Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

Showing posts with label Pemergiannye Tetap Dikenang..... Show all posts
Showing posts with label Pemergiannye Tetap Dikenang..... Show all posts

25 August 2014

Video Tribute Dari Aku Buat MH17.... Sedih Dan Sayu Di Hati...


Malaysia telah dikejutkan dengan Tragedi MH17... Di mana pesawat MAS telah ditembak jatuh oleh pihak yang tengah bergolak di Ukrine... Masih dalam siatan siapa yang harus dipertanggungjawabkan... 43 mangsa pesawat dari Malaysia terlibat... 

Sangat2 menyedihkan, tragedi MH370 masih menjadi tanda tanya, tak lama selepas tu tragedi MH17 menyusul.. Tapi Alhamdulillah dengan kebijaksaan Kerajaan Malaysia dan Kepimpinan PM kita, segala urusan sekarang berjalan lancar sehinggalah 23 jenazah penumpang MH17 selamat dibawa pulang dan sebahagiannye telah pun disemadikan dengan tenang di tanahair Malaysia...

Sebak dan sayu masih lagi terasa apabila jenazah pertama dibawa turun dari pesawat khas MAS... Dan saat2 bertafakur selepas jenazah terakhir dimasukkan ke dalam van khas jenazah terus sayu dan berlinang airmata ketika itu... Selama seminit rasanye bagaikan tidak cukup untuk disedekah kepada jenazah terbut... Oleh itu kita sedekahkanlah Surah Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam...

Di sini aku sediakan video Tribute To MH17 buat semua keluarga mangsa pesawat malang MH17 untuk tatapan korang semua... Salam takziah diucapkan....



Tribute To MH17 (Batch 1)


05 July 2014

Hilangnye Seorang Lagi Biduanita Negara... Al-Fatihah...


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Perginye seorang bintang yang bekerdipan di langit...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.


ASTRO AWANI

--------------------------------------------------------------------------------------------------

.....Al-Fatihah.....



29 April 2014

Kalau Arwah Abah Ada, 75 Tahun Umurnye Tahun Ni...Al-Fatihah...


Hari ni genap 75 tahun umur Arwah Abah aku... Tapi beliau dah meninggalkan aku dan family selama 3 tahun dah... Moga Arwah Abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan menjadi ahli syurga... Insya Allah...

HAJI ZAINAL BIN HAJI OSMAN
1939-2011 (Pada Usia 72 Tahun)

- AL-FATIHAH -


29 April 2013

Selamat Hari Lahir Buat Arwah Abah... Rindu Sangat2....!!!


Hari ni genap 74 tahun umur Arwah Abah aku kiranye beliau masih ada lagi di muka bumi ini... Tapi apakan daya Allah lebih menyayangi beliau... Dan tahun ini arwah telah meninggalkan kami sekeluarga selama 3 tahun dah... Sekejap jer masa berlalu... Tak puas rasanye membela dan menjaga beliau... Sangat2 rindu pada abah... Hanya Surah Yaasin dan Al-Fatihah sajer yang dapat aku hadiahkan tahun ini dan tahun2 mendatang... Moga Arwah Abah diletakkan dikalangan ahli Syurga dan dikalangan orang2 yang beriman... 



Al-Fatihah buat Arwah Abah 
Haji Zainal Bin Haji Osman...



07 February 2013

Seorang Lagi Bintang Tanahair Meninggalkan Kita...


Salam 1 Malaysia semua... Semalam dapat perkhabaran dari rakan2 FB tentang pelawak veteran tanahair kita iaitu Datuk Yahya Sulong... Perginye seorang bintang yang telah lama menghiasi dan menggembirakankan kita selama ini....

"Takziah diucapkan kepada keluarga pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.45 petang tadi kerana sakit tua. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman."

