Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

31 October 2010

PERHATIAN : CONTEST CHILABAEY'S SPOT TELAH BERMULA...!!!


Terima kasih kerana masih setia dengan blog saya... Hari ni bermulalah Contest Chilabaey's Spot seperti yang aku war2 sebelum ini... Hadiah yang menarik telah aku sediakan... Dan untuk tahun ini aku akan sediakan 3 pemenang iaitu tempat pertama, kedua dan juga tempat ketiga.... Dan mungkin ada hadiah misteri kepada sesiapa sahaja yang mengikuti blog aku ni... Insyallah....

Sebelum hadiah2 ini diserahkan kepada setiap pemenang, pasti anda semua kena menjawab soalan2 yang telah aku sediakan dalam contest kali ini... Semua jawapan hendaklah mengikut syarat2 yang telah aku tetapkan sebelum ini.... Klik di ^SINI^ untuk melihat syarat2 tersebut sekali lagi... Oklah aku taknak membuang masa lagi, berikut adalah soalan2 yang telah aku sediakan untuk korang jawab dan dapatkan untuk Contest Chilabaey's Spot kali ini... SELAMAT MENCUBA.....

__________________________________________________________________________________

SOALAN PERTAMA

- Cuba teka dan namakan tumbuhan seperti di dalam 2 keping gambar di bawah....
- Tangkap/capture gambar tumbuhan tersebut seperti mana yang telah aku potretkan....

P/s : Aku tak kisah pakai kamera apa, janji sama anglenye... Kamera phone pun takpe...



Gambar Satu



Gambar Dua

* Klu : Tumbuhan berduri... Sakit kalau kena kulit... Tapi sakit lagi hati kalau tak kenal.... Kedua2 gambar tersebut adalah tumbuhan yang sama....

_________________________________________________________________________________

SOALAN KEDUA


- Pada pengamatan dan pemerhatian korang, sila berikan jumlah barangan Apple yang aku ada...???
- Sebutkan kesemua gadget tersebut...

* Klu : Ini memerlukan anda memasuki semula entry2 aku sebelum ini....

__________________________________________________________________________________

SOALAN KETIGA



- Restoran mana yang paling mahal dan menjadi salah satu favorite restoran oleh empunya blog...???
- Berikan lokasi restoran tersebut... Serta koordinat tempat tersebut.. (Takdelah, koordinat takyah...)
- Attach kan/disertakan satu gambar semasa aku berada di dalam restoran tersebut....

* Klu : Ini memerlukan anda memasuki semula entry2 aku sebelum ini....

_________________________________________________________________________________

SOALAN AKHIR


- Lengkapkan slogan ini :

BLOG CHILABAEY'S SPOT MENJADI BLOG PILIHAN SAYA (PADAHAL NAK MASUK CONTEST JER) SETAKAT INI KERANA ____________________________________________
(Suka hati koranglah nak taip berapa patah perkataan... Lagi bagus korang mengampu aku, lagi banyak markahnye... Tapi kalau terlebih mengampu pun, aku tolak markahnye juga.... Hehehehe....)...

Nota: Soalan terakhir ini adalah untuk tujuan menentukan pemenang akhir nanti sekiranye jawapan anda adalah sama dengan peserta lain....

_________________________________________________________________________________

PESANAN DARI PENAJA :

Itu sahaja soalan2nye.... Ada yang susah dan ada juga yang senangkan... Ambil masa, jangan terburu2, jangan kelang kalibut, jangan semput2.... Bawa keluarga pun boleh sambil santai2 mencari jawapan... Boleh balik kampung sambil intai2 apa yang ada disekeliling kampung... Yang penting boleh bersama2 keluarga anda... Jangan abaikan keluarga anda, lagi2 ibubapa anda... Tak cium bau syurga nanti....

Oklah selamat menjawab dan mencuba... Insyallah mungkin anda adalah pemenang saya... Good luck...!!! All the best 2 u wouulllsss.....!!!!


