Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

06 May 2009

Hari Ini Yang Sibuk.... Giler....

.....Hari Yang Panik Bagi Aku Dan Keluarga......

Pagi bapa aku dimasukkan ke wad semula....

Pagi2 lagi dah keluar rumah untuk menuju ke HUKM.... bapa aku ada appointment dengan Klinik Surgeri pukul 9.00 pagi... lepas sahaja dari Klinik Surgeri tu nanti, terus ke Wad Surgeri 3 (Bahagian Urologi) pun ada appointment dengan wad tersebut.... Diaorang akan tahan bapa aku dalam wad tersebut untuk pemeriksaan tiub kencing dan sebagainya.... Itu jadual aku untuk hari ni sebenarnya....

Gambar kandid dari anak buah aku... Izzat... Time ni bapa aku lemah sangat....
Tapi semuanya tak berjalan dengan lancar, dari malam tadi lagi bapa aku sangat lemah, berdiri pun dia tak larat, makan pun kurang, minum pun sikit, dia kata dada dia sakit.... dan mula cakap yang bukan2... dia kata dia nak mati dah... mak aku dah risau dah, tapi aku elah2kan juga dan bergurau bagi ingatan dia ok semula.... tempat balutan luka dia pun ada kesan darah sikit.... pukul 12 lebih tu, dia tidur nyenyak... pagi tadi pukul 6.00 pagi macam biasa, mak aku nak bagi ubat harian dia tolak dan taknak makan... ubat dimasukkan dalam mulut pun dia tak telan, dia simpan sampai kembang.... mak aku dah panik....

Kesian bapa aku.... sekarang ni nurse tengah sibuk untuk memulihkan bapa aku.... seorang demi seorang doktor datang check bapa aku....

Mak kejutkan aku pagi tadi dan suruh tengok keadaan bapa aku, memang dia lemah sangat, nak berdiri pun tak boleh.... ambik keputusan untuk hantar terus bapa aku ke Wad Kecemasan HUKM terus.... Sampai di depan Bahagian Kecemasan, terus ambil wheel chair dari attanden HUKM dan angkat bapa aku dari dalam kereta ke wheel chair... Nasib baik kederat aku kuat... Bapa aku dibawa ke kaunter pemeriksaan terlebih dahulu bagaimana untuk menyelesaikan masalah bapa aku ni.... Nasihat dari pegawai perubatan tersebut, bapa aku perlu terus ke Klinik Surgeri (sepatutnya appointment pagi ni) dahulu... Sebab di sana nanti doktor pakar bapa aku akan membuat pemeriksaan lanjut, samada bapa aku akan diserapkan ke bahagian kecemasan atau ke mana yang patut.... Ok..... aku faham....

Tengah alihkan kain langsir.... Silau dan bahang matahari....

So, aku dan mak aku bawa bapa aku terus ke Klinik Surgeri seperti yang telah diarahkan.... manakala anak buah aku Izzat bawa kereta ke parking lot HUKM.... Sampai di Klinik Surgeri, buat pendaftaran dan ambil nombor giliran.... Angka giliran bapa aku time tu 4023, nombor giliran sekarang 4010 baru.... lagi 13 orang lama juga ni.... Bapa aku dah mula gelisah duduk atas wheel chair tu.... Alhamdullillah cepat juga nombor bertukar.... dalam 40 minit lepas tu, giliran bapa aku pula.... yang aku perasan semua yang datang hari ini mereka2 yang sama wad dengan bapa aku tempohari.....

Bapa aku telah pulih semula..... Kandungan gula dalam darah dia terlampau rendah....

