Aku dapat tawaran temuduga pada bulan Jun 1999, baru grade dr UiTM Shah Alam dalam kursus Diploma Perancangan Bandar & Wilayah under Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur.... Dan pada bulan Disember 1999 dapat surat tawaran jawatan sebagai Penolong Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Perancang Bandar MPK..... Punyalah seronok sebab dapat kerja yg kukuh..... tapi kontrak 3 tahun.... tapi post tu boleh sambung lagi kalau nak dan atas budi bicara Ketua Jabatan....
Masa hari pertama aku mula bekerja, aku telah mendaftarkan diri dahulu di Bahagian Human Resource.... lepas tu je aku dihantar oleh pegawai yg bertugas ke bilik mesyuarat Yang Dipertua MPK.... punyalah terperanjat aku time tu, baru je daftar dah kena pegi mesyuarat... panik tahap nak pengsan dah.... hati jgn cakaplah.... jantung punya lah laju.... Sampai je dalam bilik mensyuarat tu aku disuruh utk menunggu.... tak lama lepas tu datang seorang perempuan dan 3 orang lelaki..... Yang perempuan tu aku punya bakal Ketua Jabatan, sorang lelaki tu rupanya Setiausaha MPK (org no 2 dlm MPK), sorang lagi dgn uniform penguatkuasa merupakan Ketua Pegawai Penguatkuasa dan akhir sekali Penasihat Undang2 MPK (yg melibatkan tindakan undang2).... cuak2.... aku diperkenalkan dgn semua pegawai dalam tu oleh setiusaha mesyuarat keitika tu... kemudian giliran aku pulak utk kenalkan diri..... rasa macam kena interview pulak lagi.....
Rupa2nye aku dilantik sebagai Ketua Unit Setinggan MPK, unit ni baru sahaja ditubuhkan oleh Menteri Besar Selangor, masa tu Khir Toyo.... Unit ni ditubuhkan untuk mencapai Setinggan Sifar Menjelang 2005.... segala maklumat ketika itu amatlah sulit kerana ia melibatkan kerja2 bancian penduduk setinggan dan perlantikan consultant utk menyelesaikan permasalahan ttg setinggan di seluruh Daerah Klang....
Lepas tu, aku diberitahu dalam masa seminggu, aku kena sediakan laporan penuh dan kena adakan presentation dengan Menteri Besar Selangor.... Blank2... Idea dah ada tapi dah bercampur2 dlm otak yg mana satu nak dikeluarkan dulu.... dalam seminggu tu aku balik pukul 3 pagi... maklumlah org baru masuk kerja kenalah tunjuk rajin.... Tapi Alhamdullillah semuanye berjalan lancar dgn bantuan rakan2 kerja aku yg baru.... Aku masih lagi ingat figure utk jumlah kampung yg ada sebanyak 95 buah kampung/penempatan, rumah 6,028 buah dan melibatkan 7,264 buah keluarga.... serta 35,000 org penghuni.... Fuyooooo...... Punyalah banyak gila.... Skop kerja aku senang (tapi hati susah) : 1. Cari consultant utk buat kerja2 bancian & cari consultant utk buat areal photo (gambar dr udara).... 2. Buat jadual utk mesyuarat dgn semua ADUN2 kawasan dlm seluruh Klang... 3. Buat bancian di kawasan penempatan setinggan yg ada tadi..... dlm masa yg sama dptkan maklumat ttg pemaju perumahan yg ada buat Rumah Kos Rendah (RKR) bg tujuan pemindahan... 4. Buat 'match making' antara kawasan setinggan dgn kawasan RKR terdekat.... 5. Buat jadual perobohan & rondaan ke kawasan penempatan... ini yg menjadi masalah dgn aku.... sebab aku Ketua Unit dan berhak buat keputusan mutlak utk merobohkan rumah orang..... memang dapat maki selalulah.... Bila semua di atas selesai dibuat, tibalah masa utk kerja2 perobohan yg menjadikan aku pada mulanya susah nak berdepan dgn org (kalau nak tanya org pasal jalan pun segan)... sekarang ni dah tak takut & segan langsung dgn org ramai.... itu pulak bagusnya.... Sebenarnya tugasan aku di atas nampak mudah tapi byk lagi kerja2 sampingan aku perlu buat.... Di sinilah bermulanya kerja2 aku di Majlis Perbandaran Klang.......
Inilah pasukan aku 'Unit Setinggan Majlis Perbandaran Klang', atau diorang panggil unit aku ni 'Unit Haram' sbb rumah haram..... lantaklah diorang nak panggil apa..... Unit aku terdiri drpd aku sendiri, dibantu oleh Penolong Pegawai Penilaian (Cik Balkish) utk urusan pemaju perumahan.... kemudian diberikan 4 org penguatkuasa MPK & seorang driver (tgh tangkap gambar kitaorang)... 4 org penguatkuasa tu dilantik oleh Yang Dipertua Majlis (YDP) utk jaga @ escort aku utk ke mana2 sahaja aku nak pergi dalam masa bekerja..... seorang drpdnya dr unit bersenjata.... pumpgun..... gambar ni time baru lepas selesai kerja meroboh...... selain itu aku diberikan juga sebuah Pajero utk kerja2 Unit Setinggan.....