Tarikh Tutup Lama: 25 Oktober 2010 (Jam: 11.59 tengah malam)

Pindaan :
Tarikh Tutup Baru : 29 November 2010 (Jam: 11.59 tengah malam)


Click -SINI- untuk syarat2 contest
Click -SINI- untuk syarat2 kelonggaran soalan pertama

29 October 2010

Dinnerlah Konon... Lepas Tu....???


Jalan2 cari kolestrol lagi ni.... Minggu yang lalu, adik aku Anor macam biasalah bila dah lapar macam2 cadangan untuk pergi makan di luar.... Dan salah satu tempat cadangannye adalah di Carl's Junior... Lama juga aku tak ke sana, so kebetulan aku ada barang nak dibeli di One Utama maka bolehlah menyinggah sekejap di sana....



Korang tengoklah burger dia punyalah besar.... Memang puas hati sebenarnye bila makan kat sini.... Mahal sikit tapi berbaloi... Selalunye aku akan makan di Pavillion Kuala Lumpur, memandangkan jauh sangat, kita pergi tempat yang dekat2 sikitlah.... Padahal malas......



Dekat pukul 9.30 malam juga baru kita orang balik malam tu... Wife aku tak habis pun makan, siap tapaw bawa balik sebab dia kerjakan kentang goreng dengan sos daging kari ni... Ini pun dah mengenyangkan... Apatah lagi nak disumbat dengan burger yang besar tu, uisshhhh meletop perut nanti.... Tapi dalam ramai2 tu adik aku juga yang relaks dan steady jer makan.... Ishh... Ishhhh....


Lagi satu, contest aku akan berakhir tak lama lagi, bagi mereka yang masih mahu menyertainye bolehlah memulakannye dari sekarang yer.... Aku akan longgarkan syarat2 sekarang ni... Yang penting jawapan yang betul.... Selamat mencuba....


Dalam Busy2 Ni Sempat Juga Dipanggil Berseminar...!!!

3 hari lepas masa aku balik ke rumah mak aku dari Damansara, tengok kat work station aku ada sekeping surat untuk aku... Ada kawan aku kahwinlah ni.... Buka2 jer rupanye aku dijemput untuk mengikuti SEMINAR KESIHATAN WARGAEMAS UNTUK PENJAGA PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT.... Aku antara yang dipilih oleh Kementerian Kesihatan....



Dalam aku menguruskan bapa aku sekarang ni, ada juga keperihatinan warga kerja Klinik Kesihatan Telok Datok, Banting memberikan peluang untuk aku mengikuti Seminar seumpama ini... Ianya sangat2 penting bagi aku untuk mengetahui dan mendalami cara2 pengurusan warga emas seperti bapa  aku sekarang ni... Menurut nurse yang buat dressing bapa aku setiap hari di rumah, Seminar ni sangat2 berguna dan bukan semua orang akan dipilih mengikutinye... Mungkin aku ni glamour dan famous kot kat Hospital Banting hari tu, itulah sebabnye mereka berikan aku peluang sebegini....




Nasib baik seminar tersebut pada hari Sabtu ni.... Bukan hari bekerja, kalau tidak pasti kelang kabut aku ke sana ke mari dengan projek baru yang dah nak mula start ni.... Dan yang pentingnye seminar ini dibuat di Dewan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, dekat jer dengan rumah mak aku ni.... Masa memang menarik, setengah hari di dalam dewan...



Dan ini adalah aturcara semeinar tersebut... Yang sangat aku tunggu2 adalah dari pukul 10.45 pagi hingga 1.00 petang... 3 tajuk ini sangat2 penting untuk aku dan juga untuk bapa aku sebenarnye...  Dan dalam masa yang sama ianye perlu juga untuk pengurusan emak aku kelak... jadi takdelah kekok sangat nanti.... Seminar berakhir pada pukul 1.15 petang... Aku rasakan mahu lebih masa lagi ni.... Insyallah aku akan menghadirinye.... Terima kasih sekali lagi....

Alhamdullilah Berkat Doa Ibubapa Sebenarnye...!!!!

