Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

13 November 2009

Jemputan VVIP Untuk VIP....!!!

Dalam aku berhenti memblog tempohari, banyaklah aktiviti aku sepanjang minggu tu.... Salah satunye invitation dari seorang VVIP.... Lama juga tak ke majlis grand VVIP.... Jemputan pada hari Sabtu (7 November 2009) lepas.... Kali ni boss lama bapa mertua aku....
Majlis diadakan di KL, nasib baik dekat... Kalau jauh malas aku nak pergi.... Majlis tersebut diadakan di The Royale Chulan Kuala Lumpur, Jalan Conlay.... Yang ni hotel baru... hari2 aku tengok tapi tak pernah pergi... Ye lah nak buat apa pergi kalau takde tujuan... Kalau pergi karang apa pulak orang kata, ada perempuan simpananlah, nak ehem2 lah.... So, takde sebab malas nak pergi....
Aturcara majlis bermula dengan kehadiran tetamu, termasuklah aku dari pukul 7.30-8.30 malam.... Tapi aku sampai dekat pukul 8.45 malam... KL sesak giler.... Kali ni majlis yang aku pergi hadiri adalah Majlis Perkahwinan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Dato' Seri Di Raja Ramli Ngah Talib dan isteri beliau Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin Raja Abdullah...
Suasana di Taming Sari Grand Ballroom Hotel Royale Chulan... Sangat2 cantik...
Pengantin di berarak dengan dayang2nye.... Anak Tan Sri Ramli yang pengantin perempuan tu... Puteri Azalea Ashram Bt. Ramli... pengantin lelaki Alfi bin Alizam.... Yang ni adik kepada abangnye yang kahwin dengan artis Nora Danish tempohari.... Pengantin perempuan ni kembar... So yang sorang lagi belum lagi kahwin....
Ramai betul def2 kehormat pada malam tu.... Ada juga beberapa orang yang aku kenal.... Kalau bapa mertua aku macam biasalah semua orang tegur dia.... Maklumlah dulu sebelah MB Perak jer kerjanye... Hampir setiap masa....
Memang relaks dan tenang betul malam tu... Alunan lagu dan persembahan dari artis yang membuat persembahan sepanjang majlis tersebut amat memberikan makna mendalam bagi kedua2 pengantin.... Malam tu artis yang membuat persembahan adalah Ajai, Atilia, Kumpulan VE dan beberapa orang lagi termasuklah beberapa orang penyanyi dari Seni Kebangsaan.... Si Ajai siap buat lagu baru untuk pengantin...
Pengantin berada di meja makan beradap bersama VVIP yang hadir.... Kerabat raja mana entah aku tak ingat....
Yang ini menu makanan untuk malam tu.... Lebih 10 jenis menu disajikan.... Sedap2 semuanya.... Yang paling best sekali pembuka hidangan yang disajikan adalah SOTO Ayam...
Chilabaey's sedang menghilangkan haus....
SOTO kat kampung aku di Banting lagi sedap....
Dato' dan Datin Chilabaey's juga menghadirkan diri... Walaupun tengah banyak kerja....
Wife aku dengan mak dia.... Puan Hajah Jamilah.....
Yang ni bapa mertua aku Haji Ahmad bin Mat Wali a.k.a Mat Wali (MB panggil)...
Bapa mertua aku dengan rakan kerja masa dekat Pejabat Menteri Besar dulu... masing2 sekarang ni dah pencen... Uncle Wan aku panggil....
Time ni Tan Sri Ramli Ngah Talib tengah round semua meja tetamu untuk ucapkan terima kasih kerana datang... Bapa mertua aku kata, "Alamak dia dah datang dah" kat Uncle Wan.... Tan Sri Ramli ni masa bapa mertua aku bertugas merupakan orang yang garang dan tegas...
Tengah bersalaman dengan para tetamu.... Termasuklah aku....Lama tak salam dia....
Yang ni isteri Tan Sri Ramli... Raja Puan Sri Noora Ashikin.... Time ni tengah borak rancak dengan bapa dan mak mertua aku... maklumlah lama tak jumpa.... Dia memang sangat baik orangnye... sesangat friendly berbanding dengan suaminye.....
Majlis habis dekat pukul 11.00 malam juga.... Wife aku sibuk nak tangkap gambar dekat bunga ni.... yang jadi mangsa bapa mertua aku untuk snap gambar... bapa mertua aku bukan reti sangat pakai kamera ni.... Nasib baik jadi... Nak suruh bodyguard2 yang berada kat situ segan pulak... depa tengah kerja... apa2 nanti tak pasal2 kitaorang yang disalahkan...
Gambar terakhir sebelum ke parking kereta... Dalam life menuju ke basemen.... Dalam majlis ni kitaorang dapatlah cenderahati dari tuan rumah.... Nak tengok apa yang kitaorang dapat dari majlis itu.... Tengoklah gambar2 di bawah ni....
Box kayu yang berisi coklat kiss.... Memang cantik sangat untuk buat letak barang kemas.... Dapat 3 lagi tapi aku bagi kakak ipar aku satu...
Nilah hadiah yang kitaorang dapat malam tu...
Siap ada plat pewter lagi.... Memang cantik...
Pukul 11.30 malam juga balik malam tu.... Hantar bapa mertua aku balik ke Shah Alam, sampai dekat pukul 12.30 tengah malam... malam tu hujan.... Dan aku pulak sampai Damasara balik dekat pukul 2.00 pagi..... Penat oooo..... Esok pagi2 dah nak ke Shah Alam pulak balik sebab nak tukar tayar kereta bapa mertua aku di Klang.... Dah janji dengan tokey kedai tu dah.... Harga baik punya.....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...