Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

27 October 2010

Inilah Orangnye Yang Ku Panggil Tuan...!!!!


Kalau nak tahu, inilah orangnye yang sering memanggil aku tuan dan juga sebaliknye.... Saudara Eqbal.... Seorang yang sangat peramah dan berperibadi.... Tidak sombong dan sering melakukan sesuatu untuk membantu rakan2 blogger.... Merupakan blogger tegar, entry2 beliau tak macam entry aku yang panjang berjela... Pendek tapi padat dengan gambar yang dipaparkan...

Pertemuan  pertama aku dengan Saudara Eqbal ni adalah di Majlis Ulang Tahun Cik Wanie tempohari.... Seorang yang ramah mesra.... kiranye mesra pelanggan gitu.... Boleh buat calon menantu dan suamilah yang baik ni kiranye.... Sepanjang majlis tersebut aku dengan Saudara Eqbal sahaja berborak berdua... Yang lain2 time tu aku tak berapa kenal.... Kalau dia takde petang tu mahu juga mati kutu aku dibuatnye.... Beliau merupakan orang kedua yang ingin aku jumpa selain dari Cik Wanie.... 


Alhamdulillah.... bertambah seorang lagi kawan2 aku di dunia ini.... Thanks sekali lagi pada Cik Wanie sebab menjemput ke  majlis tersebut.... Kalau tak, tak jumpa dengan Saudara Eqbal ni.... Saudara Eqbal a.k.a Tuan....

Tahniah juga diucapkan kepada beliau sebab beliau telah berjaya menyambung pengajiannye untuk peringkat seterusnye iaitu PhD di UPM... Dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.... Bagi mereka yang dah memang ada PhD (Perasaan Hasad Dengki) tu jangan nak jeles dengan beliau yer... Kalau PhD yang satu lagi tu takpe... (PhD = Perut Hala Didepan)...

Moga kita dapat bersembang lagi lepas ni.... Tuan, Mengopi Jom....!!!!


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...