Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

16 December 2009

Kilang Kerepek Ke Kilang Ketepek...!!!

Sengih sampai ke telinga.... Yang ni sebenarnye kesimbungan entry yang lepas.... Tambah satu lagi aktiviti aku untuk hujung minggu hari tu.... Pagi tu kitaorang bawa Si Kecik Melly jalan2 pusing kawasan Pekan Banting.... Nak belanja dia McD... biasalah kalau dengan pakngahnye mesti sibuk ajak makan McD, bukan apa nak mainan dalam box Happy Meal tu jer.... Layan jerlah kerenah anak buah seorang ni...
Tapi aku dengan wife pun memang ada agenda lain sebenarnye pagi tu.... Kita orang nak singgah kat kilang kerepek di Kampung Sg. Kelambu.... Kat kawasan kampung ini terdapat banyak kilang2 yang mengusahakan perusahaan kerepek... maklumlah kawasan kampung orang Jawa, dah surelah kerepek ni dah sinonim dengan mereka....
Wife aku yang seronok kalau ke sini sebab pelbagai jenis barangan dan makanan yang dijual.... Kalau yang suka makan makanan2 yang ringan macam ni, aku syorkan datanglah ke sini sebab harganye lebih jauh murah berbanding di kawasan luar.... Lagi2 kalau hari raya, oisshhh punyalah banyak barangan makanan yang dijual.... Orang yang datang jangan ceritalah... dah macam sardin disusun dalam tin sempit.... berlaga2 perut masing2..... Bukan aku reka cerita, kisah benar.... Aku dah kena sekali, seriklah nak datang lagi kalau time sebelum hari raya....
Kali ni wife aku singgah beli kerepek pedas ubi kayu/tempe/kacang tanah/ikan bilis (maksud aku dicampur sekali)... selain itu juga kitaorang beli kacang yang warna hijau tu dan aku ambil kerepek bayam (sayur bayam disalut tepung).... Yang ni jarang dapat kat luar... Kalau kat Sabah banyak diaorang jual....
Nampak tak Si Melly dah pegang botol.... Tu tandanye dia nak tidurlah tu..... Baru jalan sikit, dah nak tidur... sebenarnye dia tak berapa sihat, pagi tu baru jer aku dengan Si Azu bawa dia ke klinik untuk ambil ubat selsema dan demam....
Dah selesai membeli tu, kitaorang bertolak mengarah ke Pantai Morib.... Tujuan bukan nak ke pantai, tetapi nak singgah beli Lokan yang aku ceritakan dalam entry yang lepas..... Giler dah nak dekat tengahari ke pantai.... Sunburn kulit aku nanti... Cewah, macam kulit tu putih sangat.... dah hangus adalah....
Betul tak aku cakap, dah terlentuk dia kat Mak Usunye.... Maklumlah baru makan ubat selsema... tapi sibuk nak ikut aku berjalan.... Haaa dah pun padam dah.... Selesai semua urusan aku dan kuncu2 pun bertolak balik.... maklumlah dah dapat apa yang aku hajatkan.... Dapat beli Lokan, ubi kayu, kerepek dan beberapa benda lagi..... So, settle setengah hari punya urusan.... Tunggu petang pulak nak buat apa.... Tapi aku kan dah ceritakan apa aktiviti aku dalam entry yang lepas.... Korang check lah sendiri nanti yer.... Arios.....
Post a Comment