tak terurus... Salah satunye adalah seperti gambar di atas...
Terima e-mail dari sebuah company besar di Kuala Lumpur... Cewah... Macam jauh benor.... Mereka panggil aku untuk interview di syarikat mereka pada 12 September 2012 yang lalu... Sebelum tu diaorang ada call memberitahu tentang interview ni... Dan banyak juga form yang perlu diisi dan ada 2 set kertas soalan yang perlu dijawab sebelum datang interview... Soalan IQ... 1 set ada 4 helai dan 1 set lagi ada 6 helai soalan... Sangat2 tricky soalan2 tersebut...
Interview tersebut adalah untuk jawatan Assistant Manager for Town Planning Department di syarikat tersebut... Besar sungguh jawatan tersebut bagi aku setakat ini... Kalau ada rezeki aku, Insyaallah adalah nanti.... Kiranye dalam minggu ni atau minggu depan dapatlah jawapan samada diterima atau tidak...
Sekiranye tidak diterima, bukanlah rezeki aku.... Dan jika perkhabaran baik untuk aku, ini adalah satu pencapaian tertinggi dalam kerjaya aku setakat ini... Sebab aku akan masuk ke level manager... Dan satu pengalaman baru yang boleh aku pelajari nanti... Insyaallah... Mungkin inilah dikatakan rezeki menjaga kedua orang tua yang uzur selama ini.... Doakan untuk aku yer....
No comments:
Post a Comment