Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

15 November 2009

Lepas Majlis VVIP Tu, Esok Lagi Meletihkan...!!!

Minggu ni, hari Ahad aku penuh dengan kepenatan.... Malam semalamnye kan aku baru je pergi ke Majlis Perkahwinan Anak Bekas MB Perak... Dahlah sampai rumah dekat pukul 3.00 pagi... Esoknye pagi2 lagi aku dah bangun untuk ke Shah Alam semula untuk hantar kereta bapa mertua aku ke kedai tayar... sebabnye nak tukar 4 tayar dia.... Lagi pun aku dah janji dengan tokey kedai tu untuk datang hari ni... So, takdelah tertunggu2 sangat bila sampai nanti... Dah sure mesti ramai punya orang kat kedai tukar tayar...
Kedai buka pukul 9.00 pagi, maknanye aku kena gerak dari Damansara dalam pukul 8.00 pagi.... Sampai Shah Alam 8.30 pagi terus ambil kereta dengan bapa mertua dan ke Klang terus... Sampai Klang kedai dah buka dan dah ramai orang dah... Jumpa tokey kedai tu dan dia terus suruh staff dia buat kereta aku dulu.... hehehe....
Lama juga dia orang check kereta tu, satu persatu rim diaorang check sebelum pasang tayar baru... 2 dari 4 rim yang diaorang check bengkok... mesti langgar lubang kuat... so, diaorang cadang untuk betulkan balik.... kasi bulat balik.... Oklah kalau macam tu.... Dah semuanye tayar dipasang, buat allignment pulak.... yang ni yang lama ni... sebab ramai benor yang buatnye.... So, kenalah tunggu giliran.... Dari pukul 9.30 pagi sampailah pukul 1.30 petang baru kereta bapa mertua aku settle sebab ada masalah lain pulak kat kereta ni... chamber larilah... kena pulak tukar skru chamber pulak... dahlah mahal, maklumlah Toyota Camry.... nak buat macamana kereta kenalah jaga... dahlah selalu jalan jauh... Ipoh - KL... Tapi lepas ni dah tak payah nak fikir apa2 lagi aku kata kat bapa mertua aku.... Dia pun seronok je nampak bila kereta dah nak siap....
Settle jer semua tu terus balik Shah Alam semula.... Kat Shah Alam ni rumah kakak ipar aku.... Kat Seksyen 9, belakang Concorde Hotel.... Bapa mertua aku selalu kalau datang KL dia pasti tidur kat sini.... Memandangkan rumah aku ada bapa dan mak aku... so, diaorang tidurlah kat Shah Alam.... Kalau tak selalu juga diaorang datang tidur kat Damansara.... Kononnye nak makan kat Klang, tapi kakak ipar aku kata nanti diaorang nak masak kat rumah, maka tak jadilah... Tu yang terus balik Shah Alam tu....
Sampai jer Shah Alam makan lebih kurang, lepas tu keluar balik dengan wife aku.... Dia nak beli barang untuk office pulak kat Seksyen 2.... Bershopping alatulislah jawabnye kat sana.... lama gak kat Seksyen 2.... Habis banyak barang.....
Tak lama lepas tu, aku dapat call dari kawan aku.... aku kena hantar document kerja kat Subang Jaya pulak hari ni.... nasib baik aku dah memang bawa masuk kereta tadi.... selamat tak payah nak berpatah balik.... kena bagi kat pegawai untuk meeting esok.... apa lagi kelangkabutlah aku bawa kereta..... Dahlah tu, bapa mertua aku nak balik Ipoh pulak pukul 4.30 petang... Macam lipas kudung aku bawa kereta.....
Sampai Subang Jaya terus serah document.... dan aku pun terus gerak balik Shah Alam semula.... Jalan pulak sesak sikit masa masuk ke Shah Alam.... Ada apa entah.... banyak kereta jer.... nak kata ada kemalangan tak nampaklah pulak.... Sampai rumah kakak aku, diaorang dah siap2 barang dah nak balik.... tinggal sikit2 lagi.... selamat..... sebab nak balik awal tu couse bapa mertua aku sekarang ni dah cepat mengantuk kalau bawa kereta... lagi2 kalau dah malam2.... mesti mereban2 dia bawak....
Nak jadikan cerita, lepas jer bapa mertua aku bertolak balik.... dalam 15 minit tu, aku pulak bergerak balik Damansara..... On the way aku nak keluar dari kawasan Seksyen 9, dapat call dari mak mertua aku yang katanye handphone bapa mertua aku tertinggal kat rumah kakak ipar aku..... alamak kena berpatah baliklah jawabnye.... Balik semula ambil phone, terus hantar pulak kat Bukit Jelutung.... Nasib baik tak masuk highway lagi.... Depa tunggu tepi jalan.... Dari nak cepat terus jadi lambat.... Nak buat macamana, masing2 dah tua.... suka terlupa.... kita yang anak2 nilah yang kena ingatkan selalu.... esok time kita, entahlah tak tahulah macamana.... Renung2kanlah.....

