Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

24 February 2009

Ada Lagi Gambar MPK Lama.... 4....

Trajedi Kebakaran Penempatan Setinggan Di Pelabuhan Klang - 1 Disember 2001

Masa ni aku pagi2 lagi dah kat kawasan kebakaran sebab pagi2 alam (4.30 pagi) terima panggilan dari Unit Aduan MPK yang memberitahu bahawa ada kebakaran di salah satu penempatan setinggan yang aku jaga..... Tgh berbincang dgn ADUN kawasan, Setiausaha MPK dan pegawai2 lain.....

Perbincangan mengenai status setinggan tersebut, apa yang telah diprogramkan & dirancang untuk mereka.... dan yang pentingnya, Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo nak datang melawat pagi tu..... semua ni nanti akulah yang akan menjawabnya bagi pihak Ketua Unit dan MPK..... tentang maklumat2 penting penempatan setinggan ini.....

Tengah2 berbincang tiba2 je ada seorang penduduk tu berlari ke arah kitaorang dgn muka yang tak puas hati.... Ada ke dia tuduh kerajaan yang bakar rumah dia orang.... maksudnya MPK dan Jabatan lain yang bakar.... gila ke apa..... time ni dah nak dekat raya puasa dan budak nak buka sekolah..... time juga bodygourd aku dah stanby je dah kat belakang.....

Dalam pukul 10.30 pagi MB Selangor tiba...... ramailah wartawan mengerumuninya.... termasuklah penduduk yg terlibat.... yang menyibuk sudah tentu..... aku dah suspen dah ni... dahlah lama tak jumpa MB ni.... bila ada masalah dan nak minta budget je baru nak jumpa.... silap2 kena marah....

Wartawan sedang sibuk menginterview...... nampak tak yang menyibuk punyalah ramai....

Yang ni isteri MB Selangor Datin Zaharah Kecik.... tengah bermesra dgn penduduk yg terlibat dan juga ditempatkan di sekolah yg berhampiran..... kesian bila tgk diaorang ni... dahlah susah, terbakar pulak rumah..... sedih2.... nak raya lagi.... baju2 raya dan duit habis terbakar.... baju sekolah pun sama.....

Time ni MB Selangor panggil aku sebab ada seorang mamat ni kata dia tak dapat peruntukan rumah murah, orang lain dapat dia tak termasuk dalam senarai..... hairan juga aku... bila check2 je data bancian dahulu rupanya dia bukan penduduk kat situ..... MB tanya aku macam mana dgn status mamat tu, aku jawab "Bancian susulan akan dibuat dan peruntukan akan diberikan sekiranya layak...." tapi sebenarnya MB dah tahu perkara sebenar mamat tu nak ambik kesempatan..... aku angkat kening jelah dgn MB.... MB senyum je...... Aku call pegawai yang jaga status perumahan kat SUK Selangor tentang mamat tu... rupanya dia dah ada 10 buah rumah di sekitar Selangor.....mak aaai... punyalah banyak..... penipu besar..... tapi jgn terpedaya dgn penduduk setinggan walaupun di mana2, ada setengahnya memang dah ada rumah tapi nak ambik kesempatan macam nilah..... rumah2 tu nanti akn dibuat sewa...... Masih tak puas hati dengan apa yang aku cakapkan kat MB tadi..... dia beria2 nak suruh aku buat bancian semula untuk dia dan beberapa rakan dia yg lain..... macam2 alasan dia berikan dan aku pulak bermacam2 juga lah jawapan aku berikan..... agak tegang juga masa ni..... En.Izhar dah hitam2 muka menahan geram..... beberapa kali dia cuit2 aku.... sebenarnya time nilah yang pegawai2 atasan aku taknak ambil kerja aku ni.... paling susah sebenarnya nak berdepan dgn org ramai...... ada yg baik, ada yg dengar cakap, ada yg samseng, eh... macam2 lagilah..... gila juga kerja aku ni.....

Muka tak puas hati dengan aku...... aku pulak buat dek je.... Makin lama, makin ramai pulak yang datang kat aku.... alamat ni yg kritikal ni......

Satu demi satu penerangan aku utk diaorang..... last2 aku tak tahan juga aku ceritakan tentang kegiatan menipu diaorang.... ingat aku tak tahu ke.... senyap terus diaorang.... nak bagi sejukkan hati diaorang ni, aku cakap aku akan buat bancian susulan itu dalam masa terdekat......

Time ni MB Selangor dah nak balik.... Dan Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM1000 setiap keluarga... dan dari MPK sebanyak RM700.... dan beberapa derma yang lain dari parti politik..... aku sumbang apa? Aku sumbangkan tenaga je semasa diaorang berada di penempatan sementara tersebut..... barang2 makanan segera, air mineral dan macam2 lagi.....

Tak sudah2 mamat tu dan kuncu2 nya nak bodek MB..... dah nak balik dah ni...... masih lagi menepek je.....

Aku dah tak tahan dah ni, lama sangat berada kat sini.... dari pagi sampai tengahari.... nak lari nanti MB panggil pulak..... ni pun bukannya boleh balik rumah..... ada pulak meeting dgn ADUN Pelabuhan Klang membincangkan permasalahan yang berlaku.....

Akhirnya MB Selangor balik dah..... ahhh lega rasanya..... segala persoalan & maklumat yang diperlukan dah aku berikan.... tugasan selesai...... apa pulak tugasannya esok...... itulah salah satu kerja2 aku dalam unit aku di Majlis Perbandaran Klang.......

6 comments:

Wawa_Nadwa said...

xnak komen pape cume nk ckp sesuatu.
shhhh!!
dlu khir toyo kulit dia gelap ekk, skrng dh putih cantik je.
hahahhah!
botox ke??
=P

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Wawa_Nadwa - shhh!! memang dia berkulit gelap dulu... asyik turun padang je.... "tapi semenjak dia gunakan fair & lovely kulit dia putih & bersih"... hehehe.... gosip ni.... kalau botox saya tak tahulah.... nanti kena saman.... :)

kEy said...

ape sudah jd dgn naseb mereka2 ni agak2 nye ek?

Chilabaey's Spot 2 said...

kEy: mereka2 tu skrg dah dlm keadaan lebih baik dari dulu sbb dah diberikan peruntukan rumah yg lebih teratur..... tak tahulah teratur ke hidup mereka...???

Anonymous said...

ayooooo!!!!!.......

En.Chilabeay mcm KARAM SINGH WALIA!!!!!.....

reporter TV3 lh plak!!!!.....

wakakakakkakaaaa~

**daiazainal**

Chilabaey's Spot 2 said...

daiazainal: ni adik dia, HANYUT SINGH WALIA... hee walee walee hee walee walee heeee... banyaklah engko..... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...