Salam 1 Malaysia semua blogger seantero dunia dan terutamanye semua followers ku yang tak kering gusi datang bertandang ke blog saya yang indah khabar dari rupa tuannye... Hehehehe... Selain tu juga Salam Jumaat dari aku yang beberapa hari ni terlampau sibuk ke hulu hilir membawa beg dokumen macam orang jual saham atau skim piramid jer.... 


Banyak urusan sebenarnye, dari Banting - Damansara - Shah Alam - Klang - Banting - Subang Jaya - Cheras - Damansara dan last sekali ke Banting semula.... Dah macam mengendalikan kes Dato' Sosilawati pulak rasanye... Keluar masuk pejabat kerajaan... Kejap2 dapat call dari pegawai kerajaan supaya datang meeting kat sanalah, kejap2 tu dapat call lagi supaya datang meeting kedua pulak petangnye... Macam semalam, langsung aku tak sentuh blog aku ni... Pukul 12.30 tenagh malam tadi baru aku free.... Maaf yer kalian semua, persediaan sebelum hidup ini sibuk selama 2 bulan... Hehehehe... Tapi Insyallah blog takkan dilupakan...


Pagi ni pun pukul 8.00 pagi aku ada lagi meeting dengan pegawai kerajaan di Kuala Langat ni untuk membincangkan skop kerja aku untuk projek seterusnye dengan mereka... Alhamdulillah semua tu adalah berkat doa ibubapa aku juga selama aku menguruskan bapa aku... Itu tidak dinafikan lagi... Walaupun aku masih bercuti tanpa gaji sekarang ni, rezeki aku masih lagi belum diputuskan oleh Allah... Dapatlah cover apa yang patut dan dapat sediakan barangan keperluan bapa aku.... Macam tulah kehidupan aku sebagai seorang anak lelaki tunggal.... Dalam masa yang sama, tanggungjawab aku pada lain juga perlu dilaksanakan... 

Doakan aku agar projek ni berjalan lancar yer.... Bila berjalan lancar, blog aku takdelah terabai sangat... Boleh bayangkan betapa sibuknye aku untuk 2 bulan ni nanti.... Syulur Alhamdulillah.....

28 October 2010

Dinner Kat TGI Friday's, Siapa Belanja Ni...???


Jangan ubah televisyen anda..... Maaf sebab gambar tak memuaskan... Lupa nak bawa kamera elok... Hehehehe... Pergi One Utama kejap layan kerenah wife aku dan melayan kehendak adik aku Anor.... Sambil2 tu jalan2 cari kolestrol lagi....


Inilah budak yang menjadi pencetus idea untuk makan kat sini.... Dan disokong penuh oleh wife aku.... Tapi kali ini wife aku pulak yang nak sangat belanja... Uissshhh rezeki jangan ditolak.... Kali ini aku bertiga makan di TGI Fridays One Utama lagi....



Memandangkan malam tu boleh pulak ramai yang makan kat sana, so tempat selalu akau dudk tu dah ada orang dah.... Port kali ni tak best sangat sebab dekat dengan tempat orang merokok dan agak gelap sikit.... So, sebab tak  bawa kamera infra red so kalau aku snap gambar hidangan dah pasti nampak macam mee bandung jer rupanye... Hehehehe..... Tapi takpe kalau korang nak juga apa yang aku makan, korang boleh layan entry aku dulu2 yer... Click di SINI...

27 October 2010

Inilah Orangnye Yang Ku Panggil Tuan...!!!!


Kalau nak tahu, inilah orangnye yang sering memanggil aku tuan dan juga sebaliknye.... Saudara Eqbal.... Seorang yang sangat peramah dan berperibadi.... Tidak sombong dan sering melakukan sesuatu untuk membantu rakan2 blogger.... Merupakan blogger tegar, entry2 beliau tak macam entry aku yang panjang berjela... Pendek tapi padat dengan gambar yang dipaparkan...

Pertemuan  pertama aku dengan Saudara Eqbal ni adalah di Majlis Ulang Tahun Cik Wanie tempohari.... Seorang yang ramah mesra.... kiranye mesra pelanggan gitu.... Boleh buat calon menantu dan suamilah yang baik ni kiranye.... Sepanjang majlis tersebut aku dengan Saudara Eqbal sahaja berborak berdua... Yang lain2 time tu aku tak berapa kenal.... Kalau dia takde petang tu mahu juga mati kutu aku dibuatnye.... Beliau merupakan orang kedua yang ingin aku jumpa selain dari Cik Wanie.... 