13 November 2009

Jemputan VVIP Untuk VIP....!!!

Dalam aku berhenti memblog tempohari, banyaklah aktiviti aku sepanjang minggu tu.... Salah satunye invitation dari seorang VVIP.... Lama juga tak ke majlis grand VVIP.... Jemputan pada hari Sabtu (7 November 2009) lepas.... Kali ni boss lama bapa mertua aku....
Majlis diadakan di KL, nasib baik dekat... Kalau jauh malas aku nak pergi.... Majlis tersebut diadakan di The Royale Chulan Kuala Lumpur, Jalan Conlay.... Yang ni hotel baru... hari2 aku tengok tapi tak pernah pergi... Ye lah nak buat apa pergi kalau takde tujuan... Kalau pergi karang apa pulak orang kata, ada perempuan simpananlah, nak ehem2 lah.... So, takde sebab malas nak pergi....
Aturcara majlis bermula dengan kehadiran tetamu, termasuklah aku dari pukul 7.30-8.30 malam.... Tapi aku sampai dekat pukul 8.45 malam... KL sesak giler.... Kali ni majlis yang aku pergi hadiri adalah Majlis Perkahwinan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Dato' Seri Di Raja Ramli Ngah Talib dan isteri beliau Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin Raja Abdullah...
Suasana di Taming Sari Grand Ballroom Hotel Royale Chulan... Sangat2 cantik...
Pengantin di berarak dengan dayang2nye.... Anak Tan Sri Ramli yang pengantin perempuan tu... Puteri Azalea Ashram Bt. Ramli... pengantin lelaki Alfi bin Alizam.... Yang ni adik kepada abangnye yang kahwin dengan artis Nora Danish tempohari.... Pengantin perempuan ni kembar... So yang sorang lagi belum lagi kahwin....
Ramai betul def2 kehormat pada malam tu.... Ada juga beberapa orang yang aku kenal.... Kalau bapa mertua aku macam biasalah semua orang tegur dia.... Maklumlah dulu sebelah MB Perak jer kerjanye... Hampir setiap masa....
Memang relaks dan tenang betul malam tu... Alunan lagu dan persembahan dari artis yang membuat persembahan sepanjang majlis tersebut amat memberikan makna mendalam bagi kedua2 pengantin.... Malam tu artis yang membuat persembahan adalah Ajai, Atilia, Kumpulan VE dan beberapa orang lagi termasuklah beberapa orang penyanyi dari Seni Kebangsaan.... Si Ajai siap buat lagu baru untuk pengantin...
Pengantin berada di meja makan beradap bersama VVIP yang hadir.... Kerabat raja mana entah aku tak ingat....
Yang ini menu makanan untuk malam tu.... Lebih 10 jenis menu disajikan.... Sedap2 semuanya.... Yang paling best sekali pembuka hidangan yang disajikan adalah SOTO Ayam...
Chilabaey's sedang menghilangkan haus....
SOTO kat kampung aku di Banting lagi sedap....
Dato' dan Datin Chilabaey's juga menghadirkan diri... Walaupun tengah banyak kerja....
Wife aku dengan mak dia.... Puan Hajah Jamilah.....
Yang ni bapa mertua aku Haji Ahmad bin Mat Wali a.k.a Mat Wali (MB panggil)...
Bapa mertua aku dengan rakan kerja masa dekat Pejabat Menteri Besar dulu... masing2 sekarang ni dah pencen... Uncle Wan aku panggil....
Time ni Tan Sri Ramli Ngah Talib tengah round semua meja tetamu untuk ucapkan terima kasih kerana datang... Bapa mertua aku kata, "Alamak dia dah datang dah" kat Uncle Wan.... Tan Sri Ramli ni masa bapa mertua aku bertugas merupakan orang yang garang dan tegas...
Tengah bersalaman dengan para tetamu.... Termasuklah aku....Lama tak salam dia....
Yang ni isteri Tan Sri Ramli... Raja Puan Sri Noora Ashikin.... Time ni tengah borak rancak dengan bapa dan mak mertua aku... maklumlah lama tak jumpa.... Dia memang sangat baik orangnye... sesangat friendly berbanding dengan suaminye.....
Majlis habis dekat pukul 11.00 malam juga.... Wife aku sibuk nak tangkap gambar dekat bunga ni.... yang jadi mangsa bapa mertua aku untuk snap gambar... bapa mertua aku bukan reti sangat pakai kamera ni.... Nasib baik jadi... Nak suruh bodyguard2 yang berada kat situ segan pulak... depa tengah kerja... apa2 nanti tak pasal2 kitaorang yang disalahkan...
Gambar terakhir sebelum ke parking kereta... Dalam life menuju ke basemen.... Dalam majlis ni kitaorang dapatlah cenderahati dari tuan rumah.... Nak tengok apa yang kitaorang dapat dari majlis itu.... Tengoklah gambar2 di bawah ni....
Box kayu yang berisi coklat kiss.... Memang cantik sangat untuk buat letak barang kemas.... Dapat 3 lagi tapi aku bagi kakak ipar aku satu...
Nilah hadiah yang kitaorang dapat malam tu...
Siap ada plat pewter lagi.... Memang cantik...
Pukul 11.30 malam juga balik malam tu.... Hantar bapa mertua aku balik ke Shah Alam, sampai dekat pukul 12.30 tengah malam... malam tu hujan.... Dan aku pulak sampai Damasara balik dekat pukul 2.00 pagi..... Penat oooo..... Esok pagi2 dah nak ke Shah Alam pulak balik sebab nak tukar tayar kereta bapa mertua aku di Klang.... Dah janji dengan tokey kedai tu dah.... Harga baik punya.....