Gambar Operasi Perobohan Satu Kawasan Di Pelabuhan Klang :
Beginilah kerja2 perobohan dijalankan... aku kena pastikan kerja2 berakhir dgn pembersihan tapak.... segala benda2 yg dirobohkan hendaklah dibersihkan.... kerja2 ni dilakukan oleh buruh2 MPK.... kalau diorang ni takde dalam jabatan terbabit, agak bermasalah juga kerana nak suruh siapa lagikan..... terima kasih diucapkan.... Mamat yang duduk tu bukan buang air ye, dia tu mandor.....Perobohan Penempatan Setinggan Di Kapar :
Ini driver Pajero aku... tu tengah memanjat kat bumbung rumah setinggan utk keluarkan seekor anak kucing yg lagi naik atas bumbung..... nyawa tu, semua kena diambilkira....
Buruh2 tengah menunggu arahan aku untuk kerja pembersihan....
Yang ni aku punya second driver..... dia ni brutal sikit dan kepala tak berapa betul.... tapi senang kerja dengan dia..... gila stereng..... semua jenis kenderaan dia dah bawak dan ada lesen....
Kadang2 tak sampai hati juga bagi arahan je.... jadi akupun merajin2 kan diri.... baru seronok buat kerja.... kakitangan lain taklah jadi malas bila pegawai pun buat kerja juga....
Yang ni kakitangan yang paling tua dan senior.... kepala pun tak berapa betul asyik nak mengorat je kerjanye.... selalu juga kena marah dgn aku tapi cara baiklah.... tetap berjasa dgn aku....
Dah roboh dah rumah ni.... rumah ni banyak kenangan pahit kat aku.... masa mula2 nak keluarkan penghuninye..... seorang cina perempuan, punyalah banyak mulut.... sabar2.... entah apa2 yg dia tak puas hati dgn aku.... notis dah bagi, rumah murah dah dapat kunci..... tapi taknak pindah..... aku pun byk juga cakap dan alasan yg dia tak boleh nak lawan.... pengabihnye dia datang kat aku terus nak tumbuk tapi aku sempat elak tapi kena bahu..... rasa macam nak tercabut bahu aku... lebam jgn cakaplah..... cepat2 abg2 polis tolong tenteramkan dia.... siasat punya siasat rupanya rumah murah dia tengah renovate punyalah lawa..... aku tak boleh tangguh2 lagi kerja perobohan sebab semuanya telah dirancang....
Urusan untuk perobohan ni bukannye senang... sbb melibatkan ramai jabatan2 Kerajaan yg lain..... Sekali aku buat kerja2 perobohan ni akan melibatkan : Semua Jabatan dalam MPK, Polis Klang, FRU, Pejabat Daerah Klang, TNB, Syabas, Telekom, SUK, Rela dan byk lagi..... penyediaan makanan selepas perobohan, semasa perobohan dan lain2.... semua perlu diatur dgn teliti dan teratur, tak boleh gopoh2.... nanti tak jadi.....
Ni dah penat buat kerja lah ni, kepala semua dah tak betul.... kawasan ni sahaja aku dah robohkan rumah sbyk 200 unit..... penat gila.... esok sambung lagi utk saki baki dan pemantauan semula ke kawasan ini takut ada apa2 masalah lain yg timbul....
Akhirnya selesai juga rumah terakhir..... tinggal nak bersihkan je..... Alhamdullilah setakat aku jalan kerja perobohan ni sbyk 65 kawasan dari 95 kawasan yg telah dikenalpasti, semuanye telah berjaya dgn jayanya.... tanpa sebarang masalah yg besar.... kalau ada pun dr ahli politik kawasan berkenaan.... selalunya aku tak layan..... sbb tulah aku ni diaorang tak suka...... aku buat kerja ikhlas takde nak lobi2.... diaorang ni nak jaga pengundi, aku tak jaga sesiapa.... paham2 je lah..... Syukurlah semuanye berjalan lancar.......
3 comments:
wh00w~~~
seni0r guEK!!!
hai seni0r!!
entri kmu sgt panjang~~
ahakZZ~
sy bce yg pasal uitm tu je~
lalala~
erm...
baru je nak tanya...
tak bimbang ke buat keje camni...
hehe
kEy: hai junior.... skang dah keje ke belum.... kat mana?
PJ selamba: Mahunye tak bimbang , Tuhan saje yang tahu... nak buat macamana dah pegang amanah utk bantu masyarakat yg susah.... niat murni ni tau.... janji semuanya buat ikhlas.... diaorg nak buat apa kat saya, tawakkal je lah....
Post a Comment