Alhamdulillah.... bertambah seorang lagi kawan2 aku di dunia ini.... Thanks sekali lagi pada Cik Wanie sebab menjemput ke  majlis tersebut.... Kalau tak, tak jumpa dengan Saudara Eqbal ni.... Saudara Eqbal a.k.a Tuan....

Tahniah juga diucapkan kepada beliau sebab beliau telah berjaya menyambung pengajiannye untuk peringkat seterusnye iaitu PhD di UPM... Dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.... Bagi mereka yang dah memang ada PhD (Perasaan Hasad Dengki) tu jangan nak jeles dengan beliau yer... Kalau PhD yang satu lagi tu takpe... (PhD = Perut Hala Didepan)...

Moga kita dapat bersembang lagi lepas ni.... Tuan, Mengopi Jom....!!!!


26 October 2010

Bila Professor Mengajar.... Apa Harus Kita Bincangkan...???


Bila Prof masuk mengajar, apakah topik yang boleh kita bincangkan....??

Topik hari ini berkisarkan tentang kepentingan pendidikan dalam hidup seseorang di zaman ini... Pendidikan sangat2 penting untuk setiap orang buat masa ini... Wang ringgit tidak menjadi halangan untuk mereka yang mahu belajar... Banyak saluran kewangan untuk tujuan pendidikan... Di antaranye adalah seperti Pinjaman MARA dan PTPTN... Macam aku dan adik aku dulu, Alhamdulillah abah aku tidak benarkan aku buat sebarang pinjaman... Semuanye dari duit titik peluh semasa bekerja dahulu... Dari yuran pengajian sehinggalah duit belanja makan bulanan... Time tu abah aku masih bekerja...


Dan bila zaman adik aku yang bongsu pulak masuk belajar di UiTM, cara pengurusan wang berbeza... Pinjaman MARA terpaksa dibuat, salah satu sebabnye adalah kerana yuran meningkat dan kos hidup semakin bertambah... Nak harapkan abangnye tu bolehlah, tapi banyak komitmen lain yang perlu dijelaskan... Setakat duit belanja tu bolehlah... Hehehehe.... Tapi sebenarnye dengan membuat sesuatu pinjaman itu, bagi aku ianya satu jaminan untuk pelajar itu untuk terus belajar, sebabnye adalah mereka perlu rasa satu tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman telah dibuat... Jadi takdelah terasa sangat nak main2 semasa belajar... 

Tidak seperti segelintir pelajar yang ibubapanye kaya raya, belajar ini boleh dianggap suka2 sahaja untuk mengisi masa terluang dan juga malas nak dikongkong ibubapa jika mereka berada di rumah... Ini adalah untuk mereka bebas dari segala2nye.... Tapi ada juga segelintirnye yang datang dari keluarga yang susah, tidak mahu belajar dengan penuh tanggungjawab disebabkan Culture Shock... Mereka terasa terlalu bebas ketika masuk IPTA dan berjauhan dengan keluarga... Mereka mendapat tempat yang baru, cara hidup yang baru, kebebasan yang baru dan segalanye sesuatu yang baru... 


Segala yang aku bincangkan tentang topik kali ini sebab aku mempunyai pengalaman, bukan diri aku tapi orang2 sekeliling aku dulu... Dan juga dikalangan kawan2 aku juga....


Contoh Satu :

Aku ada seorang kawan ni, masa belajar sanggup masuk dalam bonet kereta pakwe dia semata2 untuk keluar dari asrama... Pergi mana aku tak pasti.... Budaknye cerdik... Akhir sekali tak sambung belajar dah... Berhenti sekerat jalan... Padahal dah semester akhir... Ini aku katakan Culture Shock...


