Dah lama aku nak publishkan entry ni... Ruangan Jalan-Jalan Cari Kolestrol (JJCK)... Tapi maklumlah sejak blog aku takleh Login selama sebulan lebih tu, itulah yang menjadi bertimbun dalam draft.... Tapi aku nak publish juga untuk dikongsi bersama...
Ini hidangan wife aku... Set Chicken Kung Pow... Kalau tak silap akulah... Set ni ada nasi putih, Kung Pow Chicken, Tauhu Steam dan segelas air Barli @ Teh Bunga...
Yang ni pulak set aku pulak, set Spicy Chicken Curry.... Ada nasi putih, ayam masak pedas dengan daun kari, Tauhu Steam dan segelas air Barli @ Teh Bunga....
Harga untuk kedua2 set ni taklah mahal sangat... Satu set hidangan tadi cuma RM8.90 sahaja... Sangat puas hati dan rasanye boleh rekomen untuk korang....
So bagi mereka yang nak mencuba dan juga berada di kawasan Damansara ni, bolehlah datang ke sini seperti dalam map yang dah aku buat...
Nama restoran ni : Restoran EWA Food
Tempat : Kampung Penchala
Masa : 6.30 petang - 10.00 malam
No comments:
Post a Comment