Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

21 May 2009

Adoii... Penatnya Hari Ni....!!!

Baju rasmi duduk wad untuk bapa aku..... Nak ke...???
Hari ni badan aku penat betul.... penat giler2... Pagi2 lagi dah bangun untuk bawa bapa aku ke HUKM untuk menjalani CT Scan (untuk bahagian otak pulak).... bukan ada apa pun sebenarnya... susulan prosedur untuk rawatan bapa aku tempohari... semua part dalam badan dah buat cuma untuk kepala pulak belum lagi....
Tengah menunggu di luar wad Bahagian CT Scan Dan MRI... Muka kepenatan.....
Bapa aku tak kuat nak berdiri dan berjalan... so, aku kena angkat dan pimpin dia untuk ke wheel chair.... itulah rutin aku setiap hari... mak aku memang tak laratlah... dia pun tak lah berapa sihat.... Nasib baik aku sihat lagi.... tapi takut2 juga kalau tersilap angkat.... Aku tahun lepas pernah selama seminggu lebih lumpuh dan tak boleh bergerak.... sebabnya aku terbatuk semasa tunjuk ambil barang belakang kereta... time tu nak pergi kerja, panaskan enjin kereta.... nak ambil barang kat tempat duduk belakang, terbatuk, terus aku rasa pinggang aku macam kena cucuk dengan jarum besar kat bahagian tulang belakang.... sakit giler.... Allah saje yang tahu.... Kebetulan wife ada masa tu, sebab nak hantar ke office, mula2 tu dia macam tak percaya.... aku duduk dalam kereta menahan sakit, air mata dah mula meleleh menahannya... baru wife aku percaya.... terus dia bawa aku ke klinik... masa nak keluar dari kereta pun aku tak boleh berdiri tegak dan terpaksa dibantu.... bongkok macam orang bongkok 3.... sakitnya mak aii.... Doktor terus check apa yang patut.... dia bagi ubat muscle relection dan tahan sakit serta beberapa ubat lagi.... Sampai rumah, punyalah seksa... dahlah tingkat 10.... dari parking nak ke kereta rasa punyalah jauh.... dah macam nenek kebayan dah bila berjalan.... sampai atas.. terus baring.... nak luruskan badan pun tak boleh... buat perlahan2... sampai kaki dan badan lurus.... berdenyut2 pulak tu... rasa macam kena cucuk jarum berterusan.... aku dah macam2 fikir dah masa tu.... lumpuh kah aku untuk selama2nya.... tapi aku kuatkan semangat.... lawan juga sakit tu.... lebih seminggu aku terbaring kat katil.... semua diuruskan oleh wife aku.... dan jaga aku juga time tu kebetulan cuti sekolah, maka anak buah aku Izzat lah yang tolong aku untuk bangun ke, ke tandas ke... bangun untuk makan.... Lepas je naik rumah, aku call mak aku dulu bagitahu keadaan aku.... time tu mak aku punyalah menggelabah, mulalah dia call adik beradik aku suruh tengok aku.... dia bebel macam2 kat aku suruh itu, suruh ini dan macam2 lagi.... Siapa yang tak sayang anak... lagi satu aku sorang je anak lelaki, apa2hal nanti kat siapa lagi yang dia nak minta tolong..... Hampir 3 bulan baru aku betul2 baik seperti sediakala.... Pakai tongkat dekat sebulan setengah.... Jadi sekarang ni aku kena berhati2 semasa kerja2 mengangkat... tak kiralah angkat bapa aku ke atau mengangkat barang2 yang berat....

Ekspedisi Gunung Nuang yang tergendala.... Tapi 5, 6 bulan lepas tu aku berjaya juga pergi memanjat....

Aku ingat lagi, masa tu tinggal lagi seminggu untuk aku melakukan Ekspedisi Memanjat Gunung Nuang... Barang2 semua dah siap pack dah.... Bila dah jadi macam ni semuanya tergendala dan terpaksalah aku joint diaorang lain kali atau tidak sama sekali... Tapi lepas 5 ke, 6 bulan lepas tu aku akhirnya berjaya juga pergi memanjat..... Alhamdulillah....

Dalam hal bapa aku pulak, pukul 12.30 tengahari tu semuanya settle.... Sain apa yang patut dan aku, mak aku, adik aku dan terutamanya bapa aku bertolak balik ke rumah.... Yang tak bestnya, esok aku kena bawa bapa aku sekali lagi, ada appointment untuk di masukkan wad Urologi pulak sebelah pagi.... macam hari ini juga.... tapi kali ini bapa aku kena duduk wad sehari untuk pemeriksaan doktor.... Kalau seharilah... kalau tidak tidur semalam kat Wad Surgeri 3..... Letih badan bila teringat nak duduk wad.... Apa nak buat janji bapa aku sihat semula seperti sediakala..... Insya Allah....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...