Contoh Dua :

Masih di kalangan orang keliling aku, dari sekolah menengah lagi perangainye tak boleh ada orang lebih... Kalau handphone silih berganti... Kalau kawan dia pakai HP yang mahal sikit, pasti tak lama lagi dia akan tukar kepada yang lebih baru dan mahal lagi.... Masalahnye mana datangnye duit, pasti mak dan bapa dia... 

Dari segi pakaian pun sama, brand bukan calang2... Untuk apa aku tak pasti sebab kalau dicomparekan dengan pendapatannye memang kena... Sebab masih belajar lagi..... Yang penting branded... Boleh menunjuk2 kat kawan... Mana datangnye sumber kewangan? Mak bapaknye juga...  Ini juga aku katakan Culture Shock... Lebih2 lagi bila dah datang ke KEEYYY EELLLL.. Nak jadi orang KL kononnye.... Aku yang IC KL pun takde pun macam tu....


Contoh Tiga :

Pendidikan awal selalunye bermula dari rumah dan ibubapa kita sebenarnye.... Ada juga ibubapa yang tak pentingkan pendidikan anak2... Bila dah hantar ke sekolah, semua itu adalah tanggungjawab guru... Bila sampai waktu exam, mak bapa hanya nakkan anak2 mereka lulus dengan cemerlang... Apa yang anak2 mereka lakukan disekolah tak ambil tahu... 

Dihantarnye ke pusat tuition, yuran bayar katanye tapi masuk ke tidak, itu tak pasti... Mak bapak tak ambil kisah... Yang paling best, masa SPM boleh tak pergi exam... Bila keputusan keluar, boleh pulak katakan anaknye LULUS DENGAN BANGGANYE.... Boleh berpakat dengan anaknye untuk sorokkan keputusan... Apa sebabnye...??? Pasal MALU.... Pasal pernah berkata yang dia boleh jaga anak dia dengan baik....

Bagi aku bila seorang ibubapa itu telah mengalami kehidupan yang susah, tiada peluang untuk belajar dulu, kita perlu menekankan pendidikan anak2 supaya anak2 ini dapat peluang belajar di masa akan datang... Bukannye menyuruh anak2 ini merasakan kesusahan seperti yang telah mereka lalui dulu... Sepatutnye membimbing anak2 ini ke arah yang lebih baik dari kehidupannye sekarang ini.... Ini tidak diajar dengan duit, budak bila dah leka dengan duit, leka dengan barang2 yang mahal2 pasti dalam hatinye untuk belajar akan kurang... Atau dalam hatinye langsung tak memikirkan tentang belajar.... Mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan duit membeli sesuatu yang dihajatinye.... Caranye...?? Macam2 cara, samada jalan yang lurus atau jalan yang bengkok...


Oklah setakat itu jer contoh2 untuk kali ini, banyak lagi contoh2 lain yang hendak aku katakan untuk topik kali ni... Mungkin aku akan sambung pada entry yang lain pulak.... Dan bagi ibubapa yang mempunyai anak2 masih kecil, dan juga untuk diri aku sendiri yang masih belum ada rezeki anak ini, kita renung2kanlah bersama yer.... 

Macam aku, anak2 buah merupakan anak2 aku buat masa ini, cara aku mendidik, cara aku sampaikan, cara aku mempengaruhi pemikiran mereka semuanye berlandaskan pendidikan jangka panjang.... Sebab zaman kita sekarang pun kita dah terasa kepayahannye, bagaimana pula zaman mereka akan datang....???? Bersaing pula dengan bangsa lain di Malaysia ini.... Berapa ramai pulak graduan2 dari IPTA dan IPTS tempatan yang keluar setiap tahun?? Saingan siapa yang bagus akan berlaku, anak2 kita nanti macamana sekiranye tiada diberikan pendidikan...??? 

Ini cuma pendapat akulah...!!!!

25 October 2010

Pengumuman Yang Sangat2 Penting Ni....!!!!


Tinggal 5 hari lagi tarikh tutup Contest Chilabaey's Spot akan berakhir... Ramai yang merungut tentang soalan Pertama yang aku berikan... Soalan tersebut adalah menguji kepekaan persekitaran anda sebenarnye.... Walaupun tugasnye mudah iaitu teka nama tumbuhan tersebut tetapi yang susahnye untuk mendapatkan angle gambar seperti yang aku capture... Yang di atas ni bukan soalan tambahan yer... Ini adalah gambar dari angle lain...

