Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

10 April 2012

Genap Setahun Untuk Aku Dan Family... Al-Fatihah...


Salam hari Selasa semua... Entry ke-3 sejak blog aku sunyi selama 5 minggu tempohari... Ini kisah aku bersama family pada hari Jumaat lepas... Sekejap jer dah setahun arwah Abah aku meninggalkan kami sekeluarga... So, pada hari Jumaat hari tu, aku cadang dengan mak aku untuk adakan majlis bacaan Yaasin untuk arwah... Majlis ringkas.... Wife aku masak beehoon goreng Singapore, adik aku Azu bawa makanan lain... Kakak aku tak dapat datang ada hal lain kot... Yang lain2 tak tahu...

Macam biasa aku jadi imam dan ketua majlis malam tu... Adik ipar aku Is jadi bilal dan lain2 makmum... Macam tulah sejak arwah Abah meninggal, tanggungjawab atas aku sekarang ini... Selepas solat Maghrib terus buat bacaan Yaasin dan tahlil sikit...



Wife aku jaga nak buah aku sorang ni Raja Kecik.... Raja Kecik yang dah besar dan ligat... Nasib baik dia tak kacau masa aku jadi imam.... Dia suka intai orang sembahyang dengan muka yang kelakar... Mahu aku gelak kalau dia buat macam tu malam tu... Tapi bila dah selesai solat Maghrib, masa baca Yaasin, bukan main merayau dia dekat kitaorang...


Alhamdulillah dapat juga kami sekeluarga mengadakan majlis ringkas ni walaupun tak cukup ahli... Pada mulanye nak buat pada 28 April ni sempena harijadi arwah Abah aku pada 29 April ni, tapi memandangkan emak aku ke Singapore Ahad lepas dan balik mungkin pada 29 April ni... Tu yang aku buat juga Jumaat tu dan elok juga sebab dah genap setahun...

Tapi mungkin pada 28 April tu, aku akan cuba pakat dengan adik beradik lain untuk buat majlis sebegini sekali lagi di Banting walaupun emak aku takde... Insyaallah... Haaaa... Anak buah aku Raja Kecik yang dah besar... Tak boleh hilang pakngahnye, mesti cari dan kalau tak jumpa mesti nangis...


Jamuan ringkas malam tu... Ada beehoon goreng, nasi dagang, nasi kerabu, satey dan desert Puding Sagu Mata Ikan aku... Ini pun dah terlebih sebab family kakak aku takde...



Anak buah aku seorang lain ni Si Melly dah pandai makan nasi kerabu.... Pakngahnye pun tak reti nak makan... Nasi dagang ok... Nasi kerabu kurang sikit....



Walaupun tak ramai, kecoh tetap kecoh... Kecoh dengan keligatan anak buah aku Raja Kecik.... So, malam tu berjaya juga berkumpul ramai2 di rumah aku.... Walaupun rumah masing2 dekat, tapi jarang kami berkumpul macam ni.... Oklah itu sahaja yang boleh aku cerita untuk entry kali ni... Jumpa dalam entry yang akan datang.... 

6 comments:

eMMe said...

Assalam bro, Alfatihah atas pemergian arwah abah yg ke setahun, same2 kiter mohon moga Aman disana....

Pst: bro, urm....xde pe la, hehehhee...

nafaz lynn said...

seronok kan dapat berkumpul dengan family ramai2.. al fatihah utk arwah abah chilabaeys..

kEy said...

dah lme xmelawat blog ni....alfatihah~

Chilabaey's Spot said...

To: Emme...

Terima kasih Emme... Eh.. Eh.. Ada aper tu... ?? Rahsia pulak...

Chilabaey's Spot said...

To: Nafaz Lynn..

Sekali sekala dapat memang seronok... Maklumlah masing2 sibuk memanjang... Bila ada majlis ringkas macam ni kenalah datang... Terima kasih... Al-Fathihah... :(

Chilabaey's Spot said...

To: Key...

Terima kasih sebab terjah blog tak seberapa ni lagi... Thanks Sis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...