Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

22 August 2012

Dah Raya Ke-4 Dah Yer..!! Aku Tak Balik Raya Lagi Rupanye....!!!


Assalamualaikum semua follower dan pembaca yang setia... Hari ni dah masuk hari raya yang ke-4 dah yer... Sekejap jer masa berlalu... Alhamdulillah, raya tahun ni agak meriah juga dengan kunjungan saudara mara di rumah aku di Damansara.... 

Haaa... Tak balik kampung ker...??? Jawapannye tahun ini adalah tidak.... Sebab kesihatan mak aku yang tak mengizinkan.... So berayalah aku sekeluarga di Damansara jer... Tapi dah masuk hari raya ke-4, setiap hari ada sajer saudara mara dan jiran2 mak aku yang datang hadir beraya di rumah aku.... Rezeki tu.... 

Dan tahun ini merupakan tahun ke-4 jugalah aku tak balik beraya di Ipoh... Sebab menjaga kebajikan dan keperluan kedua orang tua aku... Sebelum2 ni tak balik sebab menjaga arwah abah aku dan tahun ini pulak sebab menjaga mak aku yang patah kaki tempohari.... Kiranye 4 tahun tak dapat beraya dengan wife aku... Aku minta wife aku balik seorang ke Ipoh sebagai wakil aku sahaja... So gambar berdua dengan wifa aku kurang dan takdelah jawabnye... 

Macam tulah bila kita ada orang tua yang berada dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan... Tanggungjawab tetap tanggungjawab.... Aku tak peduli sesiapa pun dah sekarang, janji kebajikan dan keperluan kedua ibubapa kita dapat kita sediakan.... Itu sahaja yang penting dalam diri aku... 

Sempena hari raya yang mulia ini aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua warga blogspot terutamanye follower aku yang tak henti2 singgah ke blog tak seberapa ini, jika terkasar bahasa sepanjang perkenalan dalam dunia maya ini... Terima kasih diucapkan.... So, korang bila nak updte blog sempena raya tahun ini.... Pasti banyak cerita yang hendak dikongsikan bersamakan...??? Oklah jumpa lagi dalam next entry... 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...