Ramai yang berminat nak join contest aku ni, tapi bila baca soalan pertama sahaja ramai yang dah surrender sebab tumbuhan ini sukar dicari.... Tapi bagi aku kalau jawapannye betul, pasti lokasi tumbuhan ini dapat dicari dengan mudah... Bagi jawapan yang betul tau....!!!

Oklah disebabkan Contest ini mendapat sambutan ramai, maka dengan ini aku akan melonggarkan sedikit syarat2 yang telah diberikan dahulu.... Untuk korang merasakan keselesaan, takde tension2, untuk korang dapat menjaga keselamatan diri, takde yang nangis2 sambil hentak2 kaki atau nangis guling2.... Di bawah ini adalah syarat2 yang telah dilonggarkan untuk beberapa inchi :

Kelonggaran Syarat Untuk Soalan Pertama :

1.  Gambar boleh diperolehi dari mana2 sumber, tidak kiralah dari mana korang boleh 
     dapat gambar tersebut.. Kawan korang punya ker, curi dari dari mana2 saluran ker... 
     Yang penting anglenye lebih kurang sama dan jelas...
2.  Satu sahaja gambar pun sudah memadai... Tapi advantage pada mereka yang memperolehi 
     kedua2 gambar tersebut... 
3.  Yang penting jawapannye mestilah betul... Sebab aku akan menilai juga untuk jawapan 
     pada soalan2 yang lain...

So, dengan syarat2 yang telah dilonggarkan ini, aku harap korang bolehlah join contest aku ini dengan gumbira yer... Kesian korang, sanggup berjalan mencari tumbuhan ini, ada tu siap tak mandi lagi... Basuh2 muka dah keluar mencari jawapan.... Dari saham tengah tinggi, tiba2 saham jatuh merundum pulak nanti... Hehehehe...

Oklah selamat mencuba yer....

Ini Senyum Ke Sengih....!!!!


Ini gelagat anak buah aku Si Melly.... Kalau dia datang rumah macam2 perangai dia buat... Lagi2 kalau depan kamera... Pantang nampak kamera ada sajer gelagatnye yang menceriakan...




Time ni aku suruh dia senyum... Tapi dia bagi aku muka macam ni... Tak pasti senyum ker senyih.... Hehehehe.... Macam senyum terpaksa pun ada... Macam terlebih senyum pun ada....


Tapi bagi aku ini bukan senyum sebenarnye, tapi terlebih sengih... Betul tak kengkawan... Apa2 pun aku sayang sangat dengan anak buah aku seorang ni.... Yang lain2 pun sayang juga, tapi masing2 dah besar.... Dan kepala pun dah besar juga... Hurmmmmm.... Didikan dari siapa aku tak pasti.... :(

23 October 2010

Kalau Datang, Mesti Aku Ke Bilik Setan Ni....!!! Alaaaa Kejap Jer....


Tiap kali aku ke tempat ni mesti aku singgah menyetankan diri di bilik setan ni.... Alaaaaa toilet di Isetan lah.... Toilet VIP untuk member Isetan.... Punyalah grand toilet dia, dah macam toilet hotel.... Korang layanlah gambar2 dalam toilet yang aku rakamkan... Yang tukang tangkap korang abaikan, sebab dia dah lepas hajat dah... hehehe....




Aku rajin ke toilet ni kalau wife aku buat facial SKII dialah... Dari duduk saje2 menunggu sejam setengah, mulalah otak tu nak ke toilet ni jer.... Kadang2 tu 3-4 kali aku masuk.....



Kelas kan toilet ni... Sebelum masuk ke dalam ni siap ada reception lagi kat luar pintu... Cuma kita kena tunjukkan Member Card Isetan dulu sebelum masuk.... Kalau tak dia tak bagi masuk.... Itulah kemudahan untuk pemegang card Isetan ni... Kalau korang nak masuk takde member card pun boleh tapi kena bayar RM5 sekali masuk.... Nah ambik engko mahal giler.... Baik buat makan lagi bagus.....

