Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

21 April 2009

Alhamdulillah.... Segalanya Berjalan Lancar.....


Inilah wajah terbaru bapa aku... Haji Zainal Bin Haji Osman... 29 April 2009 ni genap umurnya 70 tahun...

Alhamdullilah, syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang serta memanjangkan umur bapaku... walaupun mengharungi kesakitan yang tidak disangka2... Penyakit yang berpunca dari Batu Dalam Hempedu, kemudian membabitkan Pankreas, mengganggu sistem penghadaman, mengecutkan kedua2 Paru-paru dan mengandungi air, serta mengusik perjalanan Jantung dan akhirnya pembedahan terpaksa dilakukan dengan keputusan yang amat berat bagi aku untuk menerimanya.... Organ Hempedu bapa aku terpaksa dibuang selama2nya..... Kalau itu yang telah ditentukan aku redha sepenuhnya.... usaha telah dilakukan cuma yang aku mampu bertawakal dan memanjatkan berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar.....

Walaupun masih lemah tapi banyak perkembangan dalam dirinya selepas pembedahan hari tu....

Semalam petang aku ke HUKM untuk melawat bapa aku dan untuk mengetahui perkembangan selanjutnya keadaan bapa aku.... segala doa dan permintaan kepada-Nya aku harap termakbul bila melihat bapa ku sudah kelihatan sihat, cuma masih lemah untuk bergerak kemana-mana.... Tiub saluran air kencing pun telah ditanggalkan... cuma sekaran tiub kumbahan dari dalam perut sahaja yang masih terlekat di rusuk kanan bapa ku..... bagus2.... banyak perkembangan nampaknya....


Tengah giat membuat latihan paru2... Mak aku kata kadang2 tu dia malas juga nak buat... ni pasal aku datang dibuatlah.... kalau tak aku akan bisingkan....

Bapa ku sudah mula didudukkan di wheel chair dan dibawa berjalan2 di kawasan hospital.... Tugas aku sekarang, aku akan mengangkat dan menolong bapa aku untuk turun dari katil ke wheel chair tersebut... ini kerana bapa ku tak mampu untuk berdiri sendiri.... ini biasa terjadi kepada pesakit yang telah lama baring di atas katil wad... otot2 kaki akan lemah selemahnya... tiada keyakinan untuk melakukannya sendiri.... takut untuk berjalan dan macam2 lagi.... dengan kekerapan yang dilakukan, Insya-Allah ianya akan pulih seperti sedia kala.....


Sempat juga bergambar walaupun tak dibenarkan oleh pihak hospital.... senyap2 bolehlah....


Dengan keadaan bapa aku yang sudah sihat, mak aku sering senyum sekarang ni... dah pandai bergurau dah dengan bapa aku.... bapa aku ni kalau nak tahu sukan sangat kacau mak aku semasa dia sihat.... bila bapa aku kacau mak aku, mak aku mula tersentap...

Aku bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana memberikan aku dan keluarga aku dapat bersama lagi dengan bapaku.... jadi aku harapkan kepada adik-beradik ku agar berikanlah sokongan penuh dan keyakinan kepada bapaku untuk menjalani kehidupan selepas pembedahan..... walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tapi motivasi dan sokongan moral kepada bapa ku.... itu yang aku harapkan.... Insya-Allah.... Amiin Ya Rabbal Alamiin....

17 April 2009

Aku, Kerry & Photography.....

Yang ni gambar aku dengan backup photographer aku pada 2008 lalu.... Kalau ada apa-apa funtion photography, wedding ke, majlis2 rasmi ke, kalau aku perlukan backup, aku akan ajak mamat ni.... Kerry ni member aku masa aku di Sekolah Vokasional Setapak, Kuala Lumpur, tapi aku dalam Business Study dan dia Automotive (bab enjin kereta)... Lain-lain bidang tapi minat yang sama..... Kalau perasan gambar dia ada dalam entry aku 'Cameron Highlands' dan 'Aktiviti... Aku...'... Gambar ni masa aku wedding ceremony di Sungai Buloh.... Rasanya ni satu2nya gambar aku dengan Kerry semasa berlangsungnya majlis.... sebelum ni masing2 sibuk dengan tugas yang dijalankan... jadi susahlah nak dapat gambar macam ni...

15 April 2009

Cuba Teka Ubat Utk Apa....??

Cuba teka ubat untuk apa ni.....???? Dah tentu namanye ubat, pasti ubat sesuatu penyakit....??? Entry kali ni mesti macam2 penyakit yang akan anda katakan nanti.... tapi apa salahnye mencuba menekanye ye.....

