Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

14 January 2010

Perjanjian Setan 3.... [AutoPublish]

Yang ni kesinambungan Perjanjian Setan 1 tempohari.... Tajuk macam best jer, padahal hal kerja.... Sebab aku pakai perkataan setan tu kerana ada peristiwa yang aku takkan lupa sampai bila2.... seorang kawan telah menipu aku tentang pembayaran.... Kisah 2 tahun lepas.... Aku ni suka buat projek2 luar, tapi takde kaitan dengan kerja aku di office.... Cari duit bayar hutanglah katakan.... Rezeki halal.... Member2 aku sekarang nilah yang gelarkan aku dengan mamat tu buat Perjanjian Setan sebenarnye.... Si Firdaus dan Bert....
Time tu first time bincang pasal projek di sebuah kedai mamak, mamat ni cerita punya cerita macam yang keluarkan duit tu dia... sebenarnya semua yang terlibat akan dibayar oleh pihak syarikat... aku mati2 ingatkan dia yang keluarkan duit untuk upah aku join dia dalam projek tu nanti..... Padahal member aku yang lain dah tahu dah hal ni, tapi memandangkan mamat ni poyo dan aku pulak tak tahu apa2, aku pun bersetuju.... Bila habis buat kerja tu selama 2 minggu, aku pun dapat bayaran yang dijanjikan, tapi ada satu lagi perjanjian aku dengan mamat tu, dia janji aku nak bayar separuh dari apa yang dia dapat kat aku.... Sebab sebenarnye yang buat kerja semuanye adalah aku.... Dari segi report dan lain2.... Hampeh...!!!! Itu pun bila member aku yang lain bagitahu hal yang sebenarnye.... Maknanye buta2 jer dia dapat duit tapi tak buat apa2 kerja pun.... Pemikiran aku senang, itu bermakna aku takde rezeki.....
Lepas tu sekali lagi tahun lepas 2009, perkara yang sama berlaku.... Tapi kali ni aku berhati2 dan taknak terjebak dengan dia..... Dia sebenarnye jenis malas dan mungkin tak faham dengan kerja yang akan dijalankan.... Tapi duit nak.... Bagi aku , aku akan buat kerja tu setakat mana yang akan dibayar.... Malas nak buat lebih2 nanti kena tipu lagi sekali lagi..... Projek tu berjalan dalam masa sebulan lebih, sampailah satu stage tu si mamat tu boleh taknak selesaikan kerja dia.... Ni dah nak final dah ni.... Data tak cukup, semuanye pasal dia suka melengah2kan masa semasa di site.... Bila maklumat tak lengkap, bila nak dapat payment..??? Tanpa pengetahuan dia (nak buat apa bagitahu, dia malas nak pergi pun), aku bincang dengan member aku yang lain, yang aku akan settlekan kerja dia di Kedah tu.... Tapi payment akan dibayar daripada bahagian dia nanti.... Bila sampai masa untuk kitaorang dapat payment masing2, pihak syarikat tak potong siap2 bayaran untuk aku.... Bila duit dah atas tangan dia langsunglah dia taknak bayar.... Alasan yang diberikan sebab tak bagitahu dia.... Bullshitlah.... Kalau aku tak pergi hari tu, confirm semua2 tak dapat payment dah... Boleh dia bagi alasan macam tu kat kitaorang..... Sekali lagi aku berfikiran positive, takde rezeki aku sebenarnye..... Start dari hari tu, aku dah berpatah arang dengan dia.... sebab keadaan dia macam (O*U) tulah aku tolong dia dalam hal2 kerja sebenarnye....
Tulah rezeki ada di mana2.... Tahun ni aku dengan member2 yang lain dapat lagi satu projek... Kali ni taklah banyak mana tapi bolehlah buat bayar hutang2 besar.... hehehehe.... Dan kali ini juga aku bertiga (Firdaus-Map Info/Data, Bert-Autocad/Data, Chilabaeys-Graphic/Final Work) sahaja yang akan buat projek ni.... Projek akhir tahun pihak kerajaan sebenarnye... Nak habiskan budget..... Alhamdulillah, rezeki tahun baru..... Projek kali ni makan masa selama 1 bulan setengah.... Tinggal lagi 3 minggu sahaja lagi untuk selesaikan.... Tapi kerja sekarang ni dah pun hampir 70% siap....
Time ni nak pergi meeting di Daerah Kuala Langat..... Bulan Disember tahun lepas.... Maklumlah entry tak ber update, macam nilah jawabnye... Cerita2 lama.... Aku bertiga pergi meeting pada hari tu....
So lepas ni, kalau korang masuk ke blog aku, tak update2 tu bermakna aku tengah sibuk sangat.... Tinggal 3 minggu jer lagi sebelum serahan kerja ke majlis.... Rasa tak cukup tangan sebenarnye.... Mana aku nak uruskan adik aku lagi, mak dan bapa aku lagi.... Adui, padat sungguh jadual aku kali ni.... Oklah setakat itu jer luahan hati aku selama ni.... Nasihat aku untuk semua, jangan tertipu dengan orang cacat... Tapi tak semuanye orang OKU sebegini , ramai juga yang baik2 dan pandai menyesuaikan diri... yang member aku ni memang hebat dalam hal2 kelepet......
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...