Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

Showing posts with label Pemimpin Negara. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin Negara. Show all posts

13 December 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad... Jasa Mu Tetap Dikenang Sampai Bila2... Part 2...



Aku kalau pemimpin lain kurang sikit nak involve... Tapi kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad ada, sangat2lah teruja... Tak kiralah jaga bahagian mana sekali pun... Time Tun Mahathir tengah memberikan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) atas anugerah yang diberikan...



Sebahagian makan tengahari kitaorang di majlis tersebut... Sedap2 semuanye...



Pelbagai ucapan nasihat dan kata2 yang memberikan peransang kepada kami sebagai Perancang Bandar di Malaysia ini dalam mencorak pembangunan sediada dan juga akan datang... 


Yang berada di sebelah kiri tu adalah Presiden MIP... Dan yang sebelah Tun Dr. Siti Hasmah tu pulak adalah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan...


Dalam mana2 majlis yang pernah aku attend setakat ini, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sentiasa dalam keceriaan dan terdapat gurau senda sesama mereka... Suka sangat tengok mereka...


Ini merupakan barisan orang2 kuat MIP... 


Dif-dif kehormat yang dialu2kan...


Barisan committee penting dalam Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)...


Ada jugak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan di atas buku Tun Dr. Mahathir Mohamad.... Nasib baik aku tak bawa buku beliau... Kalau tak dah sure aku pun sama macam budak ni.... 


Selesai sessi bergambar, Tun Dr. Mahathir beransur balik sebab beliau ada satu lagi event yang perlu dihadiri... Tapi sebelum balik, ada sessi Sidang Akhbar untuk majlis ini... 



Tun Dr. Mahathir Mohamad masih steady lagi.... Tapi Tun Dr. Siti Hasmah agak kurang sihat...





Apa2 pun terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah atas pengorbanan dan jasa mereka dalam menjaga dan membangunkan negara kita Malaysia...


Yang ini merupakan member UiTM aku dulu... Kat sinilah baru dapat jumpa sebenarnye... Kalau takde event2 macam ni, haram nak berjumpa... 


Selesai tugas yang tak seberapa dari aku untuk Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2012 dan juga Majlis Penyampaian Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kali ini...


12 December 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad... Jasa Mu Tetap Dikenang Sampai Bila2... Part 1...


Ini kisah bulan lepas sebenarnye.... Baru terhegeh2 nak update... Ini merupakan kali pertama aku dapat mengambil gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah 8 tahun beliau bersara.... Aku terlibat secara langsung sebagai  committee dalam majlis tersebut... Tapi bahagian media...



Majlis ini adalah untuk menyampaikan Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai membalas jasa beliau dalam membangunkan negara kita Malaysia ini...



Ini pada pagi sebelum majlis tersebut berlangsung... Masih banyak lagi yang perlu diuruskan oleh semua committee... Masing2 mempunyai tugas yang telah diamanahkan...



Yang ini adalah boss aku di Cheras... En. Halim Ahmad... Boss yang paling senang berurusan setakat ini... Dia juga committee kuat dalam majlis tersebut....


Ucapan dari YB Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan...



Sampailah masanye penyampaian Anugerah Penaung Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang ditunggu2... Dalam masa yang sama makan tengahari juga disajikan... Majlis yang berlangsung di Renaissance Hotel Kuala Lumpur memang berprestij... So aku sebagai salah seorang committee agak rasa berbangga jugaklah sebab dapat berkeliaran dalam dewan ini untuk mendapatkan angle2 yang menarik semasa majlis tersebut berlangsung...

Oklah next entry banyak gambar2 semasa majlis berlangsung dan juga terutamanye gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia kite.... 


05 December 2012

Aku Bangga Dengan Beliau... Moga Panjang Umur Tun...


Alhamdulillah... Untuk kali keduanye aku dapat bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara dekat... Time ni aku dengan partner ke MAHA melihat apa peluang2 business di sana hari Sabtu lepas... Kebetulan pulak time tu, Tun Mahathir pun datang melawat... Mula2 tu hairan jugak kenapa ramai abang2 Polis dan macam ada VVIP nak datang jer... Dalam merayau2 sekitar blok2 pameran sekali tu nampak lampu2 dari kamera video wartawan... Sekali intai, alamak Tun Mahathir lah... Aku apa lagi, join sekalilah dalam kelompok wartawan... 

Wartawan memang agresif, sampai aku yang besar ni ditolak macam tu jer... Takpe, engko tangkap dulu gambar, aku cari pot di mana Tun akan lalu, so aku duduk tunggu... Bila sampai jer Tun kat gerai yang akan dijadualkan singgah, aku dah tercegat dah... Wartawan baru terhegeh2 nak datang... Kali ni aku pulak tak bagi change... Siap menyelit2 kat kaki aku, aku siku2 kan ajer... Amekkk engko, tadi engko tolak aku bagai, kali ni aku bagi siku jer kat kepala depa... Geram aku...

Apa2 pun aku bangga mempunyai Bekas Pemimpin yang sangat disegani di mata dunia ni... Aku sayang Tun Mahathir Mohamad sebab banyak berjasa untuk membangunkan negara dan memberi banyak peluang kepada generasi sekarang... Visionnye telah terlaksana... Moga panjang umur kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...