Ambil Perhatian Semua, Tarikh Baru Yer Tuan2 Dan Puan2...


Salam 1 Malaysia dan Salam Jumaat... Kejap jer dah pun berada di minggu ke-3 kita di bulan Oktober... Dan dalam masa yang sama juga Contest Chilabaey's Spot juga akan sampai tarikh tutupnye.... Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan... Tak sangkalah pulak....

Atas permintaan daripada beberapa followers tegar aku melalui email yang menyatakan mereka berminat untuk join contest ni tapi tak mempunyai masa yang banyak sebab contest yang aku anjurkan ini sebab melibatkan kerja lapangan/outdoor.... Tak aku nafikan, dan atas permintaan mereka ini dengan secara ikhlasnye aku akan melanjutkan lagi tempoh contest ini.... Ianya agar dapat memberikan ruang dan masa yang lebih lagi untuk mereka mencari jawapan yang betul.... Berikut adalah tarikh tutup yang baru :

31 Oktober 2010 (Ahad) Masa : 11.59 malam

Sekian terima kasih dan ikhlas dari saya Chilabaey's Spot...


21 October 2010

Update Entry : Kalau Ikutkan, Aku Memang Dah Pengsan...!!!!


Hari Yang Melampau Penatnye... Minngu ni aku tersangat2lah penatnye... Ni pun balik rumah aku kejap di Damansara sebab ada meeting di SUK Shah Alam.... Dalam 4 hari ni inilah jadual aku :


KHAMIS (14 Okt)

8.00 pagi - Dari Banting ke Damansara ada urusan projek baru....
3.00 petang - Dari Damansara ke Shah Alam ambil adik aku Anor... Bawa balik Banting....
                      Dalam perjalanan singgah di beberapa tempat lagi untuk urusan kerja....
6.00 petang - Sampai Banting....

JUMAAT (15 Okt) 

12.00 tengahari - Dapat panggilan dari office di Cheras, kena ambil dokumen dan surat projek....
5.00 petang - Uruskan dulu abah aku di rumah sebelum tinggalkan mak aku dengan adik aku...
7.00 malam - Masih berada di KESAS Highway, jam teruk dari Shah Alam....
9.00 malam - Sampai  Cheras, sebab nak jumpa bos ambil surat projek Kuala Langat....
9.30 malam - Baru dapat jumpa sebab boss pun jam juga di Federal Highway....
10.30 malam - Balik ke Damansara...

SABTU (16 Okt)

8.00 pagi - Hantar wife ke Fitness First ada kelas senaman.... Aku..???
                  Duduk sambil merangka kerja2 untuk projek terbaru guna iPhone...
10.00 pagi - Kelas erobik wife aku habis...
10.30 pagi - Ke bank2 yang terdekat untuk uruskan pembayaran bulanan....
11.15 pagi - Berada di Sungai Buloh, pergi beli barang dapur di kedai borong sambil
                    belikan makanan ringan untuk anak buah aku Melly....
12.30 tengahari - Sampai di rumah adik aku Azu (Mak Melly) jumpa anak buah kejap
                            sambil makan tengahari... Aku belikan nasi kukus dengan ayam berempah....
2.00 petang - Balik semula ke rumah sebab nak settlekan kerja yang melambak...
5.00 petang - Wife aku ke Shah Alam ada apointmnet dengan kakak ipar aku...
9.30 malam - Sepupu aku datang rumah dari Kuala Kubu Bahru...
11.00 malam - Sepupu aku balik ke Kuala Kubu Bahru....


Fitness First di Curve.... Ada hantu join sekali....