12 November 2009

Korang Layanlah Ni Dulu Yer....!!!

Aku sebenarnye dah terdelete entry ni... Entah apa2 aku tekan tiba2 hilang.... Sajelah nak bagi intro kat korang... Kan aku baru kembali memblog... So, banyak yang hendak aku ceritakan sepanjang 11 hari aku berhenti memblog ni....
Nanti aku akan susuri dengan entry2 yang baru.... Sekarang ni korang layanlah videoclips ni dari group Korea... Nama group tu kalau tak silap Brown Eyed Girls... Ala2 macam Wonder Girls... Tapi Wonder Girls lagi banyak lagu2 yang best... Adik aku yang kat Sepang tulah punya kerja... Dia download lagu ni dan masukkan dalam phone aku... Mula2 tu malaslah nak layan, lama2 tu best pulak.... Okalah korang enjoy lah videoclip ni yer....
Nasihat untuk blogger lelaki, kecik2 sikit mata jangan terbeliak lebih sangat.... nanti terkeluar dari landasannye baru tahu... hehehehe.... Enjoy....

Apa Topik Entry Yang Aku Nak Buat Dulu Yer...???

Ada Cadangan Bernas Tak...??
Confuse betullah sejak mula memblog semula ni... Tak tahu nak mulakan dengan cerita apa dulu... Banyak juga entry yang aku dah bat tapi tak tahu nak publish yang mana satu dulu.... Maklumlah dah terlewat 11 hari... So, berlumba2lah cerita yang hendak diceritakan... Takpe bagi aku sedikit masa sikit hari ni... Aku fikir satu persatu dulu.... Tunggu.....

11 November 2009

Aku Kembali....!!!!

Sejak kebelakangan ini aku amatlah sibuk menguruskan keluarga dan hal-hal kerja yang tertangguh disertakan juga dengan kerja-kerja part time aku yang masuk.... Rasanya macam tak cukup tangan dah dibuatnya... maklumlah aku seorang jer yang menguruskan hal keluarga.... Yang lain macam biasalah buat tak tahu jer... Aku ni kena jaga kebajikan kedua-dua belah pihak... Sebelah family aku pun aku kena jaga dan family mertua juga.... Depa bukan ada 2 keluarga macam aku... So, takde masalah macam aku ni.... Itu pun susah....
Tapi apa2 hal pun kepada semua follower aku, 'I'm back now'.... Dah macam Terminator pulak rasanye.... Akan aku susun segala entry yang boleh dikongsi bersama sepanjang aku menyepikan diri selama 11 hari kalau aku tak silap.... Banyak yang aku nak kongsikan.... ada yang best dan ada juga yang tak berapa sodap untuk dibaca.... Walaubagaimanapun blog aku telah pun aku bersihkan dari sawang2 yang melekat dan aku dah tebas segala rumput yang tumbuh.....
Terima kasih kerana menunggu Blog Chilabaey's Spot yang tak berapa best ni.... Tochee... Tocheee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...