Masuk sahaja bilik doktor tu, doktor tersebut merupakan doktor yang menjaga bapa aku semasa di wad hari tu.... memang kenal sangat.... punyalah ramah doktor tu, seronok bila dia tengok bapa aku, banyak perubahan... kalau tak silap aku doktor tu samada dari Tanah Arab atau dari Indonesia... Tak dapat dikenalpasti.... Pemeriksaan dibuat pada luka operation bapa aku, keadaan bagus cuma bendalir yang keluar dari badan bapa aku tu tak berapa baik sangat tapi ia tidak membawa masalah.... Cuma kenapa bapa aku hari ni dan malam semalam lemah sangat..... Satu keputusan dibuat di mana bapa aku akan dimasukkan ke Wad Surgeri 1 semula.... Wad Surgeri 1 pulak pada hari ni penuh, kena tunggu sampai ada kekosongan.... Jadi doktor suruh aku bawa bapa aku masuk Wad Surgeri 3 dahulu seperti dalam appointment Bahagian Urologi hari ni.... nanti diaorang akan refer untuk dimasukkan ke Wad Surgeri 1 pula.... Pendaftaran dibuat seperti biasa.... Maka bapa aku pun masuklah ke wad semula.... Dalam pukul 4.00 petang, datang satu team doktor pakar bapa aku dengan ketuanya sekali untuk membuat pemeriksaan lanjut.... dekat 7 orang.... so far bapa aku tiada masalah pada luka operation dia dan cuma esok perlu menjalani kerja2 scan (ultrasound, ct scan dan entah apa2 lagi scan....)....

Menjelang petang bapa aku pulih semula.... Air glukosa dah masuk 2 botol dalam badan.... Ubat pun dah diberikan.... Tapi masih lagi Hypo....

Masa dimasukkan ke dalam wad tadi, bapa aku lemah kerana kandungan gula dalam badan terlalu rendah... mula2 tu 2.5, kemudian 2.2, check lagi sekali 2.2, alamak apasal jadi macam tu.... staff nurse dan doktor kelang kabut berikan apa yang patut untuk stabilkan balik gula dalam darah bapa aku..... pukul 6.00 petang tadi, darah menunjukkan 4.4, tapi sebenarnya masih lagi rendah cuma ada peningkatan.... kemudian 6.30 petang staff nurse bertugas beritahu bapa aku boleh pindah Wad Surgeri 1... jadi senanglah diaorang nak monitor bapa aku di sana.... Jumpalah balik staff nurse yang lama hari tu.... dalam pukul 7.30 malam tadi aku dan Izzat balik.... mak aku tinggal malam ni jaga bapa aku.... Hantar Izzat dahulu di Damansara Damai kemudian bergerak ke Flora Damansara pula.....

Tengah menunggu untuk dipindahkan ke Wad Surgeri 1.... Pukul 6.30 petang baru dibawa pindah...

Sampai rumah, ada message masuk... mak aku miss call... apahal pulak ni.... penat belum lagi hilang.... kemudian mak aku call, dia bagitahu yang bapa aku hypo semula... bacaan gula dalam darah 1.5 je (tahap kritikal boleh pengsan dan sebagainya..), kali ni dia tak sedar dan meronta2 taknak staff nurse bagi ubat, mak aku kata dia nak lempang nurse tu dah.... aduhai.... last2 tu ada seorang nurse yang biasa dengan bapa aku pujuk untuk suntik ubat, barulah dia reda semula.... macam tu rupanya bila gula dalam darah kita rendah..... sekarang ni bapa aku dalam normal semula.... lega hati aku..... pesan kat mak aku kalau ada apa2 hal malam ni call terus aku.... jadi aku sekarang on stanby mode.....

5 comments:

joegrimjow said...

smoge sentiasa ok!!

Mya said...

semoga bapa kamu cepat sembuh ya..

Chilabaey's Spot 2 said...

To: joegrimjow

Moga2 ok sentiasa... Insyaallah....


To: Mya

Tq... Doakan juga bapa saya ye.... :)

Wawa_Nadwa said...

owh masuk blk erk.

hm.
shian la kuar masuk spital.
semoga bapa kamu cpt sembuh.
=)

Chilabaey's Spot 2 said...

To: Wawa_Nadwa

Sekarang ni dalam wad lagi... dah 2 hari demam pulak... takut ada jangkitan... Doa kan bapa saya sembuh semula.... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...