Bila pandang arwah Datuk Yahya Sulong, aku akan teringat sangat tentang arwab abah aku... Rupanye iras2 arwah abah aku dulu... Dan selalu juga aku bergurau dengan arwah abah, yang menyatakan arwah abah aku sedang berlakon di TV bila ada sahaja cerita2 lama berkaitan dengan arwah Datuk Yahya Sulong ni... Suatu kenangan yang tak dilupakan...

Al-Fatihah buat kedua2nye...



04 May 2012

Bob Kuman Selamat Dikebumikan... Al-Fatihah...


Akhirnye seorang lagi bintang lawak tanahair pergi meninggalkan kita buat selama2nye... Pemergiannye amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia... Itulah di Allahyarham Husni Mohd Rawi atau dikenali sebagai Bob Kuman... Berikut adalah artikal mengenai beliau yang telah pun selamat dikebumikan hari ini... 

SEREMBAN: Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang semalam. 
Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. 

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.
Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam tadi.
Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik. 

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas. 
"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon. Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya. 

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan. 
"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - BERNAMA


Moga roh beliau dicucuri rahmat dan kebaikan... Insyaallah...

Al-Fatihah



03 May 2012

Perginye Seorang Bintang Lawak Tanahair... Sedihnye...


Sedih bila dapat tahu yang Bob Kuman telahpun meninggal dunia untuk selama2nye... Itu dari bingkisan dan info wartawan kita En. Mazidul Akma Sidek di Facebooknye... >SINI<

Allahyarham meninggal pada jam 4.38 minit petang tadi di kediamannye di Kota Damansara... Hilang seorang lagi bintang tanahair kita... Semoga beliau diletakkan di kalangan ahli syurga... Insyaallah...

...Al-Fatihah... 

Buat Arwah Husni Mohd. Rawi a.k.a Bob Kuman..


29 April 2012

Selamat Harijadi Buat Arwah Abah Ke-73 Tahun... Al-Fatihah...


Hari ni merupakan harilahir arwah Abah aku, Haji Zainal Bin Haji Osman yang ke-73... Hari ini juga merupakan tahun ke-2 aku sekeluarga tidak dapat menyambutnye... Arwah Abah meninggal pada 6 April 2011 iaitu 23 hari lagi dari tarikh lahir beliau... Sangat2 sedih... Lagi2 sudah hampir pada tarikh lahirnye ketika itu...


Sempena harilahir beliau hari ini, tiba2 jer pukul 2.30 pagi tadi aku terjaga dan teringatkan Arwah Abah... Bangun mandi dan terus bacakan Surah Yaasin untuk disedekahkan buat Arwah Abah.... Dan sebenarnye untuk menenangkan hati ini yang sayu merindui beliau...





Moga Arwah Abah tenang dan diletakkan dikalangan ahli Syurga... Terima kasih Abah sebab membesarkan dan mendidik kami dalam mengharungi segala liku2 di dunia ini... Moga kita akan bertemu kembali... Selamat Harijadi...

Al-Fatihah buat Haji Zainal Bin Haji Osman
(April 1939 - April 2011)


18 January 2012

Perkhabaran Yang Memeranjatkan Aku Pukul 3.00 Pagi.....!!!!


Terperanjat betul aku pukul 3.00 pagi tadi bila aku buka Facebook... Tengok status kawan2 lama time sekolah menengah di Banting dulu... Sekali ada status dari family sahabat lama aku di wall beliau yang menyatakan bahawa sahabat baik aku telah pun meninggal dunia pada 14 Januari 2012 lalu... Dan telah disemadikan pada 16 Januari 2012.... Mula2 tu ingatkan family beliau yang meninggal, bila baca betul2, tersentap terus hati aku.... Beliau yang dimaksudkan adalah Anushya Silvasingham... 


Beliau merupakan sahabat baik aku semasa aku di tingkatan 1-3 di Sekolah Sultan Abdul Samad, Banting... Sangat2 baik orangnye, suka tersenyum dan suka tolong kawan2... Tak pernahlah aku bergaduh ke aper dengan dia ni... Aku suka kacau2 dia semasa sekolah dulu sebab dia pun 2 kali 5 dengan aku... Gile2 remaja... Yang kurang betulnye aku, dia ok ajer...