AHAD (17 Okt)

10.00 pagi - Settlekan kerja2 yang tak siap2.... Nak guna untuk hari Isnin ni...
12.30 tengahari - Ke Uptown Damansara untuk beli makan tengahari dan ke bank...
1.30 petang - Balik ke rumah dan makan tengahari...
2.30 petang - Sambung semula kerja.... Sambil2 tu tunggu call dari bos untuk ambil satu lagi
                      dokumen yang tak siap2 dari dia....
6.00 petang - Ke Ikano Power Centre dan Curve untuk cari barang keperluan abah dan mak aku...
                      Kebanyakkannye barangan hospitality abah aku.... Sambil tu makan2 dengan
                      wife aku....
9.30 malam - Pergi ke Klang untuk hantar something kat member aku Bert...
11.00 malam - Balik ke rumah di Damansara...


ISNIN (18 Okt)

9.00 pagi - Hantar wife ke office di Damansara Perdana....
10.30 pagi - Ke bengkel kereta sebab malam tadi baru perasan ada minyak gearbox leaking...
                    Budak bengkel hantar balik rumah, nanti dah siap dia hantar kereta semula...
11.00 pagi - Sambung kerja sambil tunggu kereta bila nak siap...
4.30 petang - Dapat call yang kereta dah siap dah... Turun kat basement ambil kunci....
5.45 petang - Pickup wife aku di office.... Terus ke Curve pulak survey camera baru....
7.00 malam - Masih menunggu panggilan dari office Cheras....
9.00 malam - Balik ke rumah....


Budak bengkel tengah mengerjakan kereta aku...


SELASA (19 Okt)

9.00 pagi - Tunggu panggilan dari bos di Cheras untuk ambil dokumen... Sambung kerja balik....
3.00 petang - Dapat call dari office Cheras, ambil dokumen pukul 9.00 malam.... Hampeh....
9.30 malam - Drive semula office Cheras....
12.00 tengah malam - Bertolak balik ke Banting sebab adik aku Anor ada
                                   kelas esoknye pukul 9.00 pagi....
1.15 pagi - Sampai di Banting... Semuanye dah tidur...

RABU (20 Okt) - Hari Ini...

5.20 pagi - Bangun dan terus uruskan keperluan abah aku... Tukar pampersnye, lap badannye,
                  sedut kahaknye dan macam2 lagi...
6.00 pagi - Berikan susu harian pada abah aku....
6.45 pagi - Panaskan enjin kereta....
7.00 pagi - Bersiap untuk ke UiTM Shah Alam hantar adik aku Anor...
8.10 pagi - Sampai di asrama adik aku di Sek.7, Shah Alam... Jam teruk di Klang...
8.40 pagi - Hantar adik aku ke dalam UiTM....
9.30 pagi - Meeting dan jumpa seseorang di Bangunan SUK Shah Alam...
10.30 pagi - Bertolak ke Damansara nak ambil sesuatu...
11.00 pagi - Hantar kereta cuci kejap... Dapat call yang meeting untuk petang ni batal,
                    postpone esok pagi... Bagus.... Boleh repair lagi kerja....
2.00 petang - Baru sampai rumah aku di Damansara... Malam ni balik semula ke
                      Banting sebab esok ada meeting dengan Majlis Daerah Kuala Langat
                      pukul 9.00 pagi....

Sambung....


3.30 petang - Boleh pulak demam kejap... Ish.. Ishhh....
6.00 petang - Wife balik ajak keluar, alaaa aku tak laratlah.... Order makan kat restoran bawah jer...
8.30 malam - Bertolak balik ke Banting, tapi sebelum tu singgah ambil adik aku Anor di Shah Alam...
9.15 malam - Sampai Shah Alam ambil Anor, singgah kedai printing kejap sbb nak print A1 saiz...
9.40 malam - Bertolak balik ke Banting.... Singgah Maybank kejap...
10.30 malam - Sampai rumah mak aku...
12.30 tengah malam - Pengsan.....



Sementara menunggu boss datang, snap sekeping dua berlatarbelakangkan Bangunan SUK...


Balik dari SUK terus singgah basuh kereta kejap di Kampung Penchala...

Macam tulah jadual aku sejak beberapa hari ini... Kalau ikutkan mahu pengsan aku hari ni... Macam tulah nak cari rezeki dan juga menjaga tanggungjawab aku untuk semua... Tiada siapa yang nak tolong aku sebenarnye..... Oklah.... Bubai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...