Siap ada beg kecik untuk simpan lagi..... dan ada 2 cara digunakan.... muncungnye juga ada 2 jenis..... Jadi marilah kita teka ye.........

14 April 2009

Tag Dari Bloggers Utk Aku....

Hari aku cari semula tag2 yang diberi kuasa mandat oleh blogger2/follower2 aku tempoh hari.... Ada yang aku catit dalam buku dan ada juga yang missing in action.... ni yang takut ni sebab hutang..... Jadi aku trylah untuk menjawabnya, itu pun yang mana aku ingat ye....
Tag Dari Clara Life a.k.a claraemilycancer.blogspot.com
Rules
1) Copy Image kat bawah ni
2) Tulis sebarang komen pasal penghantar ni..
Seorang yang baik...Rajin berjalan... Suka bergambar... buat gambar kenanganlah tu.....Seorang Assisstant Quantity Survey.... 22 tahun dari Bayan Lepas, Pulau Pinang... Hope tak sombong.... kalau berjumpa....
Seangkatan dengan aku dalam Bidang Teknikal (aku Town Planner.....)
3) Send kepada sape2 blogger yang kamu suka...
1. ..Owhhh! Wawa.. a.k.a misswawa.blogspot.com 2. PJ Selamba 3. SWEET V@NiLL@ a.k.a Raihanna 4. -hello there, awyn here a.k.a Ajwin Ajeera 5. Raihan Blog's a.k.a thousand1anzblog.blogspot.com
6. memOries remain never end a.k.a Wan Fara 7. NABILA FARHANA a.k.a ayeen88.blogspot.com

13 April 2009

Akhirnya Aku Tewas.....!!!

Akhirnya aku tewas juga dengan kesihatan aku.... aku demam malam semalam.... pagi tadi aku pergi juga klinik lepas hantar anak buah aku di One Utama.... dari rumah aku dengan OU tak sampai pun 10 minit....

Sampai klinik je dah ada 3 orang sedang menunggu.... kiranya aku orang ke 4 lah bila doktor panggil.... siap terlelap kejap kat sofa dalam klinik tu.... Bila turn aku je aku tersedar... apa lagi dengan mata yang merahnya.... penyakit aku adalah demam dari malam semalam, batuk kuat, selsema sedikit, sakit tekak nak menelan susah, pening kepala, sakit mata sebelah dan sakit badan.... So, macam2lah ubat yang aku dapat..... Antara ubatnya : Antibiotik utk 3.5 hari (habis sambung lagi), ubat batuk pil & air (mengantuk), ubat gatal tekak (pun mengantuk), ubat demam (punyalah besar) dan ubat buang kahak (pun mengantuk)..... macam makan nasi aku buat bila makan.... aku akan telan semua ubat sekali gus, dari kecik lagi buat macam tu..... kecuali kalau tekak aku bengkak, itu pun pernah kena sekali je sampai nak bernafas pun susah.... tapi ubatnya antibiotik.... mujarab....

Balik dari klinik, mulanya aku ingat nak balik rehat kat rumah dulu.... tapi bila teringat mak dan bapa aku kat HUKM, aku rasa sebelum aku tumbang tak bangun lepas makan ubat nanti, lebih baik aku ke HUKM dulu settlekan keperluan mak dan bapa aku (makanan & minuman) mak aku, keperluan untuk bapa aku, buat apa yang patut untuk bapa aku (lap muka & badan), picit kepala dia, urut seluruh kaki dia sebab baring sahaja sejak operation dan macam2 lagi....

Bapa aku tengah buat latihan untuk paru2...... kat lengan dia dah naik lebam sebab doktor ambil darah untuk moniter jangkitan dalam darah..... hari ni bapa aku rajin buat, kalau semalam asyik tidur je.... semakin hari semakin pulih, berkat doa dari anak2, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan juga blogger2 ku.... terima kasih diucapkan....
Dalam pukul 2.00 petang baru aku balik ke rumah... sampai2 je badan dah tak tentu arah, mula panas dan mata semakin merah.... tapi sempat juga on kan komputer (check email, memblog kejap dengan blogger 'owhh... wawa' dan lain2 blogger.... Lepas tu baru makan ubat, tukar baju (padahal towel je), terus baring.... sedar2 dah pukul 7.30 malam.... Badan dah rasa ok sikit.... mulalah mata tak boleh tidur.... so, tugas aku untuk malam ni meng update my blog "ChiLaBaey'S Spot".... lepas makan ubat lagi barulah mata dah dapat simptom ngantuk yang ketara...... zzzzzzzzz... zzzzzzzz....... zzzzzzzzz............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...