Yang paling kanan sekali adalah dia dan yang paling kiri sekali adalah aku di dalam gambar di atas...

Aku rapat dengan dia semasa sama2 jadi pengawas sekolah dulu... Sebab dalam geng pengawas ni banyak aktiviti dijalankan, so banyak jugalah masa yang terluang dengan kawan2 dan terutamanye beliau... Sebab kematian masih belum aku ketahui lagi dan masih bertanya khabar berita dari kawan2 lama... Sedih hati aku bila teringat akan berita yang memeranjatkan ni... Sangat2 terkejut.... Sebak rasanye hati... Apa2 pun selamat tinggal sahabat ku buat selama2nye.... 

06 October 2011

Perginye Wira Teknologi Bagi Diri Aku.... Steve Jobs....!!!


Perginye seorang wira teknologi di dunia ini hari ini.... Setelah beberapa tahun struggle mengharung penyakitnye namun hari ni terasa pemergiannye.... Walaupun aku takdelah nak mengagungkan mat salleh ini, tapi cara pemikiran dan kecanggihan teknologi yang dibawanye amat aku kagum... Suatu pemikiran yang sukar untuk diramalkan oleh orang lain....


Terkejut juga aku hari bila aku bukan website Apple tetiba keluar gambar di atas... Terus Google... Akhirnye mati juga dia.... Memandangkan aku merupakan pengguna barangan Apple... Dari iPhone, iPod, iMac, iPad dan iShiteru serta beberapa lagi barangannye membuatkan aku bangga tentang teknologi yang dihasilkan.... 

Apa2 pun terima kasih buat Steve Jobs kerana memperkenalkan kepada aku tentang kecanggihan di luar batasan pemikiran.... Thanks again....


06 August 2011

Berita Yang Mengejutkan Aku....!!!!


Salam Sabtu dan Salam Ramadhan.... 2 hari lepas aku mendapat tahu satu berita yang mengejutkan aku iaitu tentang pemergian ke Rahmatullah seorang lagi insan yang banyak berjasa dengan family aku dan terutamanye Arwah Abah aku iaitu anak angkat abah aku Syafik....

Budak dalam yang berada di sebelah kanan gambar yang aku maksudkan.... Mereka ni student praktikal di Hospital Banting dulu dan selalu ditugaskan untuk menguruskan Arwah Abah aku semasa di wad.... Mereka memang berdedikasi dan tak seperti student2 lain.... Sehingga Arwah Abah aku dah keluar wad pun mereka minta kebenaran dari lecturer mereka untuk datang menguruskan Arwah Abah aku dari segi mandi dan dressing abah aku.... Inilah sahaja gambar yang aku ada dalam simpanan.... 

Syafik ni berasal dari Johor, umur baru 20-an dan meninggalnye beliau kerana menghidapi Kanser Tulang... Pada akhir hayatnye sempat juga beliau menelefon mak aku menyatakannye sendiri bahawa dia sekarang pada tahap ke-4.... Dan seminggu sebelum beliau meninggal, sekali lagi dia menelefon emak aku dan memberitahu yang beliau sangat rindu dengan emak aku.... 

Dan yang terkilannye sepatutnye mak aku telah bercadang untuk melawatnye di Johor, tapi apakan daya umurnye tak panjang... Itu pun setelah diberitahu oleh kawannye kepada mak aku bahawa dia telahpun meninggal... Patutlah mak aku call tak berjawab2 dan susah sangat nak dapat.. 

Moga semua budi dan baktinye dengan family aku dapat pahala yang setimpalnye dan aku doakan moga roh beliau berada di kalangan ahli Syurga.... Al-Fatihah buat Arwah Abah aku dan Arwah